Adakah kamu tahu?
Kini Syria bermandikan darah
Mereka diseksa demi mempertahankan islam tercinta
Adakah kamu tahu?
Kini mereka terus bertahan
Walau tidak memilik harta dan senjata
Mereka tetap utuh bersama iman dan taqwa
Terus yakin bahawa Dialah yang Maha Berkuasa
Jika memang benar katamu cintakan mereka
Tetapi benarkah hatimu ada untuk mereka?
Jika memang benar katamu mereka ialah saudara
Tetapi apakah pernah kamu peduli dan cakna?
Jika memang benar katamu hatimu jua terluka
Tetapi adakah lukanya kekal atau hilang mudahnya?
Jika memang benar katamu sentiasa bersama mereka
Tetapi adakah usaha kamu diiringkan bersama?
Jika memang benar katamu peduli khabar mereka
Tetapi adakah kamu sentiasa tertanya-tanya keadaan di sana?
Jika memang benar katamu simpati dan hiba
Tetapi apakah itu cukup sekadarnya?
Jika memang benar katamu akan bersama tegakkan islam
Tetapi adakah islam itu nyata telah tertegak dalam dirimu?
Jika memang benar kamu berkata
Jadikanlah ia bukan lafaz semata
Jika memang benar itulah luahan rasamu
Genggamlah ia jangan hilangkan semangatnya
Jika memang benar hatimu memaksudkannya
Teruskan mengukir maknanya jangan biar sekejap cuma
Yang benar dan pastinya
Islam akan teregak di bumi-Nya
Cuma menunggu detik dan waktunya
Jika memang benar katamu ingin bersama
Menyumbang kepada kemenangan Islam
Mengapa tidak menciptanya bermula dari dirimu
Masih ingin menunggu atau menjadi seperti mereka
Yang terus mempertahankan islam
Walau sudah tahu nyawa pasti melayang
Walau sudah tahu betapa sakitnya pengorbanan
Kerana mereka ingin syahid di jalan-Nya
dan mereka yakin akan janji-Nya itu pasti
dan syurganya itu abadi
jika memang benar apa katamu
kenapa tidak dibuktikannya?
kehidupan itu sebuah pencarian yang berterusan, mencari cinta yang abadi dan redha Ilahi~
Sunday, March 11, 2012
Friday, March 2, 2012
bersabarlah
Alhamdulillah
untuk rasa ini
kadang-kadang sakit juga
bila sesekali teringat
tapi tahu
Allah bagi rasa macam ni
sebabnya Allah nak diri ni kembali
kembali kepada-Nya
Allah nak sampaikan pesanan
bahawa hanya Dialah Yang Segalanya
Allah nak diri ini tahu
bahawa Dia selalu ada
untuk hamba-Nya yang ingin mendekat
dengan-Nya
wahai hati..bersabarlah~
dunia ini tak lama..sekejap cuma
apa-apa yang engkau rasai, bersakit-sakitlah dahulu
bukankah engkau di dunia ini adalah dalam perjalanan
perjalanan utk ke sana
untuk bertemu dengan-Nya
bersabarlah
letakkan dalam hati itu hanya Dia
insyaAllah engkau akan temui bahagia
ya, bahagia yang engkau idami.
teringin bila nak bangun pada esok hari
andai masih dipanjangkan umur untuk bernafas
nak ada hati yang baru
cinta yang diperbaharui
diri yang baru
ya, semalam itu sejarah
esok itu harapan
harapan untuk menjadi hamba yang lebih baik
doakan
Friday, January 20, 2012
Bahagia
Bahagia di hati
Aku inginkan bahagia
![]() |
| bahagialah wahai hati~ picture by Lexxen of DevainArt |
bahagianya bukan sekali cuma
tetapi bahagia sehingga bertemu Ilahi.
Alangkah indahnya..
Bahagianya hati apabila ketenangan di situ
Bahagianya hati bila terasa dekat dengan-Nya
Bahagianya hati pada sebuah keikhlasan yang tulus
Bahagianya hati saat tunduk sujud kepada-Nya
Bahagianya hati saat melakukan ketaatan
Bahagianya hati saat bersendiri dengan Tuhan
Bahagianya hati ketika memandang kebiruan langit,
kehijaun dedaunan, keindahan bunga-bungaan malah seluruh
ciptaan-Nya, kerana merasai kehebatan dan kewujudan-Nya
Bahagianya hati apabila melihat senyuman terukir di wajah-wajah insan
Lebih bahagia apabila sentiasa merasai kebersamaan dengan-Nya.
Alangkah bahagianya
andai aku memiliki hati yang bahagia
indahnya tak terungkap dengan gambaran
tak terkata dengan ungkapan
Bila hati bahagia, di situ juga ada keindahan
keindahan juga dalam memandang segala perkara
manisnya sebuah keindahan itu.
Hati yang bahagia,
Di mana kan kutemui
pasti tidak hadir, andai hanya menunggu
takkan menyapa andai berdiam
selain bangun dan mencarinya
pasti bertemu lalu tersimpan diam
bahagia yang ku cari..
bahagia itu kadang-kadang menjauh
sedikit demi sedikit melangkah pergi
tunggu..!!
jangan pernah lagi menghilang
membiarkan diri terkontang-kanting
jauhnya terasa sebuah kehilangan
kehilangan sebuah keindahan
kehilangan sebuah kemanisan
kehilangan sebuah ketenangan
sungguh meresahkan!
hilangnya bukan sengaja
perginya bukan tak bersebab
berpunca dari hati yang ketandusan
dari hati yang sudah beralih arah
pada keindahan dunia yang cuma sementara
dari hati yang mula leka, yang mula alpa
oh hati..engkaulah raja
andai sekali kau berpaling
pasti bahagia tak kan seiring
pergi jauh selagi engkau tidak kembali
kembali pada Penciptamu.
bahagia yang ku cari
andai ingin bertakhta lagi di hati
pasti kan kutemui kembali
dengan mendekat pada Ilahi
sesungguhnya hati ini milik-Nya
di situlah tempatnya
dengan kembali dengan Tuhannya
bahagia..bersama-Nya.
andai sudah miliki hati yang bahagia itu
harus dijaga dan terus menerus
mendekat pada-Nya,
jangan disangka selamanya kau miliki hati itu
kerana hatimu sentiasa terbolak balik
menjadi rebutan syaitan dan iman bermujahadah
andai tewas, pasti hilang dari matlamat
andai menang, pastinya imanmu menjaganya
Andai bisa kutitipkan harapan
ya Allah, jangan kau hilangkannya
hilangnya bermakna ku menjauh dari-Mu
tidak ingin sesekali jauh dari-Mu Ya Allah
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati
Wahai Tuhan yang menetapkan hati-hati
Wahai Tuhan pemilik hati-hati
Tetapkanlah hati ini,
tetapkanlah hati ini,
tetapkanlah hati ini Ya Allah
di atas agama-Mu dan ketaan kepada-Mu.
hadirkanlah hati yang bahagia itu
kerana Aku ingin bertemu dengan-Mu dengan hati yang bahagia itu
Aku ingin kembali pada-Mu dengan hati yang sejahtera
moga bahagia itu selamanya terukir di hati
Bersamamu hingga saat kembaliku pada-Mu.
assa'adah fil Qalb
bahagia di hati
mounira, Kaherah.
![]() |
| uridu as-sa'adah fi qalbi :) picture by simoendli of DevianArt |
2012
yang sedang meniti bahagia, bakal menjejaki alam bahagia, dan sewaktu dengannya.
Alhamdulillah, tumpang gembira dan mendoakan. sebarang cerita, tiada kaitannya dengan diri ini, kalau dengar-dengar kat telinga, insyaAllah itu adalah insan lain.. dun make it wrong by saying my name on that story..haha..
insyaAllah, bahagia itu milik Allah
Dia yang mecampakkannya ke dalam hati-hati
Dia yang memberikan bahagia itu.
berbahagialah dengan kebahagian yang Allah berikan dan berbahagialah dengan bersyukur atas kebahagiaan itu. :)
2012..hurm..
diri ini juga mengharapakan akan adanya sinar bahagia.. :)
juga seorang insan biasa..sesekali mengharap juga..
emm..doakan..
insyaAllah
eh..
eh..kejap..
kejap..jangan salah tafsiran atau salah dalam menginterpretasikan maknanya..
bahagia yang dimaksudkan
ialah apabila hati itu bahagia
dah cukup, dah cukup buat saya..hehe.
doakan untuk ini
uridu as-sa'adah fi qalbi..bass. :)
andai di hati ada bahagia, insyaAllah bahagia lain akan datang
kerana bahagia hati itu bila dekat dengan Penciptanya
apa-apa yang Allah berikan itulah bahagia untuknya
bahagia lain boleh dicari, boleh dicipta
andai tiada "bahagia" di dunia, insyaAllah akan adanya bahagia
di akhirat sana yang nikmatnya tak pernah terlintas di minda
apatah lagi dirasai di dunia
cuma dinukilkan indah di dalam kitab-Nya
bahagia hati..perlu dicari.
sebabnya kita tak tahu pun bila ajal menerpa
indahkan andai pengakhiran hidup kita
diakhiri dengan hati yang penuh cipta pada-Nya
hati yang sentiasa mendambakan pertemuan dengan Tuhannya
hati yang sentiasa merindu untuk memandang wajahnya.
ya, dikahiri dengan hati yang bahagia
bukankah itu indah?
:)
p/s: selamat mencari hati yang bahagia~~~~
sedang ber'bahagia' dengan anatomy.. insyaAllah~ :P
Saturday, January 7, 2012
wahai angin, sampaikan padanya...
![]() |
| bertiuplah angin, sampaikan padanya.. in the wind by Mish00 of Devian Art |
wahai angin..
sampaikan kerinduanku pada dia..
beribu jauh jasad dipisahkan..
tapi hati-hati ini tetap terpaut..
erat, utuh, menyatu..
atas ikatan-Nya yang menguatkan.
wahai angin,
janganlah bertiup kencang padanya..
berlembutlah memberi semangat padanya..
hembuskanlah katakan padanya doaku bersamanya..
selagi ingatan tak luput ditelan masa.
wahai angin..
hanya engkau yang mendengar..
ungkapan rindu dan sebutan namanya..
yang terukir dibibir, berligar-ligar bersamamu..
andai engkau mampu ke sana..
khabarkan padanya,
jangan pernah berputus asa dari rahmat-Nya,
jangan pernah berhenti mencari-Nya,
jangan pernah berhenti mendekat dengan-Nya,
jangan pernah berhenti dari jalan ini,
selagi Allah adalah matlamat.
wahai angin,
hembuskan padanya hammasah,
biar terukir padanya semangat jihad fillah,
biar dia terus bersinar demi islam tercinta,
biar dia terus mengukir keindahan dalam hatinya,
dengan bunga-bunga cinta kepada-Nya
dan ayat-ayat cinta dari-Nya.
wahai angin,
andai bila saatnya kau sampai ke sana
kau dapati dia bahagia bersama teman-temannya di sana
biarkan dia terus mengukir senyuman itu
jangan sampaikan salam kerinduanku
kerna ku tak ingin dia hilangkan bahagianya itu
ku tak ingin ingatannya padaku menganggu hatinya
biarkan dia tenang di sana kerna itu bahagiaku.
wahai angin,
andai dia perlu tahu,
sampaikan padanya,
sesungguhnya..
aku menyayanginya kerana Dia.
sayangku tak perlu dibalas,
cukuplah hanya doa dari jauh, dalam diamnya,
dari seorang sahabat kepada sahabatnya,
kerana Allah tak akan makbulkan doa kepada sahabatnya, sebelum memakbulkannya untuk dirinya.
di situ aku tahu..Allah mendengarkan rintihan-Nya.
isemoga yang terbaik untuk-Nya, dengan izin-Nya pastinya,
cukuplah itu yang menyenangkan hatiku.
wahai angin,
aku ingin dia menjadi sahabatku selamanya,
biar bersama menjejak cita di dunia untuk ke sana,
ingin terus bersama hingga ke sana.
insya-Allah.
-untukmu sahabatku, uhibbukunna fillah-
p/s: exam is around the corner, do pray for me.. insya-Allah may success for all of us from Him. trust and put our hope only and only to Him..insya-Allah.
Monday, December 5, 2011
untukmu diri
![]() |
| Semua akan kembali kepada Tuhannya. (Saeed Al Mada, Devian Art) |
"Jadilah engkau di dunia ini seakan-akan orang asing atau pengembara'.
Lalu Ibn Umar r.a berkata: "Jika engkau telah berada di waktu petang, maka janganlah dinantikan waktu pagi. Jiak engkau berada di waktu pagi, maka janganlah dinantikan waktu petang. Pergunakanlah waktu sihatmu sebelum sakit dan waktu hidup sebelum mati.
(Riwayat Al-Bukhari)
berhidup-hiduplah di dunia sebagai seorang musafir
berbekal-bekallah sebagai persiapan ke sana
bersungguh-sungguhlah berjuang selagi ada masa
beramal-amallah sebelum mata pejam selamanya
berusaha-usahalah mencari redha-Nya
beryakin-yakinlah akan janji-Nya
"tak akan sama orang yang bersuka ria untuk dunia dengan orang yang bersungguh untuk akhirat"
peganglah dunia di tangan, agar ia mudah dilepaskan.
berpeganglah akhirat di hati, kerana di situ terletaknya syurga abadi."
untukmu diri, yang selalu terlupa.
Wednesday, November 30, 2011
jalan mana yang tiada batu
hari tu tertinggal lab coat, dan hari tu ada practical anatomy.
lumrah, sesuatu usaha, untuk dapat apa-apa, mesti ada halangannya.
sama ada halangan tu ada dalam diri, dari nafsu yang turut juga ingin terlibat, dan dari jarum-jarum halus si musuh yang nyata, atau dari luar. kembali pada Allah. rujuk An-Nas, Al-Falaq. kepada siapa Allah minta kita berlindung? kalau bukan hanya pada-Nya.
jalan mana yang tiada batunya, pasti tak terlepas dari tersepaknya.
kalau tersembam ke bumi, pasti berdarah juga. kalau terus bersakit-sakit tanpa bangun, mana mungkin sampai ke jalannya.
cuma berbalik pada diri. mungkin itu ujian dari-Nya.
seorang lagi teman, tertinggal buku..
masing-masing pulang sekejap ke rumah pada waktu rehat, alhamdulillah jarak rumah ke universiti dekat, untuk berulang-alik pada waktu gap, insyaAllah tak mengambil masa yang lama.
seorang teman tu datang ke rumah sejerus seusai mengambil bukunya..
bihun goreng untuk sarapan pagi itu masih berbaki..Allah simpan rezeki tu untuknya barangkali.
kemudian tercakap satu perkara dan masing-masing dengan ceritanya.
rupa-rupanya berkongsi satu impian dan keinginan. memang dah tahu itu impiannya. sama.
berkata-kata memberi semangat padanya. support tanda sokong cita-citanya. sokong untuk usaha yang baik.
padahal, diri sendiri juga perlukan itu. seolah-olah bercakap untuk diri sendiri juga.
ok, 2 in 1. tapi mungkin kali ini kata-kata saya memang untuknya.
yang gusar dalam dirinya tentang kata-kata orang. pengalamannya dahulu kala. ya, kadang-kadang kata-kata boleh menjadi peluntur semangat. tapi saya tahu dia kuat.
pokok juga ada support systemnya. ranting yang kuat, meninggikan pepohonan.
manusia juga perlu. jangan biar tak kuat sendiri-sendiri, nanti takut layu mencium tanah.
dalam perjalanan kembali ke universiti,
diri berkatanya padanya,
" islam itu datang dalam keadaan yang dagang dan akan kembali kepada keadaan yang dagang juga"
tahu, nampak ganjil tu hanya pada pandangan manusia. pandangan manusia, tak kemana.
yang ingin dicari biarlah untuk pandangan Allah.
tiba-tiba dia bersuara,
"betul jugak, dunia tak kekal, manusia pun tak kekal!"
kali ini katanya-katanya membuatkan diri terfikir. Betul.sangat betul.
kali ini, kedua-duanya memandang ke bumi. diam. terus berjalan.
sehingga sampai, lalu terus solat zohor, dan terus masuk kelas Physiologi.
tempat dah penuh di hadapan. mencari-cari ruang untuk masuk dihadapan. tak berjaya.
kedua-duanya di barisan belakang untuk akhawat, di hadapan barisan ikhwah.
lain kali kena datang awal. berebut tempat untuk tuntut ilmu.
terhenti di situ. biar bernoktah sementara. bila ada kesempatan lagi, mungkin masing-masing boleh bersuara lagi. sedikit sebanyak hati terketuk. hanya Allah saja yang tahu, insyaAllah biar Dia yang tentu. impian tapi pada masa yang sama pilihan pada diri. kadang-kadang tak tahu mana yang terbaik. selebihnya pada Allah.
lumrah, sesuatu usaha, untuk dapat apa-apa, mesti ada halangannya.
sama ada halangan tu ada dalam diri, dari nafsu yang turut juga ingin terlibat, dan dari jarum-jarum halus si musuh yang nyata, atau dari luar. kembali pada Allah. rujuk An-Nas, Al-Falaq. kepada siapa Allah minta kita berlindung? kalau bukan hanya pada-Nya.
jalan mana yang tiada batunya, pasti tak terlepas dari tersepaknya.
kalau tersembam ke bumi, pasti berdarah juga. kalau terus bersakit-sakit tanpa bangun, mana mungkin sampai ke jalannya.
cuma berbalik pada diri. mungkin itu ujian dari-Nya.
belum terlambat rasanya,
SALAM MAAL HIJRAH~
mari menjadi pencari cinta dan redha-Nya yang lebih baik di tahun baru ini. cari bukan bermaksud menunggu, tapi perlu usaha dan pengorbanan. kalau tak, mesti tak jumpa.
p/s: esok ada test histology, moga sahabat-sahabat gen X semuanya dapat lakukan yang terbaik dan dipermudahkan oleh-Nya. insya-Allah. curi juga waktu untuk tulis di sini. kalau tak curi nampaknya bertambah-tambah sawang kt blog ni.
Wednesday, November 2, 2011
awal 10 Zulhijjah- ganjaran Allah buat hamba-Nya
Sabda Nabi Muhammad SAW, "Tidak ada hari yang lebih baik di sisi Allah untuk lakukan amalan kebaikan selain 10 hari terawal dalam bulan Zulhijjah". Para sahabat bertanya, adakah jihad fi sabilillah tidak boleh menandingi amalan yang dilakukan pd 10 hari tersebut?" Nabi bersabda, " Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya."
(Hadis Riwayat Bukhari)
Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya yang lebih disukai oleh Allahdaripada hari-hari 10 sepuluh ini (1-10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlahtahlil, takbir, maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda.
(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
Daripada Abi Qatadah al- Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah( 9 Zulhijjah),
maka jawab Rasullah S.A.W yang bermaksud: "Dikaffarahkan(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.
(Sahih Muslim)
jom checklist amalan-amalan yang digalakkan untuk diperbanyakkan.. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)





