Wednesday, November 30, 2011

jalan mana yang tiada batu

hari tu tertinggal lab coat, dan hari tu ada practical anatomy.
seorang lagi teman, tertinggal buku..
masing-masing pulang sekejap ke rumah pada waktu rehat, alhamdulillah jarak rumah ke universiti dekat, untuk berulang-alik pada waktu gap, insyaAllah tak mengambil masa yang lama.

seorang teman tu datang ke rumah sejerus seusai mengambil bukunya..
bihun goreng untuk sarapan pagi itu masih berbaki..Allah simpan rezeki tu untuknya barangkali.

kemudian tercakap satu perkara dan masing-masing dengan ceritanya.

rupa-rupanya berkongsi satu impian dan keinginan. memang dah tahu itu impiannya. sama.

berkata-kata memberi semangat padanya. support tanda sokong cita-citanya. sokong untuk usaha yang baik.
padahal, diri sendiri juga perlukan itu. seolah-olah bercakap untuk diri sendiri juga.
ok, 2 in 1. tapi mungkin kali ini kata-kata saya memang untuknya. 
yang gusar dalam dirinya tentang kata-kata orang. pengalamannya dahulu kala. ya, kadang-kadang kata-kata boleh menjadi peluntur semangat. tapi saya tahu dia kuat.

pokok juga ada support systemnya. ranting yang kuat, meninggikan pepohonan.
manusia juga perlu. jangan biar tak kuat sendiri-sendiri, nanti takut layu mencium tanah.

dalam perjalanan kembali ke universiti,
diri berkatanya padanya,
" islam itu datang dalam keadaan yang dagang dan akan kembali kepada keadaan yang dagang juga"

tahu, nampak ganjil tu hanya pada pandangan manusia. pandangan manusia, tak kemana. 
yang ingin dicari biarlah untuk pandangan Allah.

tiba-tiba dia bersuara,
"betul jugak, dunia tak kekal, manusia pun tak kekal!"

kali ini katanya-katanya membuatkan diri terfikir. Betul.sangat betul.
kali ini, kedua-duanya memandang ke bumi. diam. terus berjalan.
sehingga sampai, lalu terus solat zohor, dan terus masuk kelas Physiologi.
tempat dah penuh di hadapan. mencari-cari ruang untuk masuk dihadapan. tak berjaya.
kedua-duanya di barisan belakang untuk akhawat, di hadapan barisan ikhwah.
lain kali kena datang awal. berebut tempat untuk tuntut ilmu.

terhenti di situ. biar bernoktah sementara. bila ada kesempatan lagi, mungkin masing-masing boleh bersuara lagi. sedikit sebanyak hati terketuk. hanya Allah saja yang tahu, insyaAllah biar Dia yang tentu. impian tapi pada masa yang sama pilihan pada diri. kadang-kadang tak tahu mana yang terbaik. selebihnya pada Allah. 

lumrah, sesuatu usaha, untuk dapat apa-apa, mesti ada halangannya.
sama ada halangan tu ada dalam diri, dari nafsu yang turut juga ingin terlibat, dan dari jarum-jarum halus si musuh yang nyata, atau dari luar. kembali pada Allah. rujuk An-Nas, Al-Falaq. kepada siapa Allah minta kita berlindung? kalau bukan hanya pada-Nya.

jalan mana yang tiada batunya, pasti tak terlepas dari tersepaknya.
kalau tersembam ke bumi, pasti berdarah juga. kalau terus bersakit-sakit tanpa bangun, mana mungkin sampai ke jalannya.

cuma berbalik pada diri. mungkin itu ujian dari-Nya.



belum terlambat rasanya,

SALAM MAAL HIJRAH~ 
mari menjadi pencari cinta dan redha-Nya yang lebih baik di tahun baru ini. cari bukan bermaksud menunggu, tapi perlu usaha dan pengorbanan. kalau tak, mesti tak jumpa. 

p/s: esok ada test histology, moga sahabat-sahabat gen X semuanya dapat lakukan yang terbaik dan dipermudahkan oleh-Nya. insya-Allah. curi juga waktu untuk tulis di sini. kalau tak curi nampaknya bertambah-tambah sawang kt blog ni.


No comments:

Post a Comment