Thursday, March 31, 2011

pernahkah kita menangis sebab......

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum~~

Dah lama rasanya tak update blog dengan sebarang entri.. sibuk?sibuk ke? emm..no comments. cuma takut-takut dan risau-risau andai terlalu menyibukkan diri dengan dunia. Astaghfirullah.. muhasabah balik ye.. ask ourself, most of our time we are spending to what and what..?

berkaitan dengan tajuk kali ni.. pasal menangis?
yup..menangis.. tetiba dapat inspirasi dari seorang budak arab yang sangat comel sedang menangis.. lagi la bertambah comelnya.. :)

dalam suatu perjalanan untuk menghantar seorang ukhti ke rumahnya..
tetiba nampak seorang budak arab ni menangis,sambil hentak-hentakkan kaki(comel kn?)dia pastu berlari ke belakang dan ke tepi jalan.. ana belai belakang dia, ana tnya:


"leeh?" (mengapa?)
dia diam dari menangis.. dia bercakap sesuatu( tapi xboley nak tangkap sangat apa dia cakap)..sambil angkat tangan dan menunjukkan ke arah hadapan. nmpakla 2 orang kanak2 naik basikal tinggal dia sorang2 kat belakang.. amat tragis..baru faham..ala..keciannya.. ana pun suruh la dia tunggu..dia dah tak menangis.. tapi..memandang ana dengan penuh musykil..agak2nya mungkin dia pelik tengok ana kot.. xpe..never mind.. :)

pernah tak kita menangis sebab......? <this is not that cute baby ok. :)>


kita lihat.. budak tu menangis sebab ditinggalkan..
cuba kita fikir sekejap.. 

kdg2 kematian berlaku di depan mata kita, seseorang telah meninggalkan kita..
kita menangis sebab sedih atas pemergiannya, kita tak berpeluang lagi bersamanya..
tetapi pernahkah kita menangis sebab renung kembali diri sendiri? amalan setakat mana? bagaimana persediaan kita andai Allah nak ambil nyawa kita?
Allah telah menjemputya, dan kita tidak tahu bila2 masa Allah boleh jemput kita pula.
dan pernahkah kita menangis sebab rindu nak bertemu Allah?

kdg2 kita lihat orang semakin menjauh dari kita.. kemudian sedih dan terasa keseorangan..
menangis merasakan dia telah bertemu dengan insan yang lebih baik dan sempurna..
menangis sebab kesal dan merasakan dirinya telah berubah..
tetapi pernahkah kita menangis sebab sikap kita sendiri?
pernahkah kita menangis sebab belum menjadi sahabat atau teman yang baik?
pernahkah kita menangis sebab hubungan kita dengan manusia masih belum baik..?
pernahkah pula kita menangis sebab memikirkan bagaimana hubungan kita dengan Allah?

kdg2 kita melihat orang lain berada di hadapan..cemerlang, hebat dan berjaya..
kita yang dibelakang, merasa sedih dan putus asa..
merasakan tersangat jauh untuk mengejar mereka..
tetapi pernahkah kita menangis sebab kita tak pernah cuba untuk berusaha?
pernahkah kita menangis sebab usaha kita yang masih kurang?
pernahkah pula kita menangis sebab takut Allah tak terima amalan dan usaha kita?

kdg2 bila cinta hilang..kecewa dan tak tentu arah..
seolah-olah cinta itu segala-galanya..
tetapi pernahkah kita menangis sebab jauh dari cinta Allah?
pernahkah kita menangis sebab mengagungkan cinta lain?


kehidupan itu tak akan lekang dari kesedihan dan tangisan. setiap kesedihan itu adalah ujian. dan mungkin juga sebagai peringatan dari Allah buat diri kita. tanda Allah masih sayangkan kita. banyak ketawa boleh menggelapkan hati kan? air mata yang mengalir sedikit sebanyak mampu membersihkannya dari terus gelap.






Dari Ibnu Abbas r.a Rasulullah S.A.W bersabda:

Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka ialah mata yang berhirasah(berjaga malam) di jalan Allah dan mata yang menangis kerana takutkan Allah.
(HR: at-Tarmizi)

cuba renungkan..air mata yang mengalir dan kita keluarkan itu..
bnyaknya untuk hal dunia kan? sebabnya mungkin bnyak masalah, putus cinta, dilema cinta, gagal exam, kurang perform, salah faham, stress, tension dn lain2..
tapi mugkin kurang menangis sebab kenangkan dosa2 dan kesilapan lalu.. kurang menangis untuk akhirat. peringatan untuk pemilik hati ini..


menangislah selagi mampu..tangisan hanya di dunia, tiada lagi di syurga, syurga adalah sebaik-baik tempat kembali~


wallahu'alam.


p/s : tetiba buntu untuk sambungan Cerpen SOLEHAH part2, insyaAllah andai Allah izin ada la ye sambungannya..biar saspens ckit...jeng.jeng.jeng. :)

Sunday, March 20, 2011

SOLEHAH~seindah namamu. (Part1)

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, Allah masih izin untuk munculnya entri yang terbaru.. tetapi lain sedikit dari entri-entri sebelum ini. insyaAllah kali ini,ana tampilkan satu cerpen..santai-santai sedikit.. :) dah lama rasanya cerpen  ini didraftkan dan disave..tetapi masih blum ada endingnya lagi..  insya-Allah andai Allah izinkan ada la sambungannya lagi nanti.. cubaan pertama,i think..insya-Allah..

SOLEHAH~seindah namamu.
(PART1)


Suasana malam itu sangat tenang  dengan bintang-bintang  begitu indah berkelip-kelipan dengan cahayanya yang terang. Di sebalik jendela, Solehah memandang ke langit sambil merenung keindahan alam yang Allah ciptakan. Terdetik di hatinya.. “Masya-Allah..begitu indahnya Ya Allah alam ciptaan-Mu.”  Dalam lamunannya juga terselit rasa rindu kepada Penciptanya.  Kemudian Solehah beralih ke meja ‘study’nya untuk memulakan ulangkajinya. Tiba-tiba nada dering telefon bimbit Solehah berbunyi sekaligus mengejutkannya tatkala dia begitu asyik mengulangkaji pelajaran.

 “Missed call..? Nomber  siapa ni ye..?”getus hati kecilnya.
“Silap number kot..biarlah..”

Solehah kembali menyambung ulangkajinya yang terganggu sebentar tadi.

Nada dering telefon bimbitnya berbunyi lagi untuk kali kedua. Dia sengaja membiarkannya kerana kelihatan masih nombor yang sama. Nombor yang asing baginya. Setelah sekian lama, telefon bimbitnya masih berdering, dia lantas mencapainya lalu mengangkat panggilan. Sepantas itu juga, orang yang cuba menghubunginya memutuskan talian.

Tuut..tuut..tuut..

Dia semakin kehairanan.  “Biarlah..”.getus hatinya..
Tiba-tiba satu mesej menyapanya..

assalamualaikum..maaf ganggu. Kalau boleh ana tahu, nombor ni milik siapa ya…?

Solehah membalas.
Waalaikumussalam.. kenapa ya? Ada hal yg penting ke? do u know me?

Oh..ana cuma nk tahu ni no siapa..takut tersalah nombor. Ana fakhih. Muhammad Fakhih.

Ok..awak cari siapa sbnarnya..? emm..ana rsa ana xkenal enta.. mgkn ana pn bukan org yg enta cari..
Kalu mcm tu, ok la ya..maaf. syukrn.

“Eh..macam ni ja.. aku nak tahu jugak nama dia.”hati kecil Fakhihbermonolog. Sedikit merungut. Dia cuba lagi untuk membalas.

Tak..ana ada no enti..tp ana xtahu siapa pemiliknya..kalu boleh ana nk tahu siapa enti..

Solehah bertambah pelik. Hairan kerana tidak mungkin seseorang boleh mendapatkan number telefon tanpa mengetahui pemiliknya. Dia bersuara disebalik mesejnya.

Mcmnilah enta, ana xkenal enta.. xpyh kita pnjgkn..ckup stkt ni je la ye..
Siapa ana itu xpnting..dan xpenting pun utk enta tahu..maaf.
Salam.

Masya Allah. Cukup ringkas kata-katanya  terkesan di hati Fakhih.. dia masih berselindung dari memperkenalkan dirinya. Walaupun cuma sepotong nama. Nama itulah yg ditunggu-tunggu Fakhih.

Maaf ganggu awk je..tp ana nk sngt tahu nama awk. Harap awk sudi, J”. Fakhih mencuba sekali lagi. Tetap berdegil.

Fakhih sabar menanti mesej yang bakal dibalas dari Solehah. Menunggu.
Minit-minit berlalu. Terasa amat panjang masa yang berlalu itu, benarlah apa yang dikata, penantian itu suatu penyeksaan. Dia masih belum menerima sebarang mesej dari Solehah.  Solehah pula berdiam diri begitu sahaja. Tidak ingin dia meneruskan ‘perbualan’ mesej tersebut.
Solehah beristighfar panjang.. takut-takut hatinya terleka menerima mesej  dari seorang insan yang tidak dikenalinya yang memperkenalkan dirinya sebagai  Fakhih sebentar tadi. Dia juga bimbang andai Allah tidak meredai setiap tindakannya tadi. Bagi dia, tidak perlu dia memanjangkan bicara dengan insan yang ajnabi baginya. Kerana dia tahu dia punya hati yang harus dijaga. Ya,hati milik Allah.

Fakhih pula sedikit kecewa. Memang benar jangkaannya. Dia nyata bukan seperti gadis biasa. Yang mudah dilembutkan,yang mudah didekati. Dia istimewa! Ternyata berbeza. Dari pandangan pertamanya, dia sudah boleh menilai, walau dari pandangan jauh yang tiada pandangan keduanya, dia mampu meneka. Tekaannya tidak salah. Dia tidak mahu mengalah. Selagi dia boleh berusaha,dia ingin teruskan. Dia kembali mencapai telefon bimbitnya lantas menyusun kata.

