Friday, May 13, 2011

15 Mei?? Mari ambil cakna!!

Ribuan rakyat Mesir sedang membuat persiapan untuk menyeberang masuk ke Gaza pada 15 Mei nanti bagi memperingati ulang tahun Nakba. Mereka akan melintasi sempadan di Rafah sebagai solidariti dan usaha berterusan menghentikan sekatan dan embargo yang dikenakan oleh rejim zalim Israel ke atas rakyat Gaza.
Mereka akan berlepas dengan menaiki lebih 100 buah bas dari Tahrir Square di Kaherah, dan seterusnya bergabung dengan sebahagian besar perserta lain di Suez. Mereka dijangka sampai di Gaza pada waktu petang, seterusnya menyertai rakyat Gaza memperingati hari Nakba keesokan paginya.
Pada tahun 1948, tentera Zionis menghancurkan hampir 500 buah kampung dan bandar di Palestin, menyebabkan lebih 700,000 warga asal Palestin itu terpaksa menumpang hidup di negara-negara jiran. Setelah 6 dekad peristiwa itu berlalu, kini dianggarkan terdapat lebih 4.7juta pelarian Palestin, di mana mereka tetap berharap satu hari nanti akan pulang semula ke tanah air mereka.
Rakyat Mesir juga merancang untuk mengadakan protes bagi menentang sekatan yang dikenakan ke atas Gaza sejak lebih 4 tahun yang lalu. Protes ini akan diadakan di Kedutaan Israel. Rancangan ini jelas menunjukkan sikap atau pendirian sebenar rakyat Mesir berkenaan permasalahan saudara mereka di Gaza. Namun mereka ditekan selama bertahun-tahun di bawah pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak yang menjadi sekutu utama rejim Israel.
Hosni Mubarak menjadi pihak yang memastikan sekatan Israel ke atas Gaza dapat dilaksanakan, memisahkan lebih 1.5 juta rakyat Gaza dari dunia luar dengan menutup pintu masuk di Rafah — satu-satunya jalan masuk ke Gaza di luar daerah yang dikawal Israel.
Kejatuhan Mubarak akhir Januari lalu menyebabkan hubungan Kaherah dan Tel Aviv menjadi renggang, seterusnya membuka jalan bagi perubahan dasar luar negeri Mesir terhadap negara-negara serantau dan pendiriannya terhadap sekatan ke atas Gaza.
Ahmed Doma, salah seorang penganjur dari the Justice and Freedom Youth Movement, berkata “kami merancang aktiviti ini sebagai menyahut seruan di dunia Arab (yang dibuat melalui internet) untuk melahirkan Intifadah Palestin Ketiga yang kami gelar sebagai Gerakan Dunia Arab.” Gerakan tersebut juga menyeru semua bangsa Arab untuk maju ke sempadan-sempadan Palestin di Mesir, Syria, Lubnan dan Jordan bagi menuntut hak rakyat Palestin untuk pulang ke tanah air mereka.
Sumber berita: PressTV dan Agencie


sumber diperolehi : HALUAN PALESTIN

**NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. <lanjut di sini>

dan apakah sumbangan kita untuk Palestin tercinta? sekadar memerhati?

wallahua'alam.