Thursday, May 5, 2016

andai ini Ramadan terakhir~



assalamu'alaikum.. laaaaamaaaaaaanyaaaaaaaaaaaaaa tidak ada post baru. 
3 tahun lamanya menyepi dari menulis. Buka-buka file lama terjumpa skrip cerita waktu handle slot pengisian "andai ini ramadan terakhirku."

moga Allah sampaikan kita ke Ramadan tahun ini dan semoga Ramadan tahun ini lebih baik dan yg terbaik in sha Allah.



[Andai ini Ramadan Terakhirku]

 Suara itu amat bingit sekali memukul gegendang telingaku. Aku bosan! Terawih? Ish…tak nak lah… aku masih muda, belum lagi nak mati. Esok-esok bila tua lah aku pergi, lagipun aku nak enjoy sepuas-puasnya. Hidup kan Cuma sekali, yang penting aku gembira.

Arifah : “ Nak ke mana tu nak? Siang malam asyik keluar ja, jom la ikut mak pergi terawih..esok kan dah 1 Ramadhan..”

Atikah : “ Ish orang tua ni… bising je… kalau mak nak pergi, pergi je lah..orang ni muda lagi, belum lagi nak mati… tahun depan pon boleh lagi nak terawih..”


Aku terus tidak mempedulikan lagi bebelan orang tua itu. Ibu menarik tanganku tanda tidak membenarkan aku keluar. Kelibat Adam sudah kelihatan, aku tidak mahu dia menunggu terlalu lama. Pantas saja tanganku menolak susuk tubuh wanita yang separuh abad itu. Aku terdengar bunyi hentukan sesuatu, dan aku yakin pasti kepala ibu terhantuk sesuatu tapi aku tidak menghiraukannya.
Setibanya di depan rumah, Adam tersenyum menyambut kedatanganku sambil memakaikan helmet di kepalaku yang tidak dibaluti walau secebis kain. Aku mengurai rambutku kebelakang. Seperti selalunya, Adam memecut laju motosikalnya seolah-olah jalan itu dia yang punya. Bunyi hon dari kenderaan-kenderaan lain seumpama memberi  galakan untuk Adam memecut dengan lebih laju.

<bunyi car crash>

Tiba-tiba aku terdengar bunyi  yang sangat kuat. 
Kepalaku terhentak kuat. Darah mengalir laju di kepalaku… dan…pandanganku kelam. 

<tutup lampu>
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mak!!!! Jangan tinggalkan anak mak.. Mak, tolong..takut..tempat ni kelam dan sempit..
Mak dan lain-lain berlalu pergi..mereka seolah-olah tidak mendengar  teriakanku..

<video> @ sound effects (azab kubur)


Sakit!!! Tidak…jangan…aku dah insaf…sakit!!!
Tiba-tiba aku terasa seperti di alam lain, alam yang pernah aku lalui sebelum ini. Tiada lagi api yang marak yang membakar tubuhku..tiada lagi seksaan demi seksaan.
Aku terpandang seraut wajah yang aku rindui dan seringkali muncul dalam tidur panjangku itu..

Wajah ibu tersenyum tatkala melihatku sedar. Kelihatan butiran-butiran mutiara jernih gugur dari tubir mata ibuku.

“Mak, ampunkan Rita mak.. Rita minta maaf. Rita dah insaf.. Rita janji Rita tak buat lagi.. Rita takut diseksa mak..ampunkan Rita mak.” Aku ingin menerpa ke arah ibuku untuk memeluknya.namun kurasakan kaki kananku kaku. Ibu terus menerpa ke arahku lalu memeluk erat..air mata ibu semakin deras mengalir..aku juga.

 “Mak..kenapa dengan kaki Rita ni..kenapa tak boleh bergerak.. mak, panggil doktor cepat. Mak tnya doktor kenapa dengan kaki Rita ni..”
Mak diam seribu bahasa..tak terkata. Diusap-usapnya kepalaku. Mak memujukku supaya bersabar..

“Kenapa takdir mesti begini?” Rita muda lagi..Rita nak beribadat dengan sempurna.
Adam yang ku kenal dulu,yang ku anggap teman sehidup sematiku, tidak langsung menjengukku..apatah lagi menanyakan khabarku. Ibuku memberitahuku bahawa kecedarannya tidaklah seteruk yang ku alami dah telah lama keluar dari hospital.
Sedang aku menyalahkan takdir yang menimpa diriku, aku terpandang seorang kanak-kanak lelaki yang tidak mempunyai kedua belah kaki berusaha bersusah-payah berjalan menggunakan tongkat.
Aku terdiam sejenak.. lantas terdetik di hatiku untuk bersyukur nikmat Allah yang diberikan-Nya kepadaku. Allah memanjangkan umurku dan berikan kesempatan untukku bertaubat adalah rahmat yang cukup besar jika dibandingkan dengan besarnya dosaku yang lalu..

“Alhamdulillah ya Allah.”

Atikah :  “Mak, hari ini Ramadhan yang ke berapa? Dah habis ke?”

Arifah :   “Alhamdulillah, hari ini dah 21 Ramadan..malam ni malam yang ke 22. Kenapa nak?”

Atikah :   “ya Allah, betul ke mak?dah nak habis? Cepatnya masa berlalu..”
Ya Allah, Ramadan makin meninggalkanku tetapi aku masih belum sempat melakukan apa-apa malah sebelum ini aku mensia-siakannya.  Astaghfirullahal azim.
<lagu> (hafiz hamidun)
Petang itu aku meminta ibuku membawaku bersiar-siar di taman di sekitar hospital.. tiba-tiba aku terasa bumi berputar..sakit sangat kepalaku,pandanganku kabur dan aku tidak sedarkan diri.
Ketika aku sudah sedar dan ingin membuka mataku, aku terdengar doctor dan ibu sedang berbicara tentangku..aku kembali memejamkan mataku seolah-olah masih belum sedarkan diri.

Arifah : “Ya, Allah..betul ke doktor?”


Doktor : “Harap mak cik bersabar. Banyakkan berdoa.  Walaupun barah otak yang dihidapi oleh anak mak cik berada di tahap yang kritikal, namun kuasa di tangan Allah. Kami akan cuba memberikan rawatan yang terbaik untuk anak mak cik.”

Air mataku mengalir lagi untuk kesekian kalinya.
“Ujian apa lagi ini ya Allah?” beratnya ujian yang Engkau berikan padaku.”
Sejurus selepas doktor keluar dari kamar wadku, ibu menghampiriku. Aku bangun lantas memeluk ibuku. Ibu menghulurkan senaskah Al-Quran yang ku pinta sebentar tadi. Tanganku menggigil.. seingatku sudah lama aku tidak memeganggnya apatah lagi membaca dan mentadabburnya. Hatiku menjadi sangat tenang..
Aku menyelak helaian Al-Quran lalu mataku tertancap kepada sepotong ayat.


<ayat AQ> ( Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya)


Terasa seperti  Allah sedang berbicara denganku. Aku redha. Aku menganggap dugaan ini sebagai kifarah terhadap dosa-dosaku yang lalu.


(lagu muhasabah cinta)


Aku ialah insan yang bertuah di atas muka bumi ini kerana aku diberi kesempatan untuk kembali ke pangkal jalan setelah melalui zaman jahiliyah yang penuh dengan titik-titik noda dan zahirnya tampak indah di luaran namun terasa kekosongan di lubuk hatiku.

Aku sangat-sangat berharap, agar 10 hari terakhir ramadhan yang masih berbaki dapat aku lalui dengan sempurna dan aku tidak akan mensia-siakannya lagi. Dan aku berharap ini bukanlah Ramadan terakhir bagiku. Andai sahaja ini Ramadan terakhirku, aku berharap agar Allah menerima taubatku, dan menerima amalan-amalanku.


<sajak>


Raudhah, mengesat air mata yang mengalir dipipinya. Dia menutup helaian diari milik sahabatnya,Rita selepas pulang dari menziarahi pusaranya. Raudhah, masih terkenang akan  Rita yang sangat-sangat berharap untuk bertemu dengan Ramadan tahun ini..tetapi Allah lebih sayangkannya, dan telah menjemputnya awal sehari sebelum Ramadan tahun ini.
“Mungkin  sahaja Ramadhan ini Ramadhan terakhir bagiku, kerana aku tidak tahu bilakah malaikat Izrail akan menjemputku. Dan aku tidak akan mensia-siakan Ramadan yang berbaki.” Getus hati Raudhah.



Muhasabah full

 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------


 Andai Ramadan kali ini adalah yang terakhir kita,
andai saja kita tahu jika ianya benar
sudah pasti kita akan memanfatkaan setiap detik masa dan memperbaiki amalan kita di bulan Ramdahan terakhir ini..

Namun tiada siapa yang tahu
tiada sipa yang dapat menduga

Maka marilah kita mempersiapkan diri dan bersiap sedia dari waktu dan hari ini untuk menghadapi dan menerima tetamu istimewa kita Ramadan al-Mubarak.

30 Days left
"dia" akan tiba.

masih sempat untuk melipatgandakan amalan dn bersiap sedia.

in sha Allah.



Allahumma balighna Ramadan, ya Rabb!





















































No comments:

Post a Comment