Wednesday, June 8, 2011

K.E.M.B.A.L.I

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, dengan izin Allah hari ini KEMBALI dengan coretan yang baru setelah lama berdiam tidak berkata.



K.E.M.B.A.L.I

"tahun ni balik tak..?"
"bila enti balik malaysia..?"
"tiket dah beli..?" "berapa hari bulan..?"
"bila enti balik malaysia? tak sabaqnya nak jumpa enti!..
"enti..balik tak tahun ni? rindunya.."
"enti balik bila,bgtau ana, boleh ana g jemput"
"nanti enti balik, kita jumpa dgn kawan-kawan lain na.."

Malaysia~tanah airku..

Soalan-soalan yang selalu di utarakan yang sampai ke gegendang telinga tak kurang pula melalui susunan abjad yang mengatur bicara.. semestinya dalam hati ini, hanya Allah sahaja yang tahu betapa rindunya diri ini untuk KEMBALI ke tanah air, rindu untuk bertemu ibu ayah, keluarga, saudara mara, orang kampung, sahabat-sahabat, cikgu-cikgu, adik-adik sekolah, dan  rindu untuk menyedut udara Malaysia.

dan..serba salah diri ini untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan tersebut..
"insyaAllah..balik tahun ni..dengan izin Allah dan andai Allah masih panjangkan umur ana masa tu.."
"insyaAllah, ana balik tahun ni..bulan 7..insyaAllah dengan izin Allah.."

ya..tiket dah dibeli..
ya..insyaAllah tarikh dah tetap..
ya..insyaAllah dah ada rancangan tentang balik..
tapi..

ana sendiri tidak pasti masihkah ada hari itu untuk ana.. sedangkan esok pun ana tak pasti masihkan bernafas di atas muka bumi ini..

"enti balik bila?"

"insyaAllah 19/7 nanti..dgn izin Allah, dan andai Allah masih panjangkan umur ana."

"kenapa enti cakap macam tu? insyaAllah masih panjang lagi."

"insyaAllah, Allah lebih tahu tentang itu..kita tak ada pengetahuan langsung tentang itu.."

"enti jangan bagi ana sedih, nanti balik jumpa ana na.."

"insyaAllah. :)"

sungguh, kita langsung tak ada pengetahuan tentang itu. ya,tentang kematian.. Allah yang mengetahui segalanya. kita boleh merancang, kita sedang merancang..tetapi perancangan Allah itu yang sebaik-baiknya. Allah yang menentukan segala sesuatu.
.
sibuk-sibuk fikir dan rancang untuk KEMBALI ke tanah air, takut-takut sehingga lupa untuk merancang dan bersedia untuk KEMBALI bertemu Allah.

Dari Abdullah bin Umar, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., memegang bahuku lalu bersabda: “Jadikanlah dirimu di dunia ini seolah-olah engkau orang dagang bahkan seolah-olah orang yang dalam perjalanan musafir. ” (HR Al-Bukhari)




ya..ana kini bermusafir..jauh dari negara, jauh dari kampung tercinta..
semata-mata untuk mencari ilmu di Bumi Anbiya' ini..
dan sesungguhnya ana amat merindui untuk pulang ke Malaysia..
diri ini sudah menghitung hari untuk menunggu tibanya waktu untuk berangkat pulang..

tetapi hakikatnya..kita memang seorang musafir, yang singgah sekejap di dunia, untuk menuju satu destinasi..
menuju satu destinasi..
ya..destinasi akhirat sudah pastinya..
dan sudahkah kita merindui untuk pulang ke tempat asal kita diciptakan?
merindui untuk bertemu Allah..merindui syurga Allah?
wahai diri..apakah ada rindu itu di dalam hatimu? sudahkah bersedia andai Allah ingin menjemputmu?
ya Allah..

"Enti, balik tak tahun ni. ana dah ada kat rumah. insyaAllah jumpa nanti..kalu tak kat Malaysia, kita jumpa di Mesir."

"insyaAllah balik. insyaAllah, andai Allah tak izin lagi nak jumpa kat Malaysia, mungkin Allah dah aturkan satu pertemuan yang lebih indah untuk kita di Mesir atau Jordan, andai tak ada jugak kesempatan kat dunia, moga yang lebih indah di syurga.."

moga yang lebih indah di syurga~

mak,ayah,adik,kakak,abang, saudara-mara, sepupu-sepupu,sahabat-sahabat, teman-teman, cikgu-cikgu, adik-adik, dan semua yang mengenali diri ini dan juga anda yang membaca post ini. (tak tersenarai nama yang sangat banyak..nama-nama kalian senarai dalam hati ini. :) insya Allah) sungguh saya mengharapakan pertemuan dengan kalian. tetapi andai Allah tidak mengizinkan kita untuk bertemu di dunia, moga Allah izinkan pertemuan yang indah di syurga sana.
insyaAllah..dan diri ini menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan atas setiap kesalahan, kesilapan dan dosa yang pernah dilakukan samada disedari ataupun tidak.(walaupun belum masuk Syawal lagi) terima kasih untuk segala-galanya. jazakumullah. kalian adalah yang terbaik yang Allah berikan buat ana selama kehidupan ini. Alhamdulillah.

insyaAllah..andai Allah masih panjangkan umur, insyaAllah smoga Allah permudahkan urusan ana untuk KEMBALI pulang ke tanah air. (menanti dengan sabar..insyaAllah.)

dan pastinya, ana mengimpikan KEMBALI yang lebih baik dari KEMBALI yang pertama (masa rusuhan di Mesir tempoh hari).. insyaAllah.. moga KEMBALI kali ini, lebih banyak bakti dan amal ditambah disamping memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik dan mengiatkan Amar Ma'ruf Nahi Munkar..insyaAllah..


emm..bukan dengan status yang baru tau!..insyaAllah.

dan mengharapkan KEMBALI semula ke Mesir dengan menjadi diri yang baru dengan azam yang baru..dan untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik. (as Second Year medical student)

semua ini sekadar angan-anagan dan impian..moga Allah izinkan hari itu untuk ana..insyaAllah.
insyaAllah. insyaAllah. insyaAllah.
Dengan izin Allah. :)




dan sesungguhnya ada rasa rindu untuk KEMBALI bertemu Dia..
tetapi sejauh mana sudah bersedia?


wallahu'alam.

***nak KEMBALI ke tanah air,, mesti kena tempuh EXAM dulu..kena KEMBALI bersemangat utk Exam..
moga Allah berikan yang terbaik untuk ana dan sahabat-sahabat..doakan.. ^_^

KEMBALI bersedia untuk exam di dunia, dan bersedia untuk exam yang sebenar nanti..

p/s: ok..kena KEMBALI study..buku dah memanggil tuannya dari tadi.. kesian buku.. ya Allah permudahkan urusanku menuntut ilmu-Mu.Amin. :) insyaAllah..lepas exam nanti..tunggukan KEMBALInya Solehah(Part3)..dengan izin Allah.  syukran ^_^

1 comment:

  1. alhamdulillah..dgn izin Allah..dpt kembali ke tanah air.. :D

    ReplyDelete