Thursday, August 25, 2011

tentang sahabat ^_^

Kisah ini diriwayatkan daripada Rasulullah sendiri. Abu Hurairah meriwayatkan daripada Baginda s.a.w bahawa ada seorang lelaki yang ingin menziarahi sahabatnya yang menetap di sebuah kampung yang lain.

Maka Allah s.w.t telah menghantar malaikat ke jalan yang dilaluinya untuk memerhatikan lelaki itu.
Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggu malaikat itu, malaikat bertanya: "Ke mana kamu ingin pergi?"

Jawab lelaki itu jujur," "Aku ingin bertemu saudaraku di kampung ini."

Malaikat bertanya lagi, "Adakah bagi kamu ada apa-apa nikmat yang akan kamu peroleh daripadanya?"

Lelaki itu menjawab: "Tidak. Aku menziarahinya hanya kerana aku menyayanginya kerana Allah"

Berkata malaikat: "Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu kerana-Nya."
(Riwayat Muslim)






sahabatku,
aku tahu lautan dunia ini bukan destinasi yang abadi
lautan dunia ini harus kita redahi
untuk sampai ke pulau akhirat matlamat destinasi
yang kekal abadi, tempat diri akan kembali

sahabatku,
kita harus mencelukkan kaki di lautan itu
kalau tidak masakan akan tiba ke arah tuju
andai engkau lihat aku mula leka di situ
seronok bermain-main air di muara lautan itu
sehingga terlupa tujuan pelayaran yang satu
yang bakal terabai sesuatu satu persatu
tegurlah aku, 
kerana aku takut aku mula letakkan cintaku
di lautan luas itu.

sahabatku,

janganlah engkau biarkan aku
terus dibuai asyik keseronokan 
bermain-main air di lautan itu
kerana aku takut
dengan ombak yang mendatang
sesekali tidak terduga bila bertandang
hingga aku hanyut dipukul ombak itu
takutku tenggelam di dasar lautan itu
takutku tidak akan sampai ke destinasi impian

tariklah aku kembali
hulurkanlah tanganmu padaku
aku tidak ingin terus tertipu
terpedaya dengan keindahan yang palsu
tidak ingin lemas dalam pergelutan nafsu

aku perlukan kamu
aku ingin bersamamu
seiring berjalan memimpin tangan
ke pulau destinasi hakiki
yang menjadi impian semua penghuni Bumi
aku ingin ke sana
tak ingin berhenti mencari
sesuatu untuk dijadikan bekal ke sana
ingin kamu bersamaku sahabatku?
kita bersahabat di Bumi, ingin ku teruskan
persahabatan ini ke syurga Ilahi

andai engkau yang mula lemas
dengan lautan dunia yang mempersonakan
akan ku pimpin kembali tanganmu
hulurkanlah tanganmu
moga kita saling menyelamatkan
atas dasar cinta tulus kerana-Nya
moga jalinan persahabatan antara kita
disulam redha dan kasih sayang-Nya.



buat sahabat-sahabat ana yang pernah hadir dalam hidup ini
Alhamdulillah, ku bersyukur dipertemukan dengan kalian
terima kasih atas segala kebaikanmu, segala tunjuk ajarmu, segala ilmumu,
segala-galanya
Moga Allah pelihara kalian
maafkan kekurangan diri ini
maafkanlah setiap kesalahan diri
smoga kita bakal bertemu lagi
jika tidak lagi di dunia
moga Allah temukan di syurga

Allah, saksikanlah aku menyayangi mereka kerana-Mu.
insyaAllah.

wallahu'alam

p/s: mood: sedang dilamun rindu pada teman-teman seperjuangan, sahabat-sahabat(baca=perempuan) yang jauh, yang dekat, yang lama tidak bertemu..(yang di mesir, di jordan, di makkah, d utara, selatan, barat, timur semenanjung malaysia,di mana2 sahaja.. sangat2 rindu. moga Allah plihara antunna. uhibbukunna fillah. ana bahibku awi2. :)

Saturday, August 20, 2011

20 Ramadan

Bismilahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah,Allah masih berikan nikmat-Nya yang tak terhingga kepada kita sehingga saat ini.
Alhamdulillah, masih diizinkan bertemu 20 Ramadan pada hari ini.

Doa Hari Kedua Puluh

اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ فِيْهِ أَبْوَابَ الْجِنَانِ وَ أَغْلِقْ عَنِّيْ فِيْهِ أَبْوَابَ النِّيْرَانِ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ يَا مُنْزِلَ السَّكِيْنَةِ فِيْ قُلُوْبِ الْمُؤْمِنِيْنَ

Ya Allah.. Bukakanlah bagiku pintu-pintu Syurga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu Neraka, dan berikanlah kemampuan padaku untuk membaca Al-Quran Wahai Penurun Ketenangan di dalam hati orang-orang Mukmin.





suasana hari ini suram
langit yang biru bertukar mendung
hujan lebat turun membasahi bumi
seakan-akan sedang menangisi
selebat jua rasa di hati


fasa ke2 Ramadan, fasa maghfirah bakal meninggalkan kita
cuba renungkan, tanya iman dan hati,
Di saat Allah membuka pintu keampunan-Nya,
adakah kita benar-benar telah bersungguh-sungguh memohon keampunan pada yang Maha Pengampun
sepatutnya kita all out semampunya memohon keampunan pada-Nya




Wahai Bani Adam, kalian tidaklah sungguh sungguh berdoa dan mengharap padaKu, Aku akan mengampuni dosa-dosa kalian dan Aku tidak peduli. Wahai bani Adam, jikalau dosa kalian mencapai awan di langit, lalu kalian minta ampun kepadaKu, aku akan mengampuni kalian, dan Aku tidak peduli. Wahai Bani Adam, jikalau kalian datang padaKu dgn dosa sebesar ukuran bumi, tetapi kemudian kalian mendatangiKu tanpa berbuat syirik padaKu, maka Aku akan datang padamu dengan ampunan sebesar itu pula.
 (HR At-Tirmidzi)




Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

(Mengemis Kasih : Raihan)

sungguh, Allah Maha Pengampun
Allah Maha Menerima Taubat
Allah Maha Penyayang

kembalilah kepada-Nya.

HIDUPkanlah 10 malam Ramadan yang terakhir sebaiknya
kerana tidak pasti lagi kita akan HIDUP untuk yang seterusnya.

mari berusaha mengejar Lailatul Qadr.
Allahuma balighna Lailatul Qadr
insya-Allah.


<renungan untuk diri sendiri>
wallahu'alam

Monday, August 8, 2011

bagaimana dengan ramadan kita?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
Barang siapa merasa gembira dengan sebab kedatangan bulan Ramadan nescaya Allah Taala mengharamkan jasadnya daripada api neraka.(Hadis riwayat Ahmad)




Masya-Allah, rasa gembira kita yang hadir dalam hati dengan kehadiran Ramadan, boleh menjadi sebab dijauhkan dari azab api neraka. Itu baru perasaan gembira bertemu Ramadan, tidak bersoal lagi tentang ganjaran-ganjaran yang Allah tawarkan di bulan yang mulia ini. Dan memang sewajarnya orang-orang mukmin bergembira dengan kehadiran Ramadan kerana di dalamnya terdapat pelbagai kelebihan. Antaranya, bulan diturunkan Al-Quran, pintu-pintu syurga dibuka seluasnya, pintu-pintu neraka ditutup serapatnya dan istimewa satu malam menyamai kebaikan melebihi 1000 bulan.


berkisar tentang namanya sahaja, sudah cukup istimewa.
apa tidaknya, cuba fikirkan, bulan-bulan Islam yang lain hanyalah disebut satu nama.
tetapi apabila menyebut tentang Ramadan..
pelbagai nama yang dikaitkan dengannya..
*bulan barakah
*bulan rahmah
*bulan Al-Quran
*bulan kesabaran
*Bulan yang mulia
*Bulan pengampunan
dan sebagainya.


istimewa bukan?


tetapi..bagaimana dengan kita?
ada rasa gembira bertemu Ramadan? 

sedangkan para sahabat bersedih hati dan menangis tatkala mengenangkan Ramadan yang berlalu pergi.

tetapi kita?
pernah menangisi Ramadan yang semakin hari meninggalkan kita..?
gembira untuk Syawal yang bakal menjelang..
lebih seronok bertemu Syawal dibandingkan dengan Ramadan..
sama-sama tanya diri.

puasa baru seminggu, tetapi apa dah jadi dengan suasana Ramadan tatkala ini..?


kelmarin, berkesempatan ke sebuah shopping complex
masya-Allah, lagu-lagu yang dimainkan berkisarkan tentang lagu raya..
memenuhi segenap sudut ruang 
memasuki setiap telinga-telinga yang dipasang
dalam hati, alangkah baiknya kalau bacaan-bacaan Al-Quran dipasangkan
atau lagu-lagu nasyid yang mengingatkan tentang Ramadan
bukankah itu lebih baik
baik kepada yang memasang juga yang mendengar
bahkan boleh mendekatkan diri kepada Tuhan
menjadi asbab ganjaran dilipatkan
sayang, andai Ramadan tidak dihidupkan sewajarnya
padahal ia satu bulan yang sangat teristimewa
hanya satu bulan tawaran hebat
berbanding setahun yang dilalui


ihya' Ramadan
mari menghidupkan Ramadan
menghidupkannya dengan cahaya keimanan agar bersinar ketaqwaan


"setiap inci tanah di atas muka bumi ni sangat subur. Sangat subur untuk menanam benih-benih syurga. apatah lagi di Bulan Barakah ini, yang di dalamnya pintu syurga dibuka seluasnya"

wallahu'alam

Sunday, August 7, 2011

Cerpen: Solehah (Part3)..sambungan..

Bismillahirahmanirrahim.
Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur si pencari ini untuk terus mencari.. 
Alhamdulillah, bersyukur atas nikmat-Nya kerana  masih dapat bernafas dalam bulan yang penuh barakah ini..

Alhamdulillah juga masih diberi kudrat untuk menyambung nukilan yang tak seberapa ni.. 

sedutan episod yang lepas..

Dia membaca kembali mesej-mesej yang pernah dihantar olehnya kepada Solehah. Dia beristighfar. Mengenangkan kesilapan yang pernah dilakukannya. Satu-persatu mesej itu dipadam.  Kali ini dia benar-benar tekad. Tekad mengorbankan cinta yang kecil nilainya kepada cinta yang lebih besar nilainya. Ya, demi sebuah cinta yang suci.

Kerana cinta Allah yang kudamba..
Ku tekad untuk lepaskan cinta manusia yg smentara
Yang mungkin mencemarkan cinta suci pada-Nya
Ku pasti dengan cinta Allah
Cinta manusia pasti akan kunjung tiba
Walau hati berat melepaskan
Walau hati sakit merelakan
Ku harus gagahkan jua
Kerana ku lebih ingin merasai nikmatnya
Mencintai Pemilik hati dan cinta
Cinta Allah adalah segalanya
Allah. Allah. Allah.

Mesej-mesej tersebut berjaya dipadam. Terasa berat. Akhir sekali, dia cuba menguatkan hatinya untuk meng‘delete’  nama Solehah dan nombor telefonnya dari memori Sony Ericsson Xperia X10 itu. Tanpa sedar dan di luar kawalan, air mata seorang lelaki tumpah juga akhirnya. Bukan air mata kecewa dan kehilangan, tetapi air mata ketenangan dan keinsafan. Ya, air mata pengorbanan dan keikhlasan. Pengorbanan untuk satu cinta. Satu cinta hamba.

