Dengan nama Allah, Pemilik kepada hati2 yg sentiasa berbolak balik.
Moga hati dan iman kita sentiasa dikekalkan oleh Allah dalam agama-Nya dan ketaatan kepada-Nya.
insyaAllah.
sedar x?
sedar apa..??
sedar x bulan Rabiul Awwal hampir sahaja meninggalkan kita..
yang kita sangat sedar, "ya,,dah masuk bulan mac la.."
yang kita sangat kurang sedar,, bulan kelahiran Nabi kita, Kekasih Allah berada di hujung waktunya.
kembali mengukur diri..
seandainya di waktu tibanya tarikh maulud Nabi, kita memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda..tanda ingatan kita kepada Baginda..tetapi..hari ini, waktu ini,di mana tahapnya?
kita berselawat secara bermusim atau sentiasa mengingati Baginda?
anda memilih pilihan pertama atau yang kedua?? tanyalah pada iman dan hati kita..
jika jawapannya pada pilihan pertama- layakkah kita mengaku kita mencintai Baginda sedangkan mengingati Baginda hanya sekadar bermusim??
jika jawapannya pada pilihan yang kedua- itulah seharusnya ada pada kita, sentiasa mengingati Baginda, berselawat ke atas Baginda, tanda cinta kita pada Kekasih Allah..
jika kita mencintai seseorang, lazimnya yang ada di hati dan fikiran kita ialah insan yang kita cintai..
begitulah juga, andai kita mencintai baginda, kita juga harus meletakkan Baginda sentiasa di hati kita..
walau xpernah berjumpa, seharusnya rasa rindu itu haruslah tersangat mendalam..
Sabda Rasulullah SAW bermaksud;
"Sesiapa yang berselawat ke atasku, Allah akan memberi kebahagiaan keatasnya dengan sepuluh ganjaran." (Riwayat Muslim)
Sabda Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.”
(Hadis Riwayat At-Trimidzi)
cinta Baginda kepada kita terlalu besar..
bayangkan, di saat hujung nafas Baginda, masih lagi mnyebut tentang umat Baginda..tentang kita. ya..mnyebut tentang kita..
lihatlah pula kepada usaha dan pengorbanan Baginda menyampaikn dakwah, menyampaikan Islam, sehinggakn kita masih dapat merasai nikmat Islam dan iman pada hari ini.
cinta kita? sejauh mana..
wallahua'alam..tanyalah iman.
jom berselawat!!~ bukan pada Rabiul Awwal sahaja, ttp utk bila2, stiap masa dan bulan2 seterusnya. smoga brtambah bersemangat..insyaAllah.
sedikit ilmu yg ingin dikongsikan.. hasil dari penyampaian satu ceramah di surau berdekatan rumah ana..
tentang wasiat Nabi Muhammad kepada sahabat..
yg brmaksud..
"wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati.
bersegeralah melakukan amalan soleh sebelum kamu sibuk.
dan sambunglah hubungan silaturrahim dengan saudara kamu dan hubungan kamu dengan Allah dengan zikrullah, dan hubungan antara kamu dengan perbanyakkan bersedekah sama ada secara rahsia ataupun nyata.."
sedikit peringatan untuk kita..take note k.. :)
marilah sama2 mengkoreksi diri agar dapat menjadi hamba yg lbh baik di sisi-Nya.
insyaAllah.
wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment