Saturday, May 19, 2012

Berbahagialah wahai hati~~




wahai hati,
bersabarlah

engkau pernah berbicara
katamu ingin terus mencari hanya Satu
bila telah tekad katamu
bila telah bulat pasakmu
maka serah sahaja pada Dia

namun
satu persatu bertandang
tanpa dijangka atau dipinta
mungkin ini ujian-Nya
menguji 
sejauh mana benar ungkapmu
sejauh mana sabarmu
sejauh mana tindakanmu
sejauh mana kamu benar-benar
berserah dan mencuba

wahai hati
engkau bersedih?
bersedihlah kerana dosamu
bersedihlah atas keterlanjuranmu
bersedihlah atas ketidakjujuranmu
bersedihlah atas titik-titik gelap
yang kau sendiri corakkan

namun
usah kecewa
Dia pasti tidak akan mendatangkan ujian
tanpa hikmah di sebaliknya

berbahagialah dikau wahai hati
Dia ingin kembali mengambilmu
untuk kembali diisi dengan cinta-Nya
untuk kembali mendekat pada-Nya
untuk kau isikan ruangmu dengan lafaz-lafaz menyebut-Nya
untuk tidak kau terus menambah titik-titik hitam
yang semakin menebal dan terus tercalit

pasti, bila di saat begini
engkau akan terus mengingati-Nya 
dan untuk Dia menjaga kembali dirimu
dari dunia yang engkau isikan di dalammu
dari pencemaran yang lebih mengaburimu

bukankah engkau perlu berbahagia
itu tandanya sayang-Nya pada hamba-Nya
memang
semua yang bertandang meninggalkan kesan

usah risau, usah kecewa, usah bersedih
kerana di sebalik itu
Dia datangkan hadiah yang sangat berharga
rasa berTuhan dan rasa kembali kepada-Nya
bukankah itu yang engkau inginkan
ketenangan yang tidak mungkin dibeli

berbahagialah
usah kenang perkara yang lalu
usah kecewa dengan apa-apa yang mendatang
tetapi tersenyumlah
kerana Dia sentiasa ada
bukankah Dia yang memilikimu?
pasti dan pasti hanya Dialah yang selayaknya
merawat dan menyembuhkan lukamu
dengan kasih dan cinta-Nya
yang tidak bertepi

pohonlah ampunan pada Dia Al-Ghaffar
Dialah yang Maha mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya
kembalikanlah kepada Dia, At-Tawwab
Dialah yang menerima taubat hamba-hamba-Nya
balaslah cinta Dia, Al-Wadud
yang Maha Mencinta dan memperlakukan hamba-Nya dengan cinta-Nya
serahkan urusanmu dan dirimu pada Dia, Al-Wakil
Yang Maha Mengatur urusan hamba-Nya dengan kebaikan-Nya

Pergi dan pergilah
wahai sepi
dan kamu wahai sedih
kerana aku punya Dia
dan aku akan bangkit untuk terus
tersenyum dengan kebahagiaan yang bakal
ku miliki bersama-Nya

berbahagialah dikau wahai hati
kerana Dia masih ingin menjagamu
cukuplah Dia untukmu

terus dan teruslah 
berdoa dan berharap
mencuba dan mencuba 
untuk terus dan terus
mencari dan mencari
hanya Dia.

:)

p/s : untuk kamu wahai hati2, berbahagialah. :)

4 comments:

  1. slm wbt. arifah dear <3

    mnta izin share post ni boleh? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syafiqah dear..hehe.. insyaAllah, tafadhhali ya ukhti. :) boleh2.. :)

      Delete
  2. salam ukhwah...mohon share ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamu'alaikum..salam ukhwah kmbali.. :) insyaAllah, tafadhhali ya ukhti..boleh2.. :D

      Delete