Sunday, March 11, 2012

Jika Memang Benar~

Adakah kamu tahu?
Kini Syria bermandikan darah
Mereka diseksa demi mempertahankan islam tercinta


Adakah kamu tahu?
Kini mereka terus bertahan
Walau tidak memilik harta dan senjata
Mereka tetap utuh bersama iman dan taqwa
Terus yakin bahawa Dialah yang Maha Berkuasa


Jika memang benar katamu cintakan mereka
Tetapi benarkah hatimu ada untuk mereka?


Jika memang benar katamu mereka ialah saudara
Tetapi apakah pernah kamu peduli dan cakna?


Jika memang benar katamu hatimu jua terluka
Tetapi adakah lukanya kekal atau hilang mudahnya?


Jika memang benar katamu sentiasa bersama mereka
Tetapi adakah usaha kamu diiringkan bersama?


Jika memang benar katamu peduli khabar mereka
Tetapi adakah kamu sentiasa tertanya-tanya keadaan di sana?


Jika memang benar katamu simpati dan hiba
Tetapi apakah itu cukup sekadarnya?


Jika memang benar katamu akan bersama tegakkan islam
Tetapi adakah islam itu nyata telah tertegak dalam dirimu?


Jika memang benar kamu berkata
Jadikanlah ia bukan lafaz semata


Jika memang benar itulah luahan rasamu
Genggamlah ia jangan hilangkan semangatnya


Jika memang benar hatimu memaksudkannya
Teruskan mengukir maknanya jangan biar sekejap cuma


Yang benar dan pastinya
Islam akan teregak di bumi-Nya
Cuma menunggu detik dan waktunya


Jika memang benar katamu ingin bersama
Menyumbang kepada kemenangan Islam
Mengapa tidak menciptanya bermula dari dirimu
Masih ingin menunggu atau menjadi seperti mereka
Yang terus mempertahankan islam
Walau sudah tahu nyawa pasti melayang
Walau sudah tahu betapa sakitnya pengorbanan
Kerana mereka ingin syahid di jalan-Nya
dan mereka yakin akan janji-Nya itu pasti
dan syurganya itu abadi


jika memang benar apa katamu
kenapa tidak dibuktikannya?



No comments:

Post a Comment