Solehah kembali ke mejanya dan mencapai buku yang dibacanya tadi. Mesej sebentar tadi sedikit mengganggunya .

Setelah sekian waktu,telefon bimbitnya kembali berdering.

“enti, maaf klu ana ganggu enti, ana cma nk tahu, enti ke yg jadi Ketua Fasi dan Ketua Program utk akhawat dlm Program Bina Diri,Teguhkan Hati (BDTH) tempoh hari? Siapa nama enti ye? Ana cma nk tahu. Mesti enti pelik kan, mcmna ana knl enti. Ana Fakhih, Ketua Dakwah utk ikhwah, ana cuma nk tahu, tkut ana salah org. Mgkn nanti mudah utk brurusn andai ada program lagi pada masa hadapan?’’. Mesej seterusnya berjaya dihantar.

Kali ini Fakhih begitu pasti mesejnya akan berbalas. Amat yakin. Entah  bagaimana firasat itu boleh sekukuh itu di dalam hatinya.

Solehah menggeleng-gelengkan kepalanya sebaik sahaja melihat mesej yang masuk ke dalam inbox telefon bimbitnya. Dari Fakhih. Dalam hatinya terdetik kehairanan kerana Fakhih yang tidak dikenalinya itu tidak lagi berputus asa. Sebaik membaca mesej tersebut, Solehah memikirkan sama ada dia perlu membalas mesej itu atau tidak. Terdiam. Berfikir.

Fakhih yang begitu yakin sebentar tadi, tidak sabar-sabar menunggu  deringan telefon bimbitnya.  Ditenung lama telefon bimbitnya itu.

Tiba-tiba.. Satu mesej masuk. Terkejut. Lantas dicapai olehnya telefon bimbit itu dengan tergesa-gesa.

Mesej? Yes..akhirnya. Alhamdulillah..

Kecewa. “La..Farhan rupanya. Ingatkan ‘dia’. Farhan ni waktu ni jugak dia nak mesej aku. Kacau betul.”  Bermonolog  Fakhih seorang diri. Fakhih membalas mesej Muhammad Farhan, rakan sekelasnya dahulu sewaktu di sekolah menengah. Farhan juga terlibat dalam Program Bina Diri, Teguhkan Hati, apatah lagi dia memegang jawatan sebagai Ketua Program untuk program tersebut.

Penat menunggu, Fakhih merelakan andai si dia tidak membalas lagi mesejnya. Dia akur, dan tidak menafikan bahawa muslimah bertudung labuh itu memang bukan gadis biasa. Dia akur andai mungkin itu  mesej yang terakhir darinya andai gadis itu tidak lagi membalasnya. Walaupun berat dan agak kecewa, dia memujuk dirinya untuk merelakan. Dia tahu, muslimah seperti si dia begitu tegas dalam soal ikhtilat. Tujuannya untuk mengetahui nama muslimah itu ternyata gagal. Memang benar dia tidak mengetahui nama si dia kerana Program BDTH itu mengasingkan aktiviti-aktiviti antara peserta lelaki dan perempuan dan termasuk juga ahli jawatankuasa yang terlibat. Hanya berurusan dan bermesyuarat untuk keselarasan program dan aktiviti. Tambahan pula, masing-masing amat menitikberatkan soal ikhtilat dan sibuk menjaga mata dan hati masing-masing. Misi utama yang selalu disebut-sebutkan setiap kali program ini dijalankan ialah “Bersama Mencari Keredhaan Allah”. Mereka benar-benar ingin melaksanakan tuntutan misi tersebut. Bukan sekadar sebutan, tetapi juga dalam setiap tindakan agar benar-benar mencapai redha Allah. Seharusnya mereka dahululah yang  perlu  menjadi individu yang hebat dalam proses membina individu yang hebat. Begitulah yang selalu disebut-sebutkan oleh Muhammad Farhan selaku Ketua Program Utama.

Bintang-bintang terus bersinar, berkelip-kelipan menghiasai kegelapan malam. Fakhih berwudhuk kemudian terus ke kamarnya untuk beristirehat. Hatinya sudah meredhai. Walaupun agak sedikit berat. Malam itu berlalu pergi. Siang pula menjelma. Itulah aturan alam, alam ciptaan Allah. Sungguh indah setiap aturan dan ketetapan Allah. Masya-Allah.

Pagi itu amat tenang. Cahaya mentari menyinari segenap penjuru dan pelosok bumi. Entah mengapa Fakhih seolah-olah hilang mood pada pagi itu. Seperti serba tidak kena. Mungkin perasaan semalam masih menghantuinya. Perasaan sedikit kecewa. Dia mengeluh seorang diri. Telefon bimbitnya ditenung lama. Kali ini tidak pula jemu. Tapi begitulah, kata hati mahu lagi dia bermesej dengan si dia. Tetapi dia cuba memujuk hatinya.

Tiba-tiba deringan mesej telefon bimbitnya berdering sekaligus memecahkan kesunyian pagi yang mendamaikan di ruang kamarnya.  Dia sudah malas untuk terlalu mengharapkan mesej yang baru diterimanya itu adalah datangnya dari si dia. Walaupun  sebenarnya dalam hatinya harapan itu masih ada. Tetapi cuba untuk disembuyikan kerana takut kecewa lagi. Mungkin.

Dia lantas menggapai telefon bimbitnya. Lemah. Seperti malas dan tiada semangat.

“Nombor ni kan.. nombor dia? A’ah la..”. Pelik, hairan dan sedikit perasaan gembira bercampur baur. Sukar diterangkan perasaannya tatkala itu.

Assalamualaikum. Maaf ganggu. Ya, ana Ketua Fasi dan Ketua Program untuk akhawat. Insya-Allah.
Ismi  Solehah Mawaddah. Ana harap kita hanya akan berurusan untuk urusan yang benar-benar penting sahaja ya. Syukran. Wallahu’alam.

Ya Allah, alangkah gembira hati ini.

“Solehah Mawaddah? sedapnya nama dia.. mestilah, seindah nama, secantik orangnya. Masya-Allah.” Memuji sambil tersengeh sendiri.

Dia seperti ingin melompat tinggi, terlalu gembira. Kekecewaan hatinya, sedikit terubat. Dan terus hilang. Kecewa tiada lagi di hatinya. Semua ni gara-gara penangan si Solehah. Satu mesej mampu mengembalikan senyuman yang nian terukir di wajah Fakhih. Lebar senyumannya.

“Syukran sudi reply mesej ana. Ingat tadi xsudi nak reply mesej dari ana. Maklumlah, siapalah ana ni kan?huhu.. salam ukhwah fillah. Salam ta’aruf. J”

Solehah hanya membaca mesej tersebut. Tidak cuba untuk membalas. Dia mahu untuk memanjangkan lagi bicaranya. Cukuplah setakat itu.

Walaupun tiada lagi mesej balas dari Solehah Mawaddah, Fakhih tidak ambil cakna. Baginya Solehah reply mesejnya itu sudah memadai. Sepotong nama yang indah sudah diketahuinya. Cukuplah itu mampu menggembirakan hatinya.

Keesokannya harinya, Fakhih sengaja ingin mencuba lagi untuk memesej Solehah. Walaupun sudah tahu tidak akan dibalas tanpa urusan penting, dia cuba memikirkan untuk bermesej mengenai perkara yang lebih penting. Sengaja. Semata-mata mahu dibalas mesejnya. Ingin mencuba.

Assalamualaikum. Soba hal Khair~ sht?  Maaf ganggu pagi2 ni.. dah sarapan?hehe.. emm..ana nk tnya, setakat sekarang ni ada perkembangan trbaru hasil prbincangan ajk2 akhawat utk program yg akan datang? Setahu ana dari pihak ikhwah setakat sekarang ni blum plan apa2 lg. mungkin buat masa ni xda program yang trbaru. Insya-Allah. Syukran. 

Waalaikumussalam. Ya, sama dgn akhawat. Kan hari tu dah dibincangkan yg dalam tempoh masa  ni xakan buat apa2 program??

Eh..a’ah kan..terlupa plak ana. Asif2. Pastu..apa plan enti lepas ni? Xpegi melancong mana2 ke?hehe..

Maaf. Ana rasa tiada kepentingan untuk ana balas mesej ni. Cuma ana nk bgtau satu perkara, lepas ni ana mngkn undur diri  dari jawatan Ketua Fasi dan Ketua Program untuk akhawat. Sbbnya ana nak melanjutkan pelajaran ana di  luar dari negara Malaysia. insyaAllah andai Allah izin. Ana dah maklumkan pada Muhammad Farhan. Dia dah tahu. Ana  maklumkan agar enta dapat brbincang untuk program2 seterusnya dgn orang yg berhak dan bakal memegang jawatan ni nanty. Dan ana semestinya bukan orangnya. insyaAllah. Syukran.asfa.

Ok2..ana faham. Ana mintak maaf ye enti.. J oowh..iya ka? Nk sambung blajar kat mana? syukran inform ana. Ok2..naty kalu dah nak pergi jauh dari Mlaysia nk smbung plajaran enti, nanti bgtau la ana ya..ana doakn enti brjaya.insyaAllah.


Malam itu berlalu begitu sahaja. Tiada lagi mesej-mesej yang dibalas dan berbalas. Masing-masing berdiam diri. Entah kenapa, tiba-tiba Fakhih termenung panjang. Mungkin sedikit sedih kerana mungkin bakal kehilangan seorang muslimah yang baginya begitu penting dalam menjayakan program-program dakwah sebegitu. Menjadi di antara orang utama dan yang banyak bekerja keras dalam memastikan kesempurnaan program. Seperti tiada gantinya. Lebih-lebih lagi selepas ini dia tidak akan lagi sering bertemu dengan Solehah walau dari jauh. Itu yang lebih menyakitkan.

Farhan selaku Ketua Program yang sudah tersedia maklum mengenai Solehah yang bakal melanjutkan pelajaran di luar negara juga terasa seperti kehilangan. Kehilangan seorang penolong yang banyak membantu dan memberikan kepercayaan padanya. Dia masih ingat lagi tentang satu peristiwa pada malam itu..

“Enta, memang jalan ni bukan jalan yang mudah. Bukan jalan yang menjanjikan kesenangan dan kemewahan.  Tetapi inilah jalan menuju Allah. Saham kita di akhirat sana. Cuba bayangkan, apa yang kita hadapi sekarang ni sangat-sangatla sedikit dan terlalu sedikit kalau nak comparekan dengan usaha dakwah Rasullullah dahulu dalam nak menyampaikan islam. Dimaki, dicaci, dipulaukan, dibenci dan macam-macam lagi,tetapi Baginda tetap bertahan dan menyampaikan. Sehinggalah kita dapat dan masih boleh menikmati nikmat islam dan iman pada hari dan saat ini. Kalau jalan ni jalan yang senang, dah ramai orang yang ingin lakukan. Percayalah enta, Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya. Janji Allah pasti benar. Moga Allah terus thabatkan hati kita dalam jalan ini dan berikan kita kekuatan untuk teruskan. Insya-Allah.”

Peristiwa di mana dia hampir-hampir sahaja menyahut hasutan syaitan untuk berputus asa. Berputus asa dari jalan ini. Saat dia lemah, macam-macam ujian Allah berikan padanya dan pada yang lain juga. Tetapi, dengan kata-kata yang terkeluar dari bibir Solehah, mungkin yang terbit secara spontan, dia lantas terasa diberi satu suntikan kekuatan dan semangat. Dari situlah, dia terus dan cuba untuk bertahan. Bertahan dari jalan yang semakin dia cintai. Jalan dakwah dan tarbiyah. Dan itulah dia sekarang. Seorang yang hebat dan kuat dalam meneruskan kerja-kerja ini.

Farhan cuba menghantar emel pada Solehah. Kerana cara inilah yang difikirkannya cara yang sedikit menjaga. Bukan dengan bermesej, berYM atau berhubung menggunakan telefon yang mungkin sedikit tidak menjaga baginya.

Assalamualaikum. Maaf ganggu. Ana cuba ringkaskan apa yang ana cuba sampaikan. Insya-Allah. Moga tiada apa-apa di sini yang boleh mengundang murka Allah. Nau’zubillah.

Pertama sekali, ana nk ucapkan terima kasih kerana telah sudi bersama-sama ana dan sahabat-sahabat ikhwah dan akhawat yang lain dalam jalan ini. Terima kasih kerana banyak membantu ana, memberikan semangat dan kembalikan keyakinan ana untuk terus berjuang dan juga untuk ilmu yang enti kongsikan bersama. Moga Allah membalasnya.

Maafkan segala kesalahan dan kekurangan ana dan sahabat-sahabat ikhwah dan akhawat yang lain.
Cuma, walau di mana sahaja enti berada nanti, jangan berhenti dari jalan ini. Teruskan. Ana yakin enti mampu. Teruskan membawa mutiara dan cahaya itu untuk disinari di tempat lain juga. Smoga Berjaya di tempat yang baru. Tajdid kembali niat semata-mata kerana Allah. Insya-Allah, smoga Allah memberikan kekuatan dan plihara hati-hati kita. insyaAllah.

Syukran. Wallahu’alam.

 ................................................................................................................
Pada keesokan paginya, Solehah membelek-belek emelnya, ada satu inbox yang belum dibacanya.
Setelah dibaca, dia membalas..

Waalaikumussalam. insyaAllah. Ana lakukan semua ini kerana ini sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawab ana sebagai muslim. Dan ana lakukan semua ini kerana Allah.insya-Allah.

Syukran.

Pagi itu juga dia mendapat mesej dari Fakhih.

Enti, enti mmg wanita solehah. Dari first ana mmg dah tahu yg enti ni seorg wanita yg baik.
Susah lagi nk cari seorang muslimah sperti enti zaman sekarang ni.. ana ingat dah xwujud. Sama sekali fikiran ana meleset. Ana bersyukur.. ^_^

Syukran. Ye, ana mmg Solehah. Sudah pasti dan cukup nyata ‘Solehah’ pada nama. Tp xcukup kalau solehah hnya pada nama..  sbb tu lah ana msh belajar dan berusaha utk mnjadi. Mnjadi solehah. Walaupn ana sedar jurangnya msh jauh lagi utk ana kecapi dan menjadi,tp ana ingin mencuba dan berusaha.  Jadi enta, ana terus terang je la ye..Kalu boleh ana xnak teruskan lagi komunikasi antara kita mlainkan utk pkara2 yg mmg pnting. Ana hrp enta faham. Inni akhafullah. Ana mutassifa.

Ok..Kalau 4 tahun lagi, enti dah habis belajar, enti sanggup x tunggu ana?

????
x..maaf.

knpa? Enti dah brpunya ke? T_T

Kalau nak diikutkan hati, mahu saja Solehah berdiam diri, tidak kuasa lagi dia melayan mesej dari Fakhih. Baginya tidak perlu lagi diteruskan, lebih-lebih lagi sudah tentu kaum lelaki akan lebih suka untuk terus bermesej dan akan muncullah lagi mesej-mesej yang tidak penting. Lebih-lebih lagi dia takut andai dirinya bisa terjatuh ke dalam perangkap syaitan yang licik yang mampu menjadikan sesuatu kebatilan itu terasa indah. Dia mengakui dia juga manusia biasa. Yang punya hati dan perasaan. Kekuatan dari Allah sentiasa dipohonkan. Tetapi dia tidak ingin berhenti bermesej selagi Fakhih tidak mengerti dan tidak cuba untuk memahami. Dia ingin tinggalkan sesuatu untuk lelaki itu. Sesuatu yang berguna untuknya. Walaupun dia sendiri tahu, dia tidak mampu mengubah hati insan lain, tetapi cukuplah andai dia mampu membuatkan Fakhih berfikir atau sedar dari kesilapannya. Baginya amat sayang sekali andai seorang lelaki yang penuh ilmu agama di dada, tetapi masih sama berperangai seperti lelaki biasa yang kosong hati dan jiwanya. Kerana lelaki yang baik dan soleh seperti dialah yang layak untuk meneruskan perjuangan dakwah dan menegakkan kembali syariat Allah di muka bumi ini. Tidak sanggup dia kehilangan kewibawaan dan ketokohan seseorang lelaki yang dia yakin mampu menyumbang kepada agama yang dia cintai.

Dia sama sekali tidak pernah meletakkan sepenuh kesalahan ke atas Fakhih dalam hal ini apatah lagi menghukumnya dan memandang serong padanya. Solehah juga meletakkan salah pada dirinya juga. Mungkin kerana dia, seorang lelaki bisa melanggar prinsip dirinya sendiri. Oleh sebab itulah, dia berusaha untuk menjaga dirinya agar tidak menjadi fitnah yang besar di dunia. Wanita itu fitnah. Dia akur.

Solehah mencapai telefon bimbitnya lalu membalas mesej dari Fakhih sebentar tadi.

“Ana xnk tunggu enta. Atau sesiapa. Ana nk tunggu ketetapan dari Allah. Allah sebaik-baik perancang.
Ye..ana adalah kpunyaan Allah. Dari Dia ana dtg, dn kpdNya jua ana akan kembali.
Maaf.”

“Ye..sudah tentu. Ketetapan dari Allah itulh yg terbaik. Betulkn? Ana pun sedang tunggu.. J”

Solehah tidak lagi membalas.

Malam itu, Fakhih sengaja menegur Solehah di YM. Kerana Solehah tidak lagi membalas mesejnya.

“Salam. Maaf ganggu. Enti..
Kiranya..ana msh ada pluang la ye..?  enti pernah bercinta? Hehe.. :P”
Fakhih sengaja menduga.

Sperti yg ana ckp, ana serahkn soal jodoh ni hnya pd Allah. Hnya dia yg tahu sesua2 yg trbaik utk hmba-Nya. Smunya sudh tertulis. Nanti pasti akn tiba msanya dan Allah psti akn tmukan ana dgn seorg yg tlh Allah takdirkn utk ana. Skrang, ana ingin menjadi bukan mncari. Mnjadi solehah utk melayakkan ana utk dptkn seseorg yg soleh. Buknkh perempuan yg baik itu utk lelaki yg baik dn sblknya? Klu bukan kt dunia skalipun, akn ada di syurga nt. Ana yakin dan pasti dgn janji2 Allah.

Bercinta? Ya. Ana pernah, sedang dan ingin terus bercinta. Dengan ALLAH. Cinta Allah perlukan mujahadah. Bukan satu jalan yg mudah. Ana ingin usaha enta, biar org xlihat, ttp bg ana lbh pnting Allah yg memandangnya.

Enta, letakkan cinta sepenuhnya pada Allah, pasti nanti Allah akan temukn kita dgn pemilik cinta yg trbaik. Ana harap enta faham. Cuba tnya dri, ckupkh cinta pd Allah.?Bagi ana, ana malu nk ucap cinta atau bercinta dgn manusia dan xmahu lagi menerima cinta manusia sedangkan cinta ana pd Allah? Mungkin masih belum kukuh. Wallahu’alam.

Ana mintak maaf. Ana xnak teruskan lagi. Terpulang pada enta. Moga Allah plihara hati2 kta.
Ana mutassifa.

Solehah_mawaddah is sign out


Fakhih membaca ayat-ayat daripada Solehah. Tergamam. Susunan ayat yang cukup sempurna yang mampu membuatkan Fakhih terdiam seketika.  Dia cukup terkesan dengan ayat Solehah, ‘perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik’.  Kalimah itu ibarat satu tikaman yang menembusi terus ke jantungnya. Memang sebelum ini dia sudah lazim dengan  ayat itu apatah lagi ianya dipetik dari firman Allah.Tapi entah mengapa, malam itu kalimah ini benar-benar membuatnya untuk berfikir adakah gadis solehah itu layak untuknya untuk dimiliki?

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Fakhih mengulangi kalimah itu dalam nada perlahan.

Aku pasti dia memang seorang nisa’ yang baik dan solehah. Tapi aku? Aku? Adakah aku cukup baik? cukup baikkah aku sehingga aku layak untuk memilikinya?

Kenapa aku sibuk-sibuk mencarinya, tanpa aku benar-benar menjadi seseorang yang dia idamkan? Iaitu seorang  lelaki yang soleh. Apa aku sudah berusaha untuk menjadi soleh?

Pesanan di YM daripada Solehah itulah yang terakhir untuk malam itu, Fakhih tiada daya lagi untuk membalas mesej dengan Solehah. Solehah pula berharap agar Fakhih mengerti dan dia berdoa agar Allah sentiasa menjaga hati-hati mereka.

Pada tengah malam yang sunyi, Fakhih bangun. Sepi. Lantas dia ke bilik air untuk membersihkan diri dan berwuduk. Kesepian malam itu benar-benar menenangkan hatinya. Dia bermunajat pada Tuhannya. Begitu asyik dia dalam tangisnya pada Pencipta dirinya. Lega. Ketenangan yang sering diinginkannya memenuhi segenap ruang hatinya. Sungguh indah. Rasa ingin terus memiliki ketenangan itu. Tak ingin lagi ianya hilang. Entah mengapa kadang-kadang rasa tenang itu pergi. Mungkin kesilapan dan kelalainnya sendiri yang menjauhkannya dari ketenangan hatinya. Benar-benar tenang. .....

to be continued..insyaAllah.. 
tunggukn... SOLEHAH~seindah namamu. (Part2)

wallahu'alam.

Saturday, March 19, 2011

Muhasabah Cinta~




cinta..
bukan sekadar satu lafaz..
lafaz yg hnya dibibir semata..
tidak..itu bukan cinta..


cinta..
perlukan pengorbanan..
pengorbanan?berkorban sehingga maruah trgadai?
tidak..itu bukan cinta yg sejati..
cinta..
adalah sebuah pngorbanan..
pengorbanan? ya sebuah pengorbanan..
tidak bererti cinta tanpa berkorban..
berkorban? 
berkorban demi Kekasih yg dicintai..

cinta..
memaksa kepada kesetiaan..
setia? harus bersama cinta sepanjang masa?
ya..setia dgn Kekasih yg dicintai..

cinta perlukan pengorbanan..
pengorbanan seorg hamba dalam membuktikan cinta..
melaksanakan segala suruhan-Nya..
meninggalkan segala larangan-Nya..
nampak mudah..tetapi adakah mampu terlaksana?
ternyata susah..kadang-kadang alpa..
tetapi inilah bukti cintamu andai ingin bercinta dgn-Nya..
kamu..sanggup berkorban apa sahaja utk si dia yakni manusia..
katanya..lautan api sanggup direnangi..
gunung tinggi sanggup didaki..
tapi..bukti cintamu pada Dia?

cinta seiring bersama kesetiaan..
sudah setia?
kadang-kadang ingat..kadang-kadang alpa..
kadang-kadang terasa dekat dgn-Nya..kadang-kadang terasa jauh..
setiakah itu namanya? tanyalah dirimu..
atau hnya setia untuk cinta manusia yang sementara..

wahai hati..tanyalah dirimu..
sejauh mana cintamu pada Yang Satu..
atau mungkin cinta manusia dan dunia yang memenuhimu..
kembalikanlah cinta itu hanya kepada Pemilik Cinta..
yang sentiasa mencintai hamba-Nya..
tetapi kadang-kadang kita yang lupa..
pergi jauh meninggalkan-Nya..
hadir ketika amat-amat memerlukan-Nya..


"cinta manusia ibarat setitik air di lautan yang luas,usah risau hilangnya setitik air itu, kerana kita masih mempunyai cinta Allah yang lbh besar dan tidak terhad buat hamba-Nya~"

baiki hati? kerja-kerja penyelenggaraan didapati banyak halangan dan ternyata sulit untuk diteruskan. Berkat kesabaran dan kekuatan yang Allah berikan trnyata membantu dalam solusinya. Harap maklum, proses ini hanya sementara. InsyaAllah, kesusahan ini hanya untuk tempoh waktu ini dan kesannya untuk jangka masa yang panjang dan untuk kesenangan dan kesihatan hati untuk masa hadapan. diharap dapat bersabar dan bertahan!!!~~ ^_^
insya-Allah..moga diberi kekuatan oleh Allah


Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yg mencintai-Mu serta cinta yg dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.

Ya Allah, apa saja yg Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikan ia kekuatan untukku mencintai apa yg Engkau cintai. Dan apa saja yg Engkau singkirkan daripada apa yg aku cintai, maka jadikan ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.

Ya Allah, jadikan cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah, jadikan aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh.

Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yg Engkau cintai.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhoan-Mu".
[Hadith At-Tirmizi dlm Jami' al- Sahih, Rasulullah s.a.w bersabda: Inilah doa yg biasa dipanjatkan oleh nabi Daud a.s]


jom..muhasabah cinta~
cinta Allah sentiasa utk kita..tapi dimana cinta kita?
ooppssss.......
ask our iman~~
moga terus diberi kekuatan dalam mujahadah cinta-Nya!!

wallahua'alam.

Friday, March 18, 2011

perisaikanlah dirimu dengan MALU~

Rasa MALU..
Yang seharusnya ada pada setiap wanita..
Rasa MALU..
Yang seharusnya menjadi benteng maruah kita..
Rasa MALU..
Juga yang seharusnya menyedarkan kita akan siapa diri kita..
Jadinya..
Setiap langkahmu selama ini..
Tanpa rasa takut padaNya..
Tanpa rasa berdosa padaNya..
Apa masih tidak cukupkah rasa malu dalam dirimu?





"Sesungguhnya wanita itu aurat. Dan seorang wanita benar-benar keluar dari rumahnya tanpa ada halangan atasnya, lalu syaitan mengangkat pandangan kepadanya seraya berkata, 'Sesungguhnya engkau tidak melewati seseorang melainkan engkau menjadikannya tertarik kepadamu....'" - (HR Thabrani)


Takutlah wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..
Sesungguhnya engkau umpama bunga..
Yang mungkin baru berputik menunjukkan warna..
Merah, biru, kuning, apa sahaja..
Tapi awas!
Kuntuman yang sedang mekar..
Turut bersamanya haruman yang tersebar..
mungkin saja dirimu tidak sedar..
Engkau tidak bersendirian..
Sebenarnya engkau diperhatikan..
Dek kumbang yang berpergian..
Mencari tempat persinggahan..
Lebih ku khuatiri..
Dirimu dihampiri..
Engkau kemudiannya lupa membina bentengmu..
Yakni rasa MALU dengan sang kumbang yang menghampirimu..
Juga ku khuatiri..
Pabila dirimu dihampiri..
Kau semakin lupakan diri..
Membiarkan dirimu disinggahi..
Wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..
Sedarlah.. Dirimu di dalam pengawasanNya..
Engkau bukan Khadijah wanita mulia..
Engkau juga bukan Aisya Humaira..
Apatah lagi rabiah kekasihNya..
Engkau hanya insan biasa..
Umpama bunga..
Mudah saja dipetik kelopaknya..
Seandainya tak dipagari malu,
Kan mudah juga layu..
Wahai saudariku..
Aku malu..
Pada diriku..
Pada dirimu..
Ya Allah..
Aku juga rasa malu..
Malu kerna aku lupa untuk malu,
Malu yang seharusnya hanya padaMu..
 
Tahukah kamu Rasulullah s.a.w pernah bersabda..
"Wanita itu aurat yang tertutup.."
Maka..
Wahai diriku dan dirimu yang ku kasihi keranaNya..
Tutuplah dirimu dengan pakaian malumu..
Bentengilah dirimu dengan rasa malu..
Lebihkan rasa malumu
Lebih lagi di hadapan Penciptamu..
Saudariku.. Ayuh. Takut padaNya..
Sungguh, kebanyakan 'kayu api' di neraka adalah golongan kita..
Ini satu peringatan.. Buat diriku dan kita semua..


----------------------------------------------------------------------------------------------
Malu itu indah..
malu itu sebahagian dari iman..
andai hilang rasa malu itu..
andai semakin terhakis sifat malu pd dirimu..
lihatkanlah kembali setebal mana imanmu..
adakah semakin tipis setipis nilai malu yg ada pd dirimu..

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw ada bersabda bermaksud: "Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman."

malu itu semuanya kebaikan~


“Malu itu sebahagian daripada iman dan iman tempatnya disyurga sedangkan buruk akhlak itu sebahagian dari kekerasan hati dan tempatnya dineraka. (Tirmizi:2009)

Sesungguhnya jika Allah mahu menghancurkan seorang hambaNya maka ia akan menghilangkan rasa malunya, maka jika telah dicabut rasa malunya kamu tidak akan menjumpainya lagi kecuali ia membenci dan dibenci dan dicabutlah rasa amanah darinya. Maka jika dicabut rasa amanah darinya engkau tidak akan menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dan jika engkau tidak menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dicabutlah rasa kasih sayang daripadanya. Dan jika kasih sayang dicabut darinya maka engkau tidak menjumpainya melainkan ia dikutuk dan dilaknat. Maka dicabutlah keislaman darinya.” (Ibnu Majah:4054)


apa yang dilihat kini..
sifat malu yang semakin terhakis..
yang harus dipelihara, diabaikan..
yang harus dijaga, tidak diendahkan..
yang harus dilaksanakan, ditinggalkan..
yang mnjadi kewajipan, ditolak tanpa kepentingan..


saudariku..engkau laksana mutiara yang tersimpan rapi..
peliharalah dirimu..auratmu..malumu..



perisaikanlah diri dengan sifat malu..
sebelum Allah hilangkan rasa malu itu dalam diri kita..
malulah pada Allah~

wallahualam.