Monday, December 5, 2011

untukmu diri

Semua akan kembali kepada Tuhannya.  (Saeed Al Mada, Devian Art)


Daripada Ibn Umar r.a beliau berkata, Rasullullah memegang belakang beliau lalu bersabda;
 "Jadilah engkau di dunia ini seakan-akan orang asing atau pengembara'.  
Lalu Ibn Umar r.a berkata: "Jika engkau  telah berada di waktu petang, maka janganlah dinantikan waktu pagi. Jiak engkau berada di waktu pagi, maka janganlah dinantikan waktu petang. Pergunakanlah waktu sihatmu sebelum sakit dan waktu hidup sebelum mati. 
(Riwayat Al-Bukhari) 

berhidup-hiduplah di dunia sebagai seorang musafir
berbekal-bekallah sebagai persiapan ke sana
bersungguh-sungguhlah berjuang selagi ada masa
beramal-amallah sebelum mata pejam selamanya
berusaha-usahalah mencari redha-Nya
beryakin-yakinlah akan janji-Nya

"tak akan sama orang yang bersuka ria untuk dunia dengan orang yang bersungguh untuk akhirat"

peganglah dunia di tangan, agar ia mudah dilepaskan.
berpeganglah akhirat di hati, kerana di situ terletaknya syurga abadi."


untukmu diri, yang selalu terlupa.

Wednesday, November 30, 2011

jalan mana yang tiada batu

hari tu tertinggal lab coat, dan hari tu ada practical anatomy.
seorang lagi teman, tertinggal buku..
masing-masing pulang sekejap ke rumah pada waktu rehat, alhamdulillah jarak rumah ke universiti dekat, untuk berulang-alik pada waktu gap, insyaAllah tak mengambil masa yang lama.

seorang teman tu datang ke rumah sejerus seusai mengambil bukunya..
bihun goreng untuk sarapan pagi itu masih berbaki..Allah simpan rezeki tu untuknya barangkali.

kemudian tercakap satu perkara dan masing-masing dengan ceritanya.

rupa-rupanya berkongsi satu impian dan keinginan. memang dah tahu itu impiannya. sama.

berkata-kata memberi semangat padanya. support tanda sokong cita-citanya. sokong untuk usaha yang baik.
padahal, diri sendiri juga perlukan itu. seolah-olah bercakap untuk diri sendiri juga.
ok, 2 in 1. tapi mungkin kali ini kata-kata saya memang untuknya. 
yang gusar dalam dirinya tentang kata-kata orang. pengalamannya dahulu kala. ya, kadang-kadang kata-kata boleh menjadi peluntur semangat. tapi saya tahu dia kuat.

pokok juga ada support systemnya. ranting yang kuat, meninggikan pepohonan.
manusia juga perlu. jangan biar tak kuat sendiri-sendiri, nanti takut layu mencium tanah.

dalam perjalanan kembali ke universiti,
diri berkatanya padanya,
" islam itu datang dalam keadaan yang dagang dan akan kembali kepada keadaan yang dagang juga"

tahu, nampak ganjil tu hanya pada pandangan manusia. pandangan manusia, tak kemana. 
yang ingin dicari biarlah untuk pandangan Allah.

tiba-tiba dia bersuara,
"betul jugak, dunia tak kekal, manusia pun tak kekal!"

kali ini katanya-katanya membuatkan diri terfikir. Betul.sangat betul.
kali ini, kedua-duanya memandang ke bumi. diam. terus berjalan.
sehingga sampai, lalu terus solat zohor, dan terus masuk kelas Physiologi.
tempat dah penuh di hadapan. mencari-cari ruang untuk masuk dihadapan. tak berjaya.
kedua-duanya di barisan belakang untuk akhawat, di hadapan barisan ikhwah.
lain kali kena datang awal. berebut tempat untuk tuntut ilmu.

terhenti di situ. biar bernoktah sementara. bila ada kesempatan lagi, mungkin masing-masing boleh bersuara lagi. sedikit sebanyak hati terketuk. hanya Allah saja yang tahu, insyaAllah biar Dia yang tentu. impian tapi pada masa yang sama pilihan pada diri. kadang-kadang tak tahu mana yang terbaik. selebihnya pada Allah. 

lumrah, sesuatu usaha, untuk dapat apa-apa, mesti ada halangannya.
sama ada halangan tu ada dalam diri, dari nafsu yang turut juga ingin terlibat, dan dari jarum-jarum halus si musuh yang nyata, atau dari luar. kembali pada Allah. rujuk An-Nas, Al-Falaq. kepada siapa Allah minta kita berlindung? kalau bukan hanya pada-Nya.

jalan mana yang tiada batunya, pasti tak terlepas dari tersepaknya.
kalau tersembam ke bumi, pasti berdarah juga. kalau terus bersakit-sakit tanpa bangun, mana mungkin sampai ke jalannya.

cuma berbalik pada diri. mungkin itu ujian dari-Nya.



belum terlambat rasanya,

SALAM MAAL HIJRAH~ 
mari menjadi pencari cinta dan redha-Nya yang lebih baik di tahun baru ini. cari bukan bermaksud menunggu, tapi perlu usaha dan pengorbanan. kalau tak, mesti tak jumpa. 

p/s: esok ada test histology, moga sahabat-sahabat gen X semuanya dapat lakukan yang terbaik dan dipermudahkan oleh-Nya. insya-Allah. curi juga waktu untuk tulis di sini. kalau tak curi nampaknya bertambah-tambah sawang kt blog ni.


Wednesday, November 2, 2011

awal 10 Zulhijjah- ganjaran Allah buat hamba-Nya

Sabda Nabi Muhammad SAW, "Tidak ada hari yang lebih baik di sisi Allah untuk lakukan amalan kebaikan selain 10 hari terawal dalam bulan Zulhijjah". Para sahabat bertanya, adakah jihad fi sabilillah tidak boleh menandingi amalan yang dilakukan pd 10 hari tersebut?" Nabi bersabda, " Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya."
(Hadis Riwayat Bukhari)


Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: 
"Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya yang lebih disukai oleh Allahdaripada hari-hari 10 sepuluh ini (1-10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlahtahlil, takbir, maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda.
(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)


Daripada Abi Qatadah al- Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah( 9 Zulhijjah),
maka jawab Rasullah S.A.W yang bermaksud: "Dikaffarahkan(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.
(Sahih Muslim)

jom checklist amalan-amalan yang digalakkan untuk diperbanyakkan.. :)
berzikir kepada Allah
  • tilawah Al-Quran
  • solat-solat sunat
  • perbanyakkan infak dan sedekah
  • sembelih binatang korban
  • berpuasa
  • Qiyam


selamat beramal, moga Allah terima dan redha. :)

Allahu'alam.

Friday, October 14, 2011

Kasih Allah buat Kekasihnya~


Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Allah berfirman (yang bermaksud): 
"Sesiapa yang memusuhi kekasih-Ku, maka aku menyatakan perang kepadanya.
Tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang aku lebih sukai daripada apa yang Aku wajibkan atasnya. Tidak henti-henti hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunnah sehingga Aku mencintai-Nya. Jika Aku telah mencintainya, maka Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya ia mendengar, menjadi penglihatannya yang dengannya ia melihat, menjadi kakinya yang dengannya ia berjalan. Jika ia meminta kepada-Ku, nescaya Aku mengabulkannya dan jika ia meminta perlindungan, nescaya Aku melindunginya. Aku tidak pernah teragak -agak dalam sesuatu yang Aku putuskan, seperti teragak-agaknya Aku untuk mewafatkannya sebab dia benci akan kematian sedangkan Aku pula benci untuk menyakiti hatinya."
 (Riwayat al-Bukhari, hadis sahih)



cinta Allah, tiada bandingannya
kadang kala cuma kita yang alpa
mencari cinta yang rendah nilainya
sehingga lupa keluasannya cinta-Nya


ya, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi
 tetapkanlah hati ini dalam mencari cinta-Mu
peliharalah hati ini dari cinta selain-Mu
bawalah hati ini dalam dakapan rindu pada-Mu.


Allahu'alam.




p/s: nak pegang hati kuat-kuat bukan mudah macam pegang sesuatu di genggaman. Allah pemilik hati, mohon Allah yang jaga hati ini. insyaAllah.

Saturday, October 1, 2011

lihatlah~

Bismillahirrahmanirrahim..

rindu melihat bintang-bintang di waktu malam
yang berkelip-kelipan mengindahkan lakaran kegelapan malam
bertaburan dengan cahaya yang memberi sinar pada langit yang gelita

cuba alihkan pandangan ke jendela
renungkan langit tatkala malam menyapa
indah bukan? dengan disinari bintang yang bercahaya

subhanallah.

lihatlah. lihatlah. lihatlah.
disebalik kecantikan dan keindahan itu, 
ada Pencipta yang menciptakannya

masih melihat langit di waktu malam
cuma tiada bintang yang berkelipan di sini
melihat jauh cahaya berkelipan tetapi bergerak
hanyalah cahaya dari pesawat yang melintas

tetapi malam tetap indah dengan kehadiran bulan
walau kadangkala bulan juga tiada
malam akan tetap indah dengan cahaya di kota

malam akan tetap indah
walau tiada bintang, tiada bulan

yang pasti, Allah itu ada.


lihatlah alam dari jendela hati
di situ engkau akan temui 
kebesaran dan kekuasaan Allah ada di mana-mana

Yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis, tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka kembalikan pandanganmu, adakah kamu melihat sesuatu yang cacat?

Kemudian ulangilah pandangan(mu) sekali lagi dan sekali lagi nescaya penglihatanmu akan kembali kepadamu tanpa menemukan cacat dan ia  (pandanganmu) dalam keadaan letih.
(al-mulk :3-4)


Dan katakanlah, "Segala puji bagi Allah, dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan." (QS. An-Naml: 93)


Sesungguhnya dalam penciptaan langit langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (QS. 3:190)

mari memandang dan melihat dengan hati
insyaAllah pasti temui keindahan Allah di mana-mana.

wallahu'alam




p/s: esok akan kembali ke kelas.. akan melalui sungai nil.. kat situ pun pasti dapat lihat kekuasaan Allah. insyaAllah.

Friday, September 30, 2011

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Allah masih izin berada di muka bumi-Nya dengan segala nikmat dan pemberian-Nya yang tidak terhingga. 

Ramadan yang berlalu, turut membawa mood menulis pergi..
sangkaan Syawal bakal membawanya kembali..
ternyata ia kekal menyembunyikan diri..
kalau tidak dicari sudah tentu selamanya pergi.

cuma mampu bertandang tetapi tak mampu
menarikan jari di atas papan kekunci
rindu menggigit kalbu

teringin istiqamah macam orang lain
walau tahu tidak sehebat mereka
masih belajar untuk bertatih

kalau menulis kerana suka menulis
pasti diri akan berhenti bila sudah tidak suka
kembali pada tujuan utama yang tak akan hilang
selagi harapan tidak akan padam
insyaAllah selamanya ingin mencari itu!

p/s: class insyaAllah will be started on 2nd october 2011. welcome to all juniors. dah kakak rupanya. :)

Thursday, August 25, 2011

tentang sahabat ^_^

Kisah ini diriwayatkan daripada Rasulullah sendiri. Abu Hurairah meriwayatkan daripada Baginda s.a.w bahawa ada seorang lelaki yang ingin menziarahi sahabatnya yang menetap di sebuah kampung yang lain.

Maka Allah s.w.t telah menghantar malaikat ke jalan yang dilaluinya untuk memerhatikan lelaki itu.
Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggu malaikat itu, malaikat bertanya: "Ke mana kamu ingin pergi?"

Jawab lelaki itu jujur," "Aku ingin bertemu saudaraku di kampung ini."

Malaikat bertanya lagi, "Adakah bagi kamu ada apa-apa nikmat yang akan kamu peroleh daripadanya?"

Lelaki itu menjawab: "Tidak. Aku menziarahinya hanya kerana aku menyayanginya kerana Allah"

Berkata malaikat: "Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu kerana-Nya."
(Riwayat Muslim)






sahabatku,
aku tahu lautan dunia ini bukan destinasi yang abadi
lautan dunia ini harus kita redahi
untuk sampai ke pulau akhirat matlamat destinasi
yang kekal abadi, tempat diri akan kembali

sahabatku,
kita harus mencelukkan kaki di lautan itu
kalau tidak masakan akan tiba ke arah tuju
andai engkau lihat aku mula leka di situ
seronok bermain-main air di muara lautan itu
sehingga terlupa tujuan pelayaran yang satu
yang bakal terabai sesuatu satu persatu
tegurlah aku, 
kerana aku takut aku mula letakkan cintaku
di lautan luas itu.

sahabatku,

janganlah engkau biarkan aku
terus dibuai asyik keseronokan 
bermain-main air di lautan itu
kerana aku takut
dengan ombak yang mendatang
sesekali tidak terduga bila bertandang
hingga aku hanyut dipukul ombak itu
takutku tenggelam di dasar lautan itu
takutku tidak akan sampai ke destinasi impian

tariklah aku kembali
hulurkanlah tanganmu padaku
aku tidak ingin terus tertipu
terpedaya dengan keindahan yang palsu
tidak ingin lemas dalam pergelutan nafsu

aku perlukan kamu
aku ingin bersamamu
seiring berjalan memimpin tangan
ke pulau destinasi hakiki
yang menjadi impian semua penghuni Bumi
aku ingin ke sana
tak ingin berhenti mencari
sesuatu untuk dijadikan bekal ke sana
ingin kamu bersamaku sahabatku?
kita bersahabat di Bumi, ingin ku teruskan
persahabatan ini ke syurga Ilahi

andai engkau yang mula lemas
dengan lautan dunia yang mempersonakan
akan ku pimpin kembali tanganmu
hulurkanlah tanganmu
moga kita saling menyelamatkan
atas dasar cinta tulus kerana-Nya
moga jalinan persahabatan antara kita
disulam redha dan kasih sayang-Nya.



buat sahabat-sahabat ana yang pernah hadir dalam hidup ini
Alhamdulillah, ku bersyukur dipertemukan dengan kalian
terima kasih atas segala kebaikanmu, segala tunjuk ajarmu, segala ilmumu,
segala-galanya
Moga Allah pelihara kalian
maafkan kekurangan diri ini
maafkanlah setiap kesalahan diri
smoga kita bakal bertemu lagi
jika tidak lagi di dunia
moga Allah temukan di syurga

Allah, saksikanlah aku menyayangi mereka kerana-Mu.
insyaAllah.

wallahu'alam

p/s: mood: sedang dilamun rindu pada teman-teman seperjuangan, sahabat-sahabat(baca=perempuan) yang jauh, yang dekat, yang lama tidak bertemu..(yang di mesir, di jordan, di makkah, d utara, selatan, barat, timur semenanjung malaysia,di mana2 sahaja.. sangat2 rindu. moga Allah plihara antunna. uhibbukunna fillah. ana bahibku awi2. :)