Friday, January 20, 2012

Bahagia

Bahagia di hati

Aku inginkan bahagia
bahagialah wahai hati~
picture by Lexxen of DevainArt
bahagia pada sekeping hati
bahagianya bukan sekali cuma
tetapi bahagia sehingga bertemu Ilahi.


Alangkah indahnya..
Bahagianya hati apabila ketenangan di situ
Bahagianya hati bila terasa dekat dengan-Nya
Bahagianya hati pada sebuah keikhlasan yang tulus
Bahagianya hati saat tunduk sujud kepada-Nya
Bahagianya hati saat melakukan ketaatan
Bahagianya hati saat bersendiri dengan Tuhan
Bahagianya hati ketika memandang kebiruan langit,
kehijaun dedaunan, keindahan bunga-bungaan malah seluruh
ciptaan-Nya, kerana merasai kehebatan dan kewujudan-Nya
Bahagianya hati apabila melihat senyuman terukir di wajah-wajah insan
Lebih bahagia apabila sentiasa merasai kebersamaan dengan-Nya.


Alangkah bahagianya
andai aku memiliki hati yang bahagia
indahnya tak terungkap dengan gambaran
tak terkata dengan ungkapan
Bila hati bahagia, di situ juga ada keindahan
keindahan juga dalam memandang segala perkara
manisnya sebuah keindahan itu.


Hati yang bahagia,
Di mana kan kutemui
pasti tidak hadir, andai hanya menunggu
takkan menyapa andai berdiam
selain bangun dan mencarinya
pasti bertemu lalu tersimpan diam


bahagia yang ku cari..
bahagia itu kadang-kadang menjauh
sedikit demi sedikit melangkah pergi
tunggu..!!
jangan pernah lagi menghilang
membiarkan diri terkontang-kanting
jauhnya terasa sebuah kehilangan
kehilangan sebuah keindahan 
kehilangan sebuah kemanisan
kehilangan sebuah ketenangan
sungguh meresahkan!


hilangnya bukan sengaja
perginya bukan tak bersebab
berpunca dari hati yang ketandusan
dari hati yang sudah beralih arah
pada keindahan dunia yang cuma sementara
dari hati yang mula leka, yang mula alpa
oh hati..engkaulah raja
andai sekali kau berpaling
pasti bahagia tak kan seiring
pergi jauh selagi engkau tidak kembali
kembali pada Penciptamu.


bahagia yang ku cari
andai ingin bertakhta lagi di hati
pasti kan kutemui kembali
dengan mendekat pada Ilahi
sesungguhnya hati ini milik-Nya
di situlah tempatnya
dengan kembali dengan Tuhannya
bahagia..bersama-Nya.


andai sudah miliki hati yang bahagia itu
harus dijaga dan terus menerus 
mendekat pada-Nya,
jangan disangka selamanya kau miliki hati itu
kerana hatimu sentiasa terbolak balik
menjadi rebutan syaitan dan iman bermujahadah
andai tewas, pasti hilang dari matlamat
andai menang, pastinya imanmu menjaganya


Andai bisa kutitipkan harapan
ya Allah, jangan kau hilangkannya
hilangnya bermakna ku menjauh dari-Mu
tidak ingin sesekali jauh dari-Mu Ya Allah


Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati
Wahai Tuhan yang menetapkan hati-hati
Wahai Tuhan pemilik hati-hati
Tetapkanlah hati ini, 
tetapkanlah hati ini, 
tetapkanlah hati ini Ya Allah
di atas agama-Mu dan ketaan kepada-Mu.


hadirkanlah hati yang bahagia itu
kerana Aku ingin bertemu dengan-Mu dengan hati yang bahagia itu
Aku ingin kembali pada-Mu dengan hati yang sejahtera
moga bahagia itu selamanya terukir di hati
Bersamamu hingga saat kembaliku pada-Mu.



assa'adah fil Qalb
bahagia di hati
mounira, Kaherah.



uridu as-sa'adah fi qalbi :)
picture by simoendli of DevianArt

2012
tahun ni, banyak sangat dengar berita-berita@cerita-cerita bahagia..
yang sedang meniti bahagia, bakal menjejaki alam bahagia, dan sewaktu dengannya.
Alhamdulillah, tumpang gembira dan mendoakan. sebarang cerita, tiada kaitannya dengan diri ini, kalau dengar-dengar kat telinga, insyaAllah itu adalah insan lain.. dun make it wrong by saying my name on that story..haha..


insyaAllah, bahagia itu milik Allah
Dia yang mecampakkannya ke dalam hati-hati
Dia yang memberikan bahagia itu.
berbahagialah dengan kebahagian yang Allah berikan dan berbahagialah dengan bersyukur atas kebahagiaan itu. :)


2012..hurm..
diri ini juga mengharapakan akan adanya sinar bahagia.. :)
juga seorang insan biasa..sesekali mengharap juga..
emm..doakan..
insyaAllah


eh..
eh..kejap..


kejap..jangan salah tafsiran atau salah dalam menginterpretasikan maknanya..


bahagia yang dimaksudkan
ialah apabila hati itu bahagia
dah cukup, dah cukup buat saya..hehe.
doakan untuk ini
uridu as-sa'adah fi qalbi..bass. :)


andai di hati ada bahagia, insyaAllah bahagia lain akan datang
kerana bahagia hati itu bila dekat dengan Penciptanya
apa-apa yang Allah berikan itulah bahagia untuknya


bahagia lain boleh dicari, boleh dicipta
andai tiada "bahagia" di dunia, insyaAllah akan adanya bahagia
di akhirat sana yang nikmatnya tak pernah terlintas di minda
apatah lagi dirasai di dunia
cuma dinukilkan indah di dalam kitab-Nya


bahagia hati..perlu dicari.
sebabnya kita tak tahu pun bila ajal menerpa
indahkan andai pengakhiran hidup kita
diakhiri dengan hati yang penuh cipta pada-Nya
hati yang sentiasa mendambakan pertemuan dengan Tuhannya
hati yang sentiasa merindu untuk memandang wajahnya.
ya, dikahiri dengan hati yang bahagia
bukankah itu indah?




:)


p/s: selamat mencari hati yang bahagia~~~~ 
sedang ber'bahagia' dengan anatomy.. insyaAllah~ :P

5 comments:

  1. "...bahagia itu milik Allah
    Dia yang mecampakkannya ke dalam hati-hati
    Dia yang memberikan bahagia itu.
    berbahagialah dengan kebahagian yang Allah berikan dan berbahagialah dengan bersyukur atas kebahagiaan itu..."

    suka ayat ni. bahagia tu memang milik Allah, xde yg dpt bg kita kbahagiaan tu kalau bkn Dia yg bg... n ana sdiri nk sgt rse bahagia punya qalbun yg saleem~
    sama2 saling mdoakn ukhti...

    ReplyDelete
  2. syukran. insya-Allah..insya-Allah ya ukhti. sama2 mncari bahagia tu, dan sma2 mndoakn...moga Allah kurniakan qalbun saleem..nak kembali pd-Nya dgn hati yg sejahtera..huhu.. insyaAllah. moga dia campakkan bahagia tu dlm hati kita. :)

    ReplyDelete
  3. Allah Allah
    semoga sama-sama dapat bahagia~

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.InsyaAllah.InsyaAllah.. Amin.. moga Dia mncampakkan bahagia tu.. Allah~

      Delete
  4. nice......
    kebahagiaan milik suma insan dimuka bumi ini.yg bezanya usaha mereka utk mendapatkan kebahagiaan itu.ada yg terlepas pandang yg hanya mengejar kebahagiaan di duniawi semata-mata.jgn tersilap mengambil langkah.sesungguhnya, kita khalifah di bumi ini perlu mengejar kedua-dua kebahagiaan di dunia dan di akhirat.berdoalah pada-NYA agar kebahagiaan itu milik kita ^_^

    ReplyDelete