Assalamualaikum.. Alhamdulillah, insyaAllah dengan izin Allah, Solehah~Seindah Namamu (Part2) akhirnya terhasil dan kembali.. selamat membaca..
|
ibarat sekuntum bunga di padang rumput~ teruskanlah mengharum wahai bidadari.. |
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Fakhih mengulangi kalimah itu dalam nada perlahan.
Aku pasti dia memang seorang nisa’ yang baik dan solehah. Tapi aku? Aku? Adakah aku cukup baik? cukup baikkah aku sehingga aku layak untuk memilikinya?
Kenapa aku sibuk-sibuk mencarinya, tanpa aku benar-benar menjadi seseorang yang dia idamkan? Iaitu seorang lelaki yang soleh. Apa aku sudah berusaha untuk menjadi soleh?
Pesanan di YM daripada Solehah itulah yang terakhir untuk malam itu, Fakhih tiada daya lagi untuk membalas mesej dengan Solehah. Solehah pula berharap agar Fakhih mengerti dan dia berdoa agar Allah sentiasa menjaga hati-hati mereka.
Pada tengah malam yang sunyi, Fakhih bangun. Sepi. Lantas dia ke bilik air untuk membersihkan diri dan berwuduk. Kesepian malam itu benar-benar menenangkan hatinya. Dia bermunajat pada Tuhannya. Begitu asyik dia dalam tangisnya pada Pencipta dirinya. Lega. Ketenangan yang sering diinginkannya memenuhi segenap ruang hatinya. Sungguh indah. Rasa ingin terus memiliki ketenangan itu. Tak ingin lagi ianya hilang. Entah mengapa kadang-kadang rasa tenang itu pergi. Mungkin kekilafannya sendiri yang menjauhkannya dari ketenangan hatinya.
Keesokan paginya, pagi-pagi lagi Fakhih bangun dan keluar rumah dengan kereta TOYOTA CAMRY milik ayahnya. Tiada destinasi. Dan tiada arah. Tetapi kelainan pada pagi itu, hatinya penuh berbunga ketenangan. Berbeza dari hari-hari biasa. Tiba-tiba, dalam perjalanannya yang entah ke mana, dia teringat seseorang. Seseorang yang begitu dekat dengannya ketika di bangku sekolah. Seseorang yang digelarnya Akhi, senior sekolahnya dahulu. Justeru keretanya terus terarah ke satu tempat. Tempat yang dia pasti dia bakal menemui sesusuk tubuh yang dirinduinya andai Allah mengizinkan.
Tekaannya tidak salah. Memang benar, dari jauh sudah kelihatan seseorang, seseorang yang sering menghabiskan masanya menyumbang sesuatu buat adik-adik penyambung generasi di sekolah mereka. Apatah lagi rumahnya terletak berdekatan dengan sekolah yang banyak mendidik mereka dengan tarbiyah. Di situlah mereka selalu bertemu dan berukhwah. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Ya, di tanah wakaf itu.
“Assalamualaikum..”dari jauh dia menyapa.
“Waalaikumussalam..Masya-Allah, Fakhih. Dah lama ana tak jumpa. Enta macamana sekarang? Sihat?” Akhi Fahmi menjawab salam sekaligus memulakan bicara yang entah berapa lama tidak diutarakan bersama.
“Alhamdulillah, sihat. Dengan izin-Allah. Ana? Macam nilah. Tak berubah-ubah dari dulu. Masih maintain, I think..hehe..”Fakhih menyambut bicara dengan hati yang senang.
“Emm..iye ke? macam semakin berisi je ana tengok.hehe.. Eh,silalah duduk. Lupa pulak ana nak jemput. Tu la, excited sangat jumpa enta.” Akhi Fahmi menarik sebuah bangku lalu menjemput Fakhih duduk disebelahnya.
Kelihatan kegembiraan yang memancar pada wajah mereka berdua. Semakin rancak mereka berbual dan bertanya khabar. Terasa manisnya ketika kembali bertemu dan menghabiskan masa bersama. Mungkin itu pantulan dari kemanisan ukhwah yang terbina sejak sekian lama. Maniskan andai berukhwah kerana Allah? Terasa sungguh indah. Masya-Allah.
Setelah beberapa lama..Fakhih melontarkan soalan buat Akhi Fahmi. “Akhi, akhi pernah jatuh cinta?”
“Cinta?” ketawa kecil Akhi Fahmi.
“Kenapa enta ketawa? Kelakar ke?” Fakhih kehairanan.
“Takde la, enta datang jumpa ana jauh-jauh semata-mata nak tnya ana pasal cinta? Ana ingat sebab rindu kat ana ke..?”
“Takde la..rindu tu ada jugak. Tapi sikit je la..hehe.. saja la ana nak dengar mutiara kata dari enta, lama rasanya ana tak bersua dengan enta. Kalau boleh nak kutip mutiara-mutiara yang keluar dari bibir enta. Berharga tu..hehe..”
“Ye la..ye la.. betul jugak tu. Lama jugak ana tak jumpa enta. Emm..bercakap pasal tadi tu, menarik juga. Cinta? Enta boleh beza tak antara cinta dan rasa?”
“Rasa dan cinta? Dua-dua tu kan perasaan?”
“Ye..kedua-duanya tu perasaan. Tapi apa bezanya? Ok lah macam ni, kalau enta jumpa seorang muslimah yang membuatkan hati enta tertarik, mungkin pada kecantikannya atau pada kesolehahannya, enta rasa itu rasa atau cinta?”
“Emm..” Fakhih berfikir panjang. Terasa sukar untuk dia menjawabnya. Walau itu bukannya soalan yang berbelit-belit atau soalan yang memerlukan solusi seperti subjek Matematik Tambahan, tapi entah kenapa tiada jawapan dari dirinya.
“Ada multiple choice tak? Talian hayat ke? macam susah ana nak jawab.”
“Takde..jawapan itu dari hati enta sendiri. Ok lah, kalau enta dah suka pada seseorang tu kan, itu namanya rasa. Rasa suka padanya. Mungkin enta suka dia pada kecantikan wajahnya, keelokan akhlaknya atau sifat solehah yang ada pada dirinya. Sebab itu kena hati-hati dengan rasa. Rasa itu boleh berubah dan boleh datang, berlalu dan pergi macam tu ja..”
“Kalau cinta? Cinta, menurut Imam al-Ghazali,ialah kecenderungan jiwa yang amat kuat dalam diri seseorang kepada sesuatu atau seseorang lain yang boleh memberi kelazatan, manfaat dan sangat serasi dengan fitrahnya.”
Fakhih mengangguk-angguk kepalanya tanda faham dan setuju.
“Kebiasaannya, kalau cinta, kita lebih susuli dengan tindakan dan ianya melibatkan pelbagai proses. Proses untuk mengenali, memahami, menyayangi, melindungi dan sebagainya. Dan akan terwujudlah rasa rindu dan kasih yang mendalam. Kalau seorang hamba cinta pada Allah, apa yang dia buat?”
“Emm..seorang hamba itu pasti akan menambah ketaatannya pada Allah, melakukan segala perintah Allah, dan meninggalkan segala larangan Allah. Selain itu, seorang hamba itu pasti akan berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah dan cuba untuk mendekatkan diri pada Allah.”
“Cinta seorang umat terhadap Kekasih Allah?”
“Sudah semestinya mengikut ajaran yang dibawa Baginda dan mengikut sunnah-sunnah Baginda. Banyak dalam berselawat dan menjadikan Rasulullah sebagai suri teladan dan idola. Dan menerusakan perjuangan dakwah Baginda.”
“Kalau cinta si anak pada ibunya?”
