kehidupan itu sebuah pencarian yang berterusan, mencari cinta yang abadi dan redha Ilahi~
Monday, August 13, 2012
waktu dan ramadan yg kian berlalu
aku merenung langit malam dalam perjalanan pulang ke negeri halaman..
bulan mengambang..masya-Allah sangat indah..
tapi..aku tahu..bulan itu akan bertukar bentuknya..
sehinggalah nanti ianya sudah tidak kelihatan..
dan waktu itu manusia mencari-cari jika ada kelibat anak bulan
untuk mengisyhtiharkan bahawa 1 Syawal sudah tiba.
Aku merenung waktu..
ya Allah, sungguh cepat masa berlalu..
mungkin kerana sibuk dengan 'dunia' sehingga aku tak terasa pantasnya masa berlalu
apakah setiap saat waktu yang berlalu
sepenuhnya ingatanku pada Tuhanku?
apakah setiap saat waktu yang berlalu
sebaiknya aku menggunakan waktu itu..?
"bulan!! waktu!!
berhentilah bergerak..aku mahu lebih lama masaku dengan Ramadanku
aku masih ingin lama bernafas dalam hembusan Ramadan."
...suara kecil sang hati yang teriakannya tidak didengari insan..
bulan itu makhluk Allah..dan ianya akan tetap berputar kerana taatnya pada Tuhannya..
masa itu juga makhluk Allah..dan ianya akan terus berjalan kerana taatnya pada Tuhannya..
wahai manusia..engkau juga makhluk Allah..
mengapa tidak engkau menambah ketaatanmu pada tuhan-Mu?
Ramadan kian berlalu..jika engkau masih tidak bekejaran menambah ketaatan..
ianya akan pergi meninggalkanmu..
maka biarlah ianya pergi dengan kenangan yang paling indah bersama Tuhanmu dalam Ramadanmu dengan ketaatanmu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment