Monday, April 25, 2011

Are You Ready..?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang~


kalau di cairo sekarang ni, tengah exam fever.. rata-rata pelajar di sini bakal menduduki peperiksaan akhir. sahabat-sahabat di Malaysia kebanyakannya dah selesai exam dan tak kurang pula sedang bertungkus-lumus berusaha yang sebaiknya dalam menduduki final exam sekarang ni. moga Allah permudahkan urusan kalian di sana. insyaAllah.

bercakap pasal exam..mesti kebanyakannya dari kita..sudah meletakkan matlamat dan target untuk dicapai dalam keputusan peperiksaan nanti..misalnya, nak dapatkan mumtaz untuk final exam nanti, nak dapat 4.0, A+ dan macam-macam lagi kan.. siapa yang tak nak berjaya kan..? mesti semua orang inginkan kejayaan dan inginkan yang terbaik untuk kehidupan. 

tetapi..

impian dan angan-angan sahaja tidak memadai kan..? yang lebih penting dan segala-galanya adalah terletak pada USAHA. ya, sebuah USAHA. 

cakap nak mumtaz untuk exam..
tapi..usaha dah cukup mumtaz? sikap dah habis mumtaz? amalan dan ibadah dan sampai tahap mumtaz?

dan yang lebih-lebih utama..
MUMTAZ dalam menjadi hamba-Allah.. 
emm..
dah?
tepuk dada tanya iman masing-masing..

Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut. 

usaha.usaha.usaha.
senangnya lafaz di bibir..tetapi kadang-kadang..
ada-ada ja yang menghalang kan..betul tak?
baru nak pegang buku..tiba-tiba terasa mengantuk..
baru nak stat baca buku, dah terangguk-angguk..tanda faham lebih kot..bagusla kalu macam tu.. :P
baru nak bertekad nak bersungguh-sungguh, tiba-tiba ada ja hal lain..
nak buka buku, muka buku pula yang memanggil..
bila nak ingat ilmu, benda lain pulak yang teringat-ingat..
bila nak cuba untuk memahami, susah pulak nak faham-faham..

ya Allah..banyaknya ujian..
dan betapa perlunya untuk KUAT..
nak kena kuat macam superman, batman atau ultraman ke.?
bukan kuat pada fizikal..tetapi kuat pada HATI..
kuat untuk berMUJAHADAH..
mujahadah dalam menuju-Nya.
bukankah mukmin yang kuat lebih Allah sayangi dari mukmin yang lemah..? kan? :)

ingatlah..apa yang dilihat-Nya adalah pada USAHA..
adakah kita telah bersungguh-sungguh atau sebaliknya.. 


''Dan bahawa manusia hanya akan memperoleh apa yg telah diusakannya,
Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan(kepadanya),
Kemudian akan dberi balasan kepadanya dengan balasan yg paling sempurna,
Dan sessunguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya (segala sesuatu),"
(An-Najmu: 39-42)

kalau dah berusaha bersungguh-sungguh, tetapi Allah belum izinkan kejayaan..
janganlah berputus asa dari rahmat-Nya..teruskanlah berusaha.


kadang-kadang SEMANGAT itu hilang..
puas mencari, tetapi tak juga datang-datang..
bangunlah wahai diri..
teruskan perjuanganmu..
bina kembali SEMANGAT itu..
berusahalah kerana Dia..



tiba-tiba teringat satu kata-kata..
"kita tahu bahawa menuntut ilmu itu wajib..tetapi berapa ramai yang bersungguh-sungguh menuntut ilmu sepertimana dia tahu menuntut ilmu tu wajib"

kalau solat..insyaAllah diusahakan mengerjakan dengan sebaiknya..
kalau menuntut ilmu pula? waktu mingu-minggu exam saja ke bertungkus-lumus dan bersungguh-sungguh..?
selepas exam..bersuka- ria,rasanya berkemungkinan besar buku pun dah tak tengok lagi.. 
emm..apa tujuan sebenar untuk belajar? lulus dan mumtaz dalam exam semata-mata..?
di mana Allah?
bukankah menuntut ilmu ini kerana-Nya?

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin menndapat habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.” 
(Riwayat Abu Daud)


selalu-selalu tajdid niat ye.. berusaha dan bersungguh-sungguh juga kerana-Nya. insyaAllah.

ingatlah..
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Siapa yang keluar untut menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali.” Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

"Barangsiapa melaui suatu jalan untuk mencari suatu pengetahuan(agama), Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga."
(Bukhari)


manusia selalunya bersedia dan berusaha untuk sesuatu yang sudah pasti waktunya..
tetapi..
kurang membuat persediaan untuk sesuatu yang belum pasti masanya..

perasan tak..kalau cakap pasal exam.. boleh dikatakan, semua orang berusaha dan cuba membuat persediaan yang secukupnya..

tetapi..
kalau kematian yang belum kita tahu bilakah masanya..

dah lakukan persediaan yang sebaiknya?
entah hari ini, esok dan hari-hari seterusnya..
kita tidak tahu bila ajal akan kunjung tiba..
sedangkan esok belum tentu ada untuk kita..



Are You Ready?
bersedialah untuk menghadapi kemungkinan itu..
bersedialah untuk exam yang bakal tiba nanti..
bersedialah juga untuk kematian..

conclusion..
do the very best preparation in every single day..
lillahita'ala.
insyaAllah.

moga Allah terima dan permudahkan.

dan jangan lupa untuk berdoa dan bertawakal kepada.-Nya.

Daripada Abi Sa'id, sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam : "Tidak ada seorang pun muslim yang berdoa kepada Allah Azza wa Jalla, dengan doa yang tidak berunsurkan maksiat atau memutuskan hubungan darah, melainkan diperkenankan oleh Allah salah satu antara tiga : samada dipercepatkan doanya di dunia, atau disimpan untuknya di hari Akhirat, atau dihindari daripada dirinya satu keburukan seumpamanya".

Apabila para sahabat mendengar ucapan baginda itu, mereka lantas berkata : "Kalau begitu Rasulullah, kita perlu banyakkan berdoa!". Kata baginda : "Demi Allah, banyakkanlah berdoa".(Riwayat Ahmad)

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk (surah al-Baqarah: 186).


ya Allah, berilah aku dan sahabat-sahabatku kekuatan dalam perjuangan menuju-Mu ini, permudahkan dan percukupkanlah segala urusan kami di dunia dan akhirat dan berikanlah kami kejayaan dan yang terbaik di dunia dan di akhirat.


ya Allah, jika Engkau anugerahkan kepadaku kebaikan dalam sesuatu, maka Engkau berikanlah yang lebih baik dan yang terbaik buat sahabat-sahabatku.
 Amin.

salam imtihan buat semua..
bittaufiq wannajah fil imtihan..

wahai pemilik hati, dah bersedikah anda?
wallahu'alam.

p/s: pesanan utk pemilik hati.selalu-selalu ingat ye!.. :)  final exam practical physio insyaAllah will be on 30th April 2011.. do pray for me and my friends.. Allahuyusahhillana..insyaAllah. Amin. :)






2 comments: