Friday, December 27, 2013

ohh hati


gersangnya hati itu
bukan kerana tempat yang berubah
tetapi hati yang masih tidak mampu
menyesuaikan dengan keadaan baru

gersangnya hati itu
bukan kerana tidak terjaga
tetapi kerana ingatan pada Rabb
yang mungkin berkurangan

walau dimana-mana
sepatutnya hati itu tidak berubah
kerana hati itu perlu sntiasa
disirami dan terus dibasahi
dengan titisan-titisan peringatan
dengan alunan-alunan kalam-Nya
dengan sensitif terhadap kemungkaran
dengan takut dan raja' kepada Tuhan

hati itu
perlu terus dijaga
kalau dibiarkan
mungkin menjadi batu
atau tidak bernyawa

ya, yang pegang hati itu
Yang Menciptakannya
andai tidak diisi dengan taqarrub dengan-Nya
pasti dipenuhi dengan lagha dan kelalaian

andai komputer punya antivirus
kenapa dibiarkan hati itu
dipenuhi virus-virus yang menyerang
istighfarlah
moga hati yang gelap itu
menjadi jernih dan kembali bersih

siapa kata jaga hati itu mudah?
mujahdahlah dan bersabarlah
dalam menjaganya

saidina Ali pernah berkata;

Allah menempatkan bekasnya di dunia ini.
tempat yang boleh menempatkan Allah adalah hati~
hati yang dicintai Allah, bukan yang dimurkaiNya

jagalah hati, jangan kau nodai
jagalah hati, cahaya hidup ini

ya Rabb, jagalah hati ini
moga layak menempatkan cinta kpd-Mu~

Thursday, November 1, 2012

cinta dan pengorbanan



Pengorbanan dan cinta. Ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Tidak lengkap sekiranya satu elemen tidak wujud. Bila berbicara tentang cinta, pastinya di situ dilihat sebuah pengorbanan. Bila terungkapnya kalimat pengorbanan maka di situ tergambar sebuah cinta. Inilah yang sering ditunjukkan dalam kisah-kiasah cinta dewasa ini. Jika kerana cinta kepada manusia, kononnya lautan api sanggup diredahi, gunung tinggi sanggup didaki, bagaiman pula dengan cinta kepada Allah, apakah yang sanggup dilakukan? Tepuk dada, moga hati terasa.
 Menghitung hari bermula hari ini, tidak lama lagi kita bakal merayakan Hari Raya Aidiladha atau juga disebut sebagai Hari Raya Korban. Bila menyebut tentang Hari Raya Aidiladha, maka tergambarlah di dalam benak fikiran kita mengenai sebuah sejarah agung yang tersingkap di sebaliknya di samping terfikirkan binatang-binatang al-an‘am seperti unta, lembu, kambing yang bakal disembelih. Pastinya, kebanyakan daripada kita malah seluruh kaum muslimin sudah arif tentang sejarah penyembelihan dan sudah maklum mengenai kisah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar. Apa tidaknya, setiap tahun kita merayakannya dan mendengar khutbah Aidiladha yang menyebut dan memperingatkan kita tentang sebuah kisah agung itu yang tercoret dan terlakar indah di dalam kalamullah.

Sebuah kisah cinta

“Maka kami beri kabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang sangat sabar. (Ismail).

“Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya,
(Ibrahim) berkata, “Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!”
Dia (Ismail) menjawab, “Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu; insya-Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang bersabar.”
(As-Saffat: 101-102)

Ya, inilah kisah agung itu. Ya, menjadi salah satu peristiwa yang saban tahun kita diingatkan tentangnya. Kita akan diceritakan mengenai perintah Allah kepada Nabi Ibrahim dalam mimpinya, tentang Nabi Ismail yang rela andai dirinya disembelih dan tentang Allah mengantikan nabi Ismail dngan seekor sembelihan. Bila membacakan ayat ini, hati terkesan dan hanya tergambar tentang satu perkara iaitu cinta.Adakah anda juga ternampak dan merasakan di situ adanya nilai cinta yang sangat tinggi?Cinta kepada Sang Khalik, Al-Wadud yang utama dan pertama-tamanya mengatasi cinta kepada yang selainnya.

Berputar kembali kisah sebelumnya, kerana perintah Allah, Nabi Ibrahim meninggalkan isteri yang tercinta,Siti Hajar bersama anak yang masih kecil,Nabi Ismail, di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, yang tiada tumbuhan terletak di Mekah. Apabila kembali bertemu dengan anaknya, Nabi Ismail yang sudah lama tidak bersua dengannya, datang pula perintah Allah di dalam mimpi untuk menyembelih anaknya itu. Allah..betapa sangat sukar situasi itu. Anak yang ditinggalkan, dan apabila bertemu, harus disembelih!

Tetapi lihatlah, bagaimana cinta kepada Allah yang sangat tinggi, Nabi Ibrahim melaksanakan jua perintah Allah walaupun berat untuk meninggalkan isteri dan anaknya. Pada kali keduanya, perintah untuk menyembelih anaknya. Berat. Sangat berat apabila yang dicinta harus dilepaskan dan ditinggalkan juga harus dikorbankan. Tetapi kerana cinta yang lebih tinggi, pengorbanan perlu dilakukan dan diteruskan. Apabila disebelah cinta kepada manusia, dan di sebelah lagi cinta kepada Allah,maka yang mana satu perlu dipilih? Cintalah yang mendorong Nabi Ibrahim melaksanakan perintah Allah.

Lihat juga Nabi Ismail, kerana cinta kepada Khaliknya, maka lihatlah apa dikatakannya.
“wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan Allah kepadamu..”

Tidak sesekali membantah apatah lagi mengungkit peristiwa dahulu sewaktu dirinya ditinggalkan oleh ayahnya. Dengan hati yang sangat redha, maka kerana perintah Allah dan kerana cinta kepada-Nya, maka dia merelakan andai dirinya disembelih. Nyawa sendiri tidak dipentingkan, sanggup menggadaikannya kerana Allah. Bukankah ini cinta namanya? Cinta kepada Allah melebihi segalanya.
Tidak sesekali menyalahi takdir dan ketetapan Allah, malah mentaatinya dengan hati yang penuh cinta.


Siti Hajar yang redha

Di tengah terik matahari di tanah yang kering kontang, Nabi Ibrahim menunggang unta bersama Siti Hajar dan juga bersama anak yang masih kecil. Selepas Siti Hajar diturunkan, Nabi Ibrahim bersiap untuk pergi dan tidak berpaling. Siti Hajar menyedari dan memegang jubah suaminya sambil berkata;

“Wahai suamiku, apakah engkau akan meninggalkan kami di tanah yang gersang ini?”
 Tanpa berpaling, Nabi Ibrahim hanya menanggukkan kepala.

Ditanya lagi, “Adakah ini perintah Allah?”.
“Ya wahai isteriku, ini ialah perintah Allah.”Jawab Nabi Ibrahim.

Siti Hajar terdiam tanpa kata apabila mendengarkan jawapan itu. KemudianSiti Hajar berkata,
“Jika benar ini adalah perintah Allah, tidak perlulah bergundah gulana, Dia pasti tidak akan mempersiakan kami.

Masya-Allah, lihatlah bagaimana seorang isteri yang akan ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang mengungkap kata-kata itu seperti merelakan dirinya ditinggalkan dan sangat yakin bahawa pastinya Allah akan menjaga mereka berdua. Kerana perintah Allah, Siti Hajar merelakan andai dirinya ditinggalkan. Tidak sesekali merayu-rayu agar dirinya tidak ditinggalkan dan dibawa bersama. Tidak. Bahkan redha bahawa itu adalah ketetapan dari Allah. Maka sekali lagi, bukankah ini juga adalah kerana cinta? Tidak juga diceritakan bahawa Siti Hajar melarang untuk Nabi Ibrahim meneruskan perintah seperti dalam mimpinya.

Maka cerita dan kisah ini bukanlah sekadar sejarah penyembelihan yang saban tahun kita terisi dengannya. Tetapi melihatkan kepada kita sejauh mana dan bagaimana pengorbanan yang sangat besar dilakukan kerana cinta yang sangat tinggi kepada Rabb. Maka, apabila kembali menyusuri sirah ini, moga tergambar sebuah nilai cinta yang sangat tinggi.



Dia yang Maha Mencinta

Rasakanlah cinta itu. Contoh cinta kepada Allah dan juga cinta Allah kepadanya hamba-Nya. Allah tidak akan mempersiakan hambanya. Kerana Dia adalah al-Wadud, yang Maha Mencinta, yang memperlakukan hamba-Nya dengan cinta-Nya. Maksud al-Wadud mengikut pandangan ulama, ialah cinta yang sangat tinggi. Tahap cinta yang sebenar-benar cinta. Lihatlah, apabila Siti Hajar yang ditinggalkan di tanah yang kering kontang dan seringkali tersalah melihat kawasan yang mempunyai air dan berlari ke arahnya namun hakikatnya itu adalah sekadar fatamorgana, tetapi Allah memancarkan air di tempat Nabi Ismail menghentak-hentakkan kakinya ketika menangis. Seterusnya, apabila Nabi Ibrahim ingin menyembelih Nabi Ismail, Allah mengantikannya dengan seekor sembelihan yang besar.

“Lalu, Kami panggil dia, “Wahai Ibrahim!”;

Sungguh engkau telah membenarkan mimpi itu.” Sungguh, demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik;

Sesungguhnya, ini benar-benar satu ujian yang nyata.

Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.”
(As-Saffat:104-107)

Masya-Allah, lihatlah apabila kita membuat sesuatu kerana Allah, maka percayalah bahawa Allah pasti tidak mensia-siakan usaha dan pengorbanan seorang hamba yang dilakukannya kerana Dia, dan pastinya membalasnya dengan sifat Maha Mencinta-Nya. Sungguh, ketetapannya itu ada hikmahnya. Maka, teruskanlah melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya dengan meyakini Allah tahu hikmahnya. Teruskanlah melayari kehidupan ini dengan menyegarkan cinta kepada-Nya setiap hari dan setiap ketika. Duduk seketika, bermuhasabahlah tentang sejauh mana cinta kita kepada Pemilik Cinta itu. Ya, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar telahpun membuktikannya. Bagaimana dengan kita? Mungkin sahaja pengorbanan kita tidak setara dengan pengorbanan besar hamba-hamba  yang dekat dengan Allah ini, namun Allah tahu bahawa kita sangat-sangat mendambakan cinta-Nya dan berusaha untuk mendapatkan perhatian dari-Nya. Maka rasakanlah cinta-Nya dalam setiap nafas, setiap degupan jantung, setiap derap kaki, setiap gerak tangan, setiap udara yang kita hirup, setiap nikmat dari-Nya, pasti tidak akan pernah bermakna tanpa cinta-Nya.

Sedar, bahawa diri ini bukanlah orang yang selayaknya menulis tentang cinta. Apatah lagi cinta kepada Allah. Sedar bahawa diri ini juga tidak layak berkata tentang pengorbanan kerana sebuah cinta, apatah lagi melakukan pengorbanan kerana cinta kepada Allah. Sedar, bahawa cinta kepada Allah mungkin sahaja belum sempurna, namun sekadar mencoret sebuah kisah cinta agung.

Seperti air zam-zam yang menyuburkan tanah yang kering-kontang pada asalnya, moga dengan sentuhan cahaya dan cinta-Nya, hati kita tersubur dengannya. Insya-Allah.

p/s: xtahu apa yang pernah dilakukan sbg pengorbanan kerana cinta pada Allah.. Allahu Allah..mungkin sangat2 sedikit.. 

remind me to search His love :) 







Monday, August 13, 2012

waktu dan ramadan yg kian berlalu



aku merenung langit malam dalam perjalanan pulang ke negeri halaman..

bulan mengambang..masya-Allah sangat indah..
tapi..aku tahu..bulan itu akan bertukar bentuknya..
sehinggalah nanti ianya sudah tidak kelihatan..
dan waktu itu manusia mencari-cari jika ada kelibat anak bulan
untuk mengisyhtiharkan bahawa 1 Syawal sudah tiba.

Aku merenung waktu..
ya Allah, sungguh cepat masa berlalu..
mungkin kerana sibuk dengan 'dunia' sehingga aku tak terasa pantasnya masa berlalu
apakah setiap saat  waktu yang berlalu
sepenuhnya ingatanku pada Tuhanku?
apakah setiap saat  waktu yang berlalu
sebaiknya aku  menggunakan waktu itu..?

"bulan!! waktu!!
berhentilah bergerak..aku mahu lebih lama masaku dengan Ramadanku
aku masih ingin lama bernafas dalam hembusan Ramadan."
...suara kecil sang hati yang teriakannya tidak didengari insan..

bulan itu makhluk Allah..dan ianya akan tetap berputar kerana taatnya pada Tuhannya..
masa itu juga makhluk Allah..dan ianya akan terus berjalan kerana taatnya pada Tuhannya..


wahai manusia..engkau juga makhluk Allah..
mengapa tidak engkau menambah ketaatanmu pada tuhan-Mu?


Ramadan kian berlalu..jika engkau masih tidak bekejaran menambah ketaatan..
ianya akan pergi meninggalkanmu..
maka biarlah ianya pergi dengan kenangan yang paling indah bersama Tuhanmu dalam Ramadanmu dengan ketaatanmu.

Saturday, May 19, 2012

Berbahagialah wahai hati~~




wahai hati,
bersabarlah

engkau pernah berbicara
katamu ingin terus mencari hanya Satu
bila telah tekad katamu
bila telah bulat pasakmu
maka serah sahaja pada Dia

namun
satu persatu bertandang
tanpa dijangka atau dipinta
mungkin ini ujian-Nya
menguji 
sejauh mana benar ungkapmu
sejauh mana sabarmu
sejauh mana tindakanmu
sejauh mana kamu benar-benar
berserah dan mencuba

wahai hati
engkau bersedih?
bersedihlah kerana dosamu
bersedihlah atas keterlanjuranmu
bersedihlah atas ketidakjujuranmu
bersedihlah atas titik-titik gelap
yang kau sendiri corakkan

namun
usah kecewa
Dia pasti tidak akan mendatangkan ujian
tanpa hikmah di sebaliknya

berbahagialah dikau wahai hati
Dia ingin kembali mengambilmu
untuk kembali diisi dengan cinta-Nya
untuk kembali mendekat pada-Nya
untuk kau isikan ruangmu dengan lafaz-lafaz menyebut-Nya
untuk tidak kau terus menambah titik-titik hitam
yang semakin menebal dan terus tercalit

pasti, bila di saat begini
engkau akan terus mengingati-Nya 
dan untuk Dia menjaga kembali dirimu
dari dunia yang engkau isikan di dalammu
dari pencemaran yang lebih mengaburimu

bukankah engkau perlu berbahagia
itu tandanya sayang-Nya pada hamba-Nya
memang
semua yang bertandang meninggalkan kesan

usah risau, usah kecewa, usah bersedih
kerana di sebalik itu
Dia datangkan hadiah yang sangat berharga
rasa berTuhan dan rasa kembali kepada-Nya
bukankah itu yang engkau inginkan
ketenangan yang tidak mungkin dibeli

berbahagialah
usah kenang perkara yang lalu
usah kecewa dengan apa-apa yang mendatang
tetapi tersenyumlah
kerana Dia sentiasa ada
bukankah Dia yang memilikimu?
pasti dan pasti hanya Dialah yang selayaknya
merawat dan menyembuhkan lukamu
dengan kasih dan cinta-Nya
yang tidak bertepi

pohonlah ampunan pada Dia Al-Ghaffar
Dialah yang Maha mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya
kembalikanlah kepada Dia, At-Tawwab
Dialah yang menerima taubat hamba-hamba-Nya
balaslah cinta Dia, Al-Wadud
yang Maha Mencinta dan memperlakukan hamba-Nya dengan cinta-Nya
serahkan urusanmu dan dirimu pada Dia, Al-Wakil
Yang Maha Mengatur urusan hamba-Nya dengan kebaikan-Nya

Pergi dan pergilah
wahai sepi
dan kamu wahai sedih
kerana aku punya Dia
dan aku akan bangkit untuk terus
tersenyum dengan kebahagiaan yang bakal
ku miliki bersama-Nya

berbahagialah dikau wahai hati
kerana Dia masih ingin menjagamu
cukuplah Dia untukmu

terus dan teruslah 
berdoa dan berharap
mencuba dan mencuba 
untuk terus dan terus
mencari dan mencari
hanya Dia.

:)

p/s : untuk kamu wahai hati2, berbahagialah. :)

Tuesday, April 17, 2012

kita ada Al-Wakil~


Kata “Tawakal” berasal dari nama Allah, Al-Wakil. Apakah maksud Al-Wakil?

Al-Wakil ialah Dzat yang mengurus hamba-Nya, dengan kebaikan-Nya, tidak akan mensia-siakan dan menimpakan kemudharatan, bahkan Dia akan menunjuki jalan kemaslahatan.

sejauh mana, kita telah benar-benar meletakkan sepenuh penyerahan kita kepada-Nya ketika kita bertawakal? 
tawakal itu ibadah hati, dan hanya dilakukan oleh hati. kita menyempurnakan 'sebab' dengan anggota badan dan perlu memutuskan 'sebab' dari hati kita. hati yang terikat pada Allah.

believe me. we have Him, Allah Al-Wakil. don't worry about the choice, the future, the results or anything else..He know the best. He knows what we don't ever know.  

keep smiling and believing..insyaAllah He will shows the way~ :)


Tuesday, April 10, 2012

diri yang dahulu

semalam terbaca status seorang ukhti..
katanya, dia rindu dirinya, dirinya yang lepas..

the same feelings?

sama..satu ungkapan yang pernah juga diri ini ungkapkan
satu perasaan yang pernah bertandang di hati
rindu dengan diri yang lama
diri yang dahulu

bukan bermaksud benci dengan yang sekarang
tapi cuma rindu pada diri yang lepas
kadang-kadang terfikir
apa bezanya..?

mungkin dan mungkin ada sedikit bezanya
walau pada satu jasad yang sama
masa dan waktu yang berjalan
bergerak seiring dengan keadaan

rindu diri yang dahulu, hati yang dahulu
entah
ya, sekarang yang pasti bertambah usia bersama dosa
hakikatnya berkurang masa untuk beramal 
dan semakin dekat dengan jemputan-Nya

kata orang, kita tak wajar pandang ke belakang
harus terus mengorak langkah ke masa hadapan
kata sendiri, pandanglah ke belakang
jika di situ ada kebaikan dan lebih baik dahulunya dari sekarang
agar dapat kita berjalan di hadapan dengan lebih baik
agar dapat kekalkan kembali apa yang kita pernah jadi dahulunya
dan tambah dengan penambaikan untuk menjadi diri yang esoknya


rindu diri yang dahulu
semoga baki diri yang dahulu masih ada pada diri hari ini
malahan kesemuanya
dan moga diri hari esok lebih baik dari hari ini


wahai diri, aslih nafsak wad'u ghairak. :)
dan rindu persaan ketika  ini melihat kecantikan Allah mlaui kecantikan ciptaan-Nya~

Tuesday, March 20, 2012

Lambaian Palestin (part1)

    Bosan. Itulah yang dirasai Aiman Mukhriz pagi itu. Keseorangan di rumah banglo yang besar, tanpa ada sebarang aktiviti yang mampu menceriakan paginya.



Aiman : “Bro, jom kuar nak?” Aiman menghubungi sahabat baiknya, Adam Hanif untuk keluar menemaninya.


Adam : “Kuar? Emm,. Nak ke mana? Spesifikkan sikit boleh tak?”


Aiman : “Mana-mana je..shopping complex ke..makan-makan ke..jalan-jalan..tengok movie baru ke..boring la bro.”


Adam :  “Dalam erti kata yang lain, melepak la ya? Ooh..no,no,no. Masa yang Allah pinjamkan bukan untuk dibazirkan.  Kalau ada faedahnya kau ajak aku keluar ni, insyaAllah aku ikut. Kalau tak, maaf la ya wahai sahabatku. .”


Aiman : “Ala..keluar-keluar je pun. Jom la..kita keluar bersama untuk berukhwah, aku ada something la nak bagi kau. Kalau tak nak sudah..lagi bagus..”


Adam :  “A’ah kan, aku lupa plak, ade orang tu kan baru balik dari jalan-jalan negara orang. Ok, boleh-boleh. Datang jemput depan pintu rumah aku, sure aku tak tolak invitation kau ni..haha.”


Aiman : Ye la, tuan. Depan rumah pun depan rumah la..Give me 20 minutes, then I’ll be there. Insya-Allah.
23 minit kemudian..


Adam : “Cakap 20 minit, 3minit kot kau lambat. Kata depan pintu rumah, tapi ni aku yang tunggu kau kat depan pintu rumah..apa kes? Emm, nasib baik aku malas nak merajuk..haha.”


Aiman : “Ye la, maaf. Tak boleh nak elak sesak tadi.3 minit je kot.  Halal je la..”


Adam : “Kate nak bagi something kat aku..haa, mana dia? So, kite ni nak ke mana? Ko belanja aku an..kan-
kan?


Aiman : “Sabar la.. sabar tu kan separuh dari…dari..? dari…iiii..man. Kan kau jugak yang selalu bising kat telinga aku? Kan? Yela-yela, fastabaqul khairat,hee.. aku belanja kau la..macam tak biasa pulak. Aku belanja kau makan dulu then aku nak shopping barang rumah sikit. Then kite gi duduk untuk beriman sejenak kat mana-mana..ok?


Adam : “Ye ustaz..sabar separuh dari iman..(sambil tersengih). Waa..bagus-bagus..tak pe-tak pe, bila-bila aku pulak belanja kau..hehe. yup, fastabaqul khairat. Boleh-boleh..ayuhlah kita.


Aiman : “Nah, hadiah. Suke ke tak suke ke ambil je..jangan banyak komen.”


Adam : “Wow, seriously? Cantik pulak baju ni..thanks bro. Terharu ni, terharu sangat. Kau nampak tak wajah aku yang bersinar-sinar terharu ni?haha.”


Aiman : “Haha, ye la..it’s nothing la. Kau tu lagi precious..because you are my only best friend..hehe.”
Mereka terus berborak rancak sepanjang perjalanan mereka.
Akhirnya, mereka sampai di Supermarket dan terus mengambil troli yang ada di hadapan pintu masuk. Terus menghampiri rak-rak barangan untuk mengambilnya. Tiba-tiba, Adam bersuara,

Adam : “Eh..yang ni tak boleh. Tak boleh. Barangan ni barangan yang kita kena boikot la.. boikot Israel Product! We should do that, ok? “


Aiman : “Ok,fine.  Then aku nak yang ni la..”


Adam : “Oh, ni pun tak boleh la bro..”


Aiman : “What’s about this?”


Adam menggeleng.


Aiman : “Habis tu, aku nak makan ape? Nak minum ape?  Dah semua barang yang aku suka semua tak boleh! Rilek la bro.. kalau kita boikot sekalipun, setakat aku dan kau tapi kalau satu dunia still guna produk-produk ni, diorang tu tak boleh bankrupt jugak la.. diaorang tetap boleh buat senjata-senjata. Entah-entah diaorang tu tak rugi pun kalu aku dan kau je yang boikot!”


Adam : “Ooh macam tu..? Ok, fine. Aku dah laksanakan tanggunjawab aku. Terpulang la kat kau. Tapi at least, untuk setiap peluru yang diaorang tembak saudara-saudara Islam kita kat Palestin, aku tak sumbang sesen pun saham kat diaorang. Dalam peluru-peluru tu, tak de duit aku pun. Dalam setiap seorang yang syahid di Palestin, aku takde share dengan orang Yahudi.”
Kau nak beli, beli la.. sanggup kau nak teguk air tu? Ha..makan la puas-puas, biar penuh perut kau!

   Wajah Adam tidak lagi memandang sahabatnya. Kesal dan sedikit kecewa tersimpan di hatinya.
Adam terus berjalan ke hadapan. Meninggalkan Aiman di bahagian makanan di supermarket itu. Ada troli disampingnya. Di dalamnya dipenuhi dengan produk-produk makanan yang telah diletakkan olehnya sebentar tadi. Diam tanpa kata. Ditenungnya produk-produk tersebut. Adam entah ke mana tapi dia masih tercegat di situ.


Ah..apa yang aku harus lakukan..?


Beberapa ketika kemudian,


Aiman : “Adam! Puas aku pusing-pusing cari kau..”. Aiman memanggil Adam dari jarak yang agak jauh.Troli yang bersamanya tadi terus dibawa bersama dengan longgokan barangan yang diambilnya.


Adam : “Aik, kat mana barang-barang yang kau ambil tadi? Dah telan semua dalam perut kau ke? Kenyang..?”


Bahasa Adam sedikit tajam dan sinis. Tetapi hakikat di hatinya, terukir sedikit kegembiraan.


Aiman : “Ye la..aku tak ambil pun..sedih jugak bila aku pikir balik apa yang kau cakap tadi tu..terima kasih la ingatkan. Insaf aku jadinya.."
“Dah,dah..aku nak bayar, and then lepas ni kita pegi mana-mana je la.”


Adam : You know something..? Air kat syurga nanti, lagi sedap, lagi best dari air-air yang kau teringin nak beli tadi. Makanan kat syurga? Berganda-ganda enaknya dengan apa yang ada kat dunia. Kan..?Allahu Allah.  Alhamdulillah, baguslah.. Mujahadahmu tak sia-sia sahabatku, percayalah. Insya-Allah.


Aiman : Allah..betul tu. Masya-Allah..Thanks sangat ingatkan. 


   Mereka saling memandang. Senyuman terukir pada kedua-dua wajah itu. Mereka terus menolak troli dan menunggu giliran di kaunter pembayaran. Setelah selesai, mereka berdua kembali ke kereta dan meneruskan perjalanan.


Aiman : Eh, aku lupa la..mama aku suruh aku balik awal hari ini. Ada hal sikit katanya nak dibincangkan. Emm..macamna ya? Nampak gayanya, tak jadilah kita nak pegi mana-mana lepas ni..emm..sorry ar bro..ana nasitu.


Adam : Iye ke? Emm..ok la kalau macam tu.. Lain kali, bila nak ajak aku keluar, please make sure yang kau memang betul-betul free eh.  Sabar je la..ok la.. haa..ada hal yang nak dibincangkannya? Macam serius je bunyi? Jangan-jangan..


Aiman : Jangan-jangan ape..? ha..Baik kau cakap..


Adam : Jangan-jangan mama kau nak jodohkan kau dengan anak kawan dia ke..haha.


Aiman : Isyhh..ke situ pulak dia..tak de la..mane ade.. I’m prefer to choose single right now, OK?..haha.



    Selepas Aiman menghantar Adam ke rumahnya, Aiman terus bergegas pulang ke rumah. Tidak mahu mengecewakan ibunya kerana sejak dari pagi tadi, Aiman telah berjanji dengan ibunya untuk pulang awal ke rumah. Sebaik sahaja dia sampai, ibunya menunjukkan kepadanya sepucuk surat. Dia mengamati kandungannya satu persatu. Air mukanya sedikit demi sedikit berubah, menunjukkan sedikit reaksi terkejut.

Adam : Ma? Apa semua ni ma? Kenapa Man tak tahu menahu pun semua ni? Tiba-tiba je..im selected! Oh..no! All this is nonsense. I can't accept this. seriously!


Mama Adam : “Man! Kenapa? Why not? You are being selected, because you are the choosen one. Allah had choose you. You! You should be so grateful. This is your opprtunity to contribute something for islam!”


Adam : “Ah? What? Ma, I’m still young,okay? I’m 24 years old.. not married yet. I have a life. My long journey of life. Ma nak ana ma mati muda-muda..? Ma tak sayang anak ma ya? I’m the only your child. Right?”


Mama : “Yup. Because you are the only child that I have, so I really want to see you do contribute something to our beloved deen. Semua ni juga kan untuk saudara-mara kita di Palestin. Apa sumbangan kita?  Just watching, ‘goyang kaki’ and waiting for the time? Tak buat apa-apa? 


Aiman : “Ma..ma tahu kan..kalau betul-betul Man pergi, there is no possible that I will going back here.  Ma..umur Man ni pun belum capai satu per empat abad lagi..im still young. I still wanna enjoy my life.”


Mama : “Oh, you’re really confident about your life? I see.. Man, kalau Allah nak ambil nyawa seseorang, bila-bila masa ja Man. Tak kira muda atau tua. Sedangkan esok pun kita tak pasti masih ada untuk kita atau tak? Are you very sure about that?”


Aiman : “Emm…”


Mama : “Man tak ingin ke nak mati syahid di jalan Allah? Berjuang di jalan-Nya.? Semua orang akan mati, itu yang pasti..tetapi jika kita diberi kesempatan untuk memilih, bukankah pilihan untuk mati di jalan Allah itu adalah yang terbaik dan yang semua orang impikan?


Aiman : …….
               
                Aiman diam seribu bahasa. Benar. Setiap persoalan yang diajukan ibunya susah untuk dipatahkan. Ya..sedangkan esok, dia sendiri tidak pasti tentang kehidupannya. Semuanya di tangan Allah. Ya, Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Mati syahid? Memang di jauh sudut hatinya, ada keinginan itu tetapi entah mengapa dia rasakan terlalu berat untuk melakukan semua ini. Berat untuk menerima sebuah tawaran yang begitu besar baginya. 


Ah...kenapa aku?





...to be continued..biidznillah.. :)