“Mestilah dengan menjaga hati ibu, mendengar kata, berbakti pada ibu bapa, berbuat baik dan mengembirakan hati ibu. Dan..sentiasa mendoakan kesejahteraan hidupnya di dunia dan di akhirat.”
“Aiwah, betul dan tepat jawapan enta. Nampak tak, kalau cinta kita sanggup berkorban, membuktikan dengan tindakan dan perbuatan. Tidak cukup sekadar melafazkan cinta dan janji tanpa tidak melakukan apa-apa. Cinta dan pengorbanan kan cukup sinonim? Kalau enta kata enta dah cinta dekat seorang muslimah ni, cinta itu benarkah? Cinta harus bersama tindakan. Cuba enta fikir, halalkah enta mengatakan rindu, berbual mesra, melindungi dan menjaganya, bergurau-senda untuk menyenangkan hatinya, berSMS panjang berjela, gembirakan hatinya tanpa ada ikatan apa-apa antara enta dan dia? Pada mulanya ianya hanyalah rasa. Dengan rasa itulah permulaan untuk cinta, tapi ianya bukan lagi cinta. Nak bercinta? Pastikanlah dengan tiket yang halal dulu. Kahwin dulu, kemudian nak bercinta bagaimana sekalipun terserahlah. Barulah dapat membuktikan cinta.
Tertunduk Fakhih. Memang benar apa yang diungkapkan Akhi Fahmi. Tidak ada sesuatu pun yang boleh dibantah lagi.
Enta, suka dan cinta itu fitrah manusia. Fitrah itu boleh jadi fitnah tau. Itu yang bahaya. Lumrah la bagi seseorang untuk tertarik kepada seseorang yang berlainan jantina. Tapi, itulah hikmahnya kenapa Allah syariatkan nikah. Allah yang menciptakan kita, Allah lebih tahu siapa diri kita.
Bagaimana pula kalau perasaan itu ada dalam hati? Bagaimana nak lepas jauh-jauh akhi?
Perasaan kan memang ada dalam hati?hehe.. pastu kat mana lagi? Kat kaki?haha..tak de lah, ana gurau ja..saja ja lama tak menyakat enta..hehe. Emm..kalau benar enta dah suka dia, sepatutnya enta kena menjaga dia. Menjaga disini bukan bermaksud menjadi pengawal peribadi dia, berkepit ke hulu-hilir, menjaga hati dia agar sentiasa rasa bahagia dengan enta..tapi menjaga dia dari api neraka. Menjaga dia agar tidak terjerumus ke dalam kancah maksiat. Menjaga hati dia agar cintanya hanya pada Allah. Menjaga dia agar menegakkan syariat Allah. Bukan membawanya ke dalam kelalaian. Sekarang ni kalau ana tanya enta, enta rasa ada lagi tak, perempuan yang benar-benar menjaga? Bukan hanya dari segi pakaian yang labuh dan menutup aurat, tetapi menjaga dalam semua aspek terutama bab hati dan pergaulan ni?
Fikiran Fakhih terlintas tentang Solehah. Hendak saja dia menjerit kuat nama Solehah.
Dia bersuara, “Ada. Insya-Allah. Ana yakin masih ada. Walaupun mungkin hanya satu mawar dalam seribu kuntuman mawar yang mekar di taman”. Jawab Fakhih dengan penuh yakin.
Ya..mungkin masih ada. Tetapi berapa sangat peratusnya enta? Dalam keadaan dunia akhir zaman ni, lihatlah keadaan di luar sana. Dan kalau benar enta dah jumpa seorang muslimah macam ni, yang benar-benar tegas dan menjaga, sanggup enta nak hancurkan dia? Dengan bermesej-mesej dengan dia, menguji keimanannya dan mengajak dia mendapat murka Allah? Seharusnya enta melepaskan dia, menjaga dia dalam diam. Menjaganya agar terus tegak dan kukuh dengan prinsipnya.
Jadi akhi, kalau seorang muslimah tu tegas pada prinsipnya, maksudnya dia ingin menjaga hati dan dirinya? Macam tu ya?
Definitely, yes. Dan berkata tidak sebelum nikah. Mengapa? Kerana ingin sibukkan diri dalam keasyikan cinta pada Allah. Memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik. Untuk apa enta? Untuk nak capai matlamat yang lebih besar. Menjadi lebih baik dan mulia daripada bidadari-bidadari syurga. Kerana wanita solehah itu lebih baik dari bidadari. Wanita solehah pula, apakah pula syaratnya? Syaratnya ialah taat pada Allah dan taat pada suami.
Taat pada Allah dan taat pada suami?
Aiwah. Dia berusaha untuk menjaga Allah, menambah ketaatan, mendambakan cinta Allah, meletakkan cinta kepada Allah dan Rasulullah. Melaksanakan segala perintah Allah, dan meninggalkan segala larangan Allah. Dia tidak sanggup mencemarkan cinta pada Allah dengan perkara-perkara yang Allah tak redhai yang mungkin sedikit demi sedikit mampu menghakis nilai cintanya pada Allah. Dan sudah pastinya cinta dia juga untuk seorang insan yang bergelar suaminya.
Ya Allah, rupanya Solehah memang nyata wanita yang baik dan solehah. Bisik hati Fakhih.
“Tapi….”Berhenti. Tidak ada lagi sambungan kata dari Akhi Fahmi. Dia merenung jauh ke luar. Fikirannya seperti melayang jauh. Ada sedikit perubahan pada riak wajahnya.
“Tapi..?”
“Tapi….?
Tapi apa akhi? Kenapa? Akhi..?”Fahmi bertanya kehairanan sambil mengibas-ngibas tangannya di hadapan muka Akhi Fhmi.
Akhi Fahmi tersedar dari lamunannya. Dia menarik nafas panjang. Lepas.
“Tapi..ana sedih tengok keadaan sekarang ni. Alangkah gembiranya hati ini, andai semua muslimah di luar sana tu betul-betul macam ni. Muslimah bukan hanya pada nama, tapi juga pada perbuatan dan tindakan dalam kehidupan.”
Fakhih tiba-tiba teringatkan Solehah. Dia tersenyum sendiri.
“Aik, kenapa enta senyum? Ana tengah layan mood sedih ni!! Ha, ni mesti teringatkan seseorang ni..!”
“Eh, tak de, tak de..ana terfikir apa yang enta cakapkan. Betul sangat. Kalau ada, mereka inilah penyejuk mata dan hati. Dan sebaik-baik perhiasan dunia. Masya-Allah.”
“Jadi..bagi ana la kan..sekarang ni adalah fasa untuk menjadi..bukan fasa mencari.”
“Fasa menjadi dan mencari? Apakah..??”
“Ya..fasa untuk menjadi. Menjadi seorang yang lebih baik iman dan taqwanya. Berusaha untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dan mencintai-Nya lebih dari segalanya. Menjadi seorang yang soleh untuk mendapatkan seseorang yang solehah. Bukankah perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik? kan..?”
Tiba-tiba..Fakhih teringatkan kata-kata Solehah tempoh hari.
“…..Sekarang, ana ingin menjadi bukan mencari. Menjadi solehah utk melayakkan ana utk dapatkan seseorang yang soleh. Bukankah perempuan yg baik itu untuk lelaki yg baik dn sebaliknya? Kalau bukan kat dunia sekalipun, akan ada di syurga nanti. Ana yakin dan pasti dgn janji-janji Allah..”
Kini, dia pula yang termenung.
“Eh..ana cakap sorang-sorang ke ni..? Amboi..termenung pulak dia ye..! Sah!! Mesti ingatkan seseorang ni..jeng..jeng..jeng.. hahaha..”
“Akhi!! Enta ni tak habis-habis suka usik ana.. Menjadi dan bukan mencari ya?”
“Yup. Bukan sibuk-sibuk untuk mencari. Lainlah kalau enta dah benar-benar menjadi dan benar-benar telah bersedia. Insya-Allah, jodoh tak ke mana enta.”
Akhi Fahmi seakan-akan memahami jiwa seseorang yang berada di sampingnya itu. Seperti mampu membaca apa yang terbuku di hatinya. Apa tidaknya, dia juga seperti insan itu. Miliki hati dan perasaan. Kerana sayangnya pada insan itu, dia cuba memberikan nasihat dan penguat, agar Fakhih tidak jatuh dalam jerat cinta yang kononnya indah yang dikaburi oleh si musuh yang nyata.
“Berusahalah untuk menjadi yang lebih baik. Tak rugi pun..sekurang-kurangnya kalau kita tak dapat cinta ‘si dia’..yang paling penting, kita rasa semakin dekat dengan Allah dan lebih kekuatan dalam mencintai-Nya. Dan dapat cinta Allah. Betul tak?”
“Betul, betul,betul..hehe..”
“Enta, lihatlah cinta Saidina Ali dan Saidatina Fatimah. Masing-masing pernah menyimpan perasaan terhadap satu sama lain. Tetapi ada mereka berdua minta nak bercouple, berbalas-balas surat, berdating dan sebagainya..? Tidak kan..? Lihatlah, ketika Saidina Abu Bakar, Saidina Uthman dan Saidina Umar pernah melamar Saidatina Fatimah, satu-satu lamaran ditolak. Bagaimana dengan Saidina Ali? Pernah dia kembali tanpa berusaha menjadi yang lebih baik? Dia terus bekerja keras untuk mendapatkan duit untuk melamar Puteri Rasulullah. Lihatlah, akhirnya Allah mempertemukan juga dua hati ini. Betapa sucinya cinta mereka ini. Dan pastinya cinta kepada Allah yang mendahului.”
“Masya-Allah..”
“ Syukran enta. Banyak rasanya hati ini terisi hari ini. Akhi memang the best! Enta doakan ana ya supaya ana kuat dan terus diberi kekuatan oleh Allah dalam mencintai-Nya. Insya-Allah.
Ana rasa ana nak kena balik dulu ni. Nanti ayah ana cari pulak kereta dia..Dah la tadi ana main kebas je kunci kereta..haha..”
“Ok. Afwan. Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik untuk kita semua. Insya-Allah. Eh, lagi satu.. Isnin ni datangla sini iftar sama-sama dengan adik-adik. Nak sponsor makanan pun amat-amatla dialu-alukan..hehe.”
“oo..insyaAllah.. kalau Allah izin dan beri kelapangan, ana usaha untuk datang. Insya-Allah.”
“ok..nanti selalu-selalu la contact. Syukran kerana sudi ziarah ana. At least, terubat rasa rindu ana pada enta..hehe..”
“Ya..ya.. insya-Allah. Ok la enta, ana mintak diri dulu ya..syukran. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”Ungkap Akhi Fahmi tanda menjawab salam yang dihulurkan oleh Fakhih. Mereka berjabat tangan. Fakhih lantas bergegas ke kereta lalu menghidupkan enjin keretanya. Terasa kelainan pada hatinya sebelum dan selepas bertemu Akhi Fahmi. Imannya juga terasa seperti direfreshkan kembali. Ketenangan menyelubungi hatinya. Masya-Allah, sungguh mendamaikan.
Semalaman, ungkapan-ungkapan Akhi Fahmi giat berlegar-legar di kotak fikirannya. Terasa seperti ada perakam yang memutarkan kembali setiap butir kata itu. Tindakannya malam itu seperti serba tidak kena. Dia teringat-ingat nasihat dan kata-kata dari saudara yang dikasihinya lewat petang tadi. Penuh bermakna, terkesan di hatinya.
Deringan jam pada pukul 3.30 pagi waktu tempatan, mengejutkannya. Dia lantas bangun lalu mengambil wudhuk. Solat tahajud dan solat sunat mengisi waktu qiyamnya itu.
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yg mencintai-Mu serta cinta yg dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.
Ya Allah, apa saja yg Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikan ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikan ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.
Ya Allah, jadikan cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada diriku, keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.”
“Ya Allah berilah hamba-Mu ini kekuatan”
Tanpa sedar, air jernih mengalir dan membasahi pipinya. Dia seperti tidak ingin segera bangun dari tempat sujudnya. Ingin lama di situ. Meluangkan masa bersama dengan Penciptanya, Yang mengetahui segala sesuatu, Yang mengetahui isi hatinya, samada dia sendiri ungkapkan atau tidak. Dia bermonolog sendirian, mengadu kepada Tuhannya. Akhirnya fajar mula menyingsing. Azan Subuh sayup-sayup kedengaran sekaligus memecahkan kesunyian pagi. Hamba-hamba yang taat segera bangun melaksanakan dan mendirikan solat. Sebahagian yang lain mungkin masih tidur nyenyak diulik mimpi indah.
Pagi itu Fakhih menyemak peti inbox dalam telefon bimbitnya.
“Solehah?” hatinya terkesan apabila melihat nama Solehah pada skrin Sony Ericsson Xperia X10 miliknya itu.
“Fakhih, cukup. Cukuplah selama ini kau menjauh dari cinta Allah. Bawalah hati dan cintamu pada Pemilik hati dan cinta.” Fakhih bermonolog pada dirinya. Bernada tekad.
Dia membaca kembali mesej-mesej yang pernah dihantar olehnya kepada Solehah. Dia beristighfar. Mengenangkan kesilapan yang pernah dilakukannya. Satu-persatu mesej itu dipadam. Kali ini dia benar-benar tekad. Tekad mengorbankan cinta yang kecil nilainya kepada cinta yang lebih besar nilainya. Ya, demi sebuah cinta yang suci.
Kerana cinta Allah yang kudamba..
Ku tekad untuk lepaskan cinta manusia yg smentara
Yang mungkin mencemarkan cinta suci pada-Nya
Ku pasti dengan cinta Allah
Cinta manusia pasti akan kunjung tiba
Walau hati berat melepaskan
Walau hati sakit merelakan
Ku harus gagahkan jua
Kerana ku lebih ingin merasai nikmatnya
Mencintai Pemilik hati dan cinta
Cinta Allah adalah segalanya
Allah. Allah. Allah.
Mesej-mesej tersebut berjaya dipadam. Terasa berat. Akhir sekali, dia cuba menguatkan hatinya untuk meng‘delete’ nama Solehah dan nombor telefonnya dari memori Sony Ericsson Xperia X10 itu. Tanpa sedar dan di luar kawalan, air mata seorang lelaki tumpah juga akhirnya. Bukan air mata kecewa dan kehilangan, tetapi air mata ketenangan dan keinsafan. Ya, air mata pengorbanan dan keikhlasan. Pengorbanan untuk satu cinta. Satu cinta hamba.
Bidadariku,
Ku lepaskanmu pergi,
Jauh dariku,
Maafkan aku,
Kerana cintaku pada Pemilikku,
Lebih besar dari cintaku padamu,
Andai suatu hari nanti,
Engkau yang ditakdirkan Allah buatku,
Aku akan bawamu terbang ke syurga,
Bersama cinta tulus kerana-Nya,
Andai tertulis Engkau bukan milikku,
Akan ku reda dengan ketentuan-Nya,
Sesungguhnya hanya Dia yang tahu segala sesuatu.
................................................................****..................................................................
p/s: ade lagi ke sambungan Solehah (Part3)..??maaf, andai Solehah (Part2) ini tidak memuaskan hati atau tidak seperti yang dijangkakan.. :) ^_^ wallahu'alam.