Monday, February 14, 2011

detik wafat Kekasih Allah~

 Ada  sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan  Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai  menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu,  Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:


"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan  cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua  perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai  sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku,  akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata  Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.  Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun  menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali  menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.


Manusia  tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda  itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap  Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.  Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan  menahan detik-detik berlalu.


Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan  keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas  tidurnya.


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru  mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak  mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah  yang membalikkan badan dan menutup pintu.


Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah  membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"  "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"  tutur Fatimah lembut.


Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan  yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu  hendak dikenang.


"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan  kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah  malakul maut," kata Rasulullah.

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut  datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut  sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah  bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu  dunia ini.


"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.


"Pintu-pintu  langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga  terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata  tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.


"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan  khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman  kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad  telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan  tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah  bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.


"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh.  Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan  Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar  kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak  tertahankan lagi.

 "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua  siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai  dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar  seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkantelinganya.  "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan  peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat  saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali  kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii.." – "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?


Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi


Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

petikan dari: iluvislam
<-Sumber dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).>




betapa sayangnya Baginda kpd umatnya..
sayang kita?cinta kita?
tnya hati,fikir2kn..

Friday, February 11, 2011

Alhamdulillah~Segala puji bagi-Mu Ya Allah

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat yang dikurniakan-Nya.
dan Alhamdulillah, Dia masih memberikan nafas kpd pemilik hati ini utk meeneruskan khidupan sebagai hamba dan khalifah di atas muka bumi ini.


terlalu besar dan banyak sehingga xterhitung kiranya segala nikmat yang Allah kurniakan ke atas hamba-Nya. tetapi kita? sudahkah kita bersyukur utk setiap satu nikmat yg Allah berikan? kadang-kadang kita lupa.. terus-menerus melakukan kemungkaran dan kemaksiatan. tetapi Allah? terus-menerus memberikan kita nikmat. begitulah Allah, dgn sifat-Nya yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ke atas hamba-hamba-Nya. sedih sekali kerana terlalu sedikit manusia yang bersyukur atas apa yg Allah kurniakan. Tidak terlepas jua bg ana, pmilik hati ini. Nastaghfirullahal 'azim.

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat)”. (Ibrahim:34). 



"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka pasti azabKu sangat berat."
(Ibrahim:7) 


**Alhamdulillah, dgn izin Allah, pmilik hati ini akhirnya dapat menjejakkan kaki lagi di tanah air, kampung halaman, desa terchenta.*perlis permai lagi mpersona*<sempat lg promote.. ^_^ >



**Alhmdulillah, Allah pilih dan takdirkan ana utk merasai pngalaman getir dan mncabar dgn ujian sewaktu berlakunya rusuhan di Mesir. >>keadaan darurat, ada perintah berkurung, rusuhan sini-sana, berpindah sana-sini, merasai sedikit kesusahan, kurang mknan, bimbang, dn mcm-mcm. Ana bersyukur sbb Allah pilih ana utk merasainya dan ana pasti Allah nk ajar dn bg sesuatu utk ana. dan ana dah jumpa apa yg Allah beri utk didik hati ana~ Alhamdulillah.


Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hnya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? (Al-Ankabut:2)

medan tahrir- pnduduk mesir berkumpul mnunujukkn protes.
<picture from: jiran ana, org Negiria>

sekitar kwsn Sayyeda Zainab. Terbakar di sini dan di sana.
<picture from: shbt ana yg tnggl kt imarah 11, sayyeda zainab>


** Alhamdulillah, Allah masih mlapangkn rezeki-Nya kpd hmba-Nya. walau time2 darurat dan dlm printh brkurung, xboley kuar, jln2 cari mkn ke..ttp dgn apa yg Allah rezekikan tu dah lbh dari ckup. Makan ape yg ada. ingt lg tyme kna pindah ke kwsn yg lbh slamat, dr kwsan Saad Zaghloul <dekat jgk dgn Medan Tahrir> ana kna berpindah ke Mounira. kat situ, rmai org2 yg brpindah. msg2 bwk mknan ckit2 dr rumah. masak sama2, slg mbantu dn mkn sama2..walau mknn tu xde la bnyak mana, tp andai Allah berkati, yg ckit pn jd ckup. Alhmdulillah. 
>>sewktu di Malaysian Hall (DMAK) pula, betapa rmainya yg serbu kafe dn koperasi..mknn agak terhad tp Alhmdulilah dpt juga isi perut, mknn still ada jual lg, walaupn ramai yg agk risau mknn kt situ dpt ke tampung jumlah blangn plajar yg ramai utk dlm tempoh beberapa hari..tp Alhmdulillah, xde yg smpai tahap mati kebuluran sbb xmkn kn? puasa kn lg bgus..dpt pahala+jmat mknn.. kongsi2 mknn jugk dpt eratkn ukhuwah.
>>Ketika smpai di Jeddah. Masya-Allah, perut2 sntiasa dpt diisi dgn mknn yg terberhenti2 kunjung tiba. dari sarapan, tngah hari, malam..mknn yg sedap2 dn best2..
Alhmdulillah, rezeki Allah.
>>sehinggalah sampai di KLIA, msh lagi dpt mkanan sumbangan dari pelbagai sumber dan pihak.

bla pkir2 balik, bnyaknya mknan, kdg2 sampai membazir pun ada, ttp saudara-mara kita yg lain, di Mesir atau Palestin atau dimana2 shj..bgaimana??

Allah melapangkan rezeki bagi siapa yg Dia kehendaki dan membatasi(bagi siapa yg Dia kehendaki).Mereka bergembira dgn kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia hanyalah kesenangan (yg sedikit) dbanding khidupan akhirat.
(Ar-Ra'd:26)

** Alhamdulillah, Allah memudhkn sgala urusan perpindahan rakyat Malaysia di Mesir ke Jeddah dan akhirnya ke Malaysia. Perjalanan yg selamat dan berjalan dgn lancar dgn izin-Nya.

** Alhamdulillah, bg ana ujian dan dugaan ini sebenarnya Allah nk uji hati kpd pmilik hati ini.. bnyk sbnrnya pelajaran dan hikmah yg Allah nk selitkan dan tunjukkan., cuma bagaimna kita mlihat dan mentafsirkannya dan yg plg pnting bagaimana kita mnerima sedikit ujian ini, adakah sbg pnguat hati dan iman atau sbg mnambah beban??. Adakah kita smkn dekat dgn Pencipta kita atau smkn jauh dr Allah? tepuk dada tnya iman msg2.
Ssghnya apa yg ana dan yg lain2 rasa, amatlah sedikit dan sngt kecil nilainya jika ingin dbandingkn dgn hati2 dan diri2 yg merasai dgn spnuhnya. Amat2 sedikit andai nk dbandingkn dgn saudara2 seakidah kita di Palestin dan di Mesir sendiri. Keperitan mereka, kesusahan mereka, kedukaan mereka, lbh berlipat kali ganda dgn apa yg kita rasa.

Bersyukurlah dgn kurniaan Allah. 
xingin diri ini mnjadi di kalangan yg sedikit.

bersabarlah dgn nikmat
bersabarlah dgn musibah
bersabarlah dgn kesusahan

ssghnya Allah bersama org2 yg brsabar.

wallahu'alam.

ALHAMDULILLAH~ segala puji bagi-Mu Ya Allah

pmilik hati dari-Nya
malaysia