Bidadariku,
Ku lepaskanmu pergi,
Jauh dariku,
Maafkan aku,
Kerana cintaku pada Pemilikku,
Lebih besar dari cintaku padamu,
Andai suatu hari nanti,
Engkau yang ditakdirkan Allah buatku,
Aku akan bawamu terbang ke syurga,
Bersama cinta tulus kerana-Nya,
Andai tertulis Engkaubukan milikku,
Akan ku reda dengan ketentuan-Nya,
Sesungguhnya hanya Dia yang tahu segala sesuatu.

(Part 3)
Fakhih terasa tenang. Azamnya itu berjaya juga ditekadkannya. Alhamdulillah, syukurnya pada Allah.

Tiba-tiba telefon bimbitnya bernada dering menandakan ada satu mesej masuk. Dicapainya telefon bimbitnya.

“Ya Allah..”
“Masya-Allah..”

Tiada kata lain yang mampu diungkapkannya tatkala itu.
Apa tidaknya, dia terkejut sebaik sahaja melihatkan kepada susunan angka nombor yang sangat-sangat dikenalinya pada skrin telefon bimbitnya itu. Nombor yang baru sahaja dipadamkannya. Ya, kepunyaan  Solehah.

“Ya Allah, aku tahu Engkau ingin mengujiku, ku mohon kiranya aku mampu melaksanakan janjiku yang telah kuukirkan buat-Mu. Kuatkanlah Aku, sesungguhnya tiada daya melainkan dari Engkau Yang Maha Agung..”

Dia membaca mesej Solehah..

Assalamualaikum..maaf.
Ana nk bgtau yg ana akn brlepas ke Jordan slpas raya naty..
Ana cuma nk mintak maaf atas kata yang ana ungkapkan, salah silap ana.
Doakan ana. Barakallahufika.
Ana mutassifa.
Jazakallah.

“Insya-Allah, moga Allah permudahkan langkahmu, Solehah..”berbisik Fakhih dalam hatinya.

Dia ingin membalas. Tetapi bukankah dia sudah bertekad?
Ya, kerana tekadnya itu dia lupakan hasratnya itu untuk memanjangkan bicara.
Biarlah doanya sahaja dipanjangkan kepada Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


Wksalam..maaf. ni no siapa ye?
Awak knal ana ke?


Fakhih membalas ringkas mesej yang diterimanya dari Solehah.  Dia cuba tekadkan hatinya dan dirinya untuk menghantar mesej itu pada Solehah. Tidak mungkin dia tidak kenal lagi pada nombor-nombor itu meskipun nombor  telefon Solehah sudah dideletekannya. Apatah lagi nombor itu agak unik lebih-lebih lagi ternyata bukan mudah baginya untuk mendapatkan nombor telefon Solehah.  Walau dia mampu mengdeletenama dan nombor Solehah dari memori telefon bimbitnya, begitu juga dia ingin mudah mengdeletekan pemilik nama Solehah dari memori ingatannya tapi ternyata ianya bukan sesuatu yang mudah.

“message sent”

Fakhih menarik nafas panjang. Setekad hatinya begitu juga sebulat tindakannya. Walau dia terpaksa menipu, hakikatnya dia tidak mampu membohongi diri dan hatinya. Tetapi dia begitu sedar, dia harus melepaskan. Biar hatinya sedikit terluka, dia tahu apa yang sedang dilakukannya itu benar. Ya, demi mencari redha Ilahi. Itulah yang menjadi kekuatannya ketika itu.


Solehah pula tersenyum sebaik menerima mesej daripada Fakhih. Dia bersyukur. Dia sedikit pun tidak ambil hati dengan itu. Walaupun pada mulanya, dia seperti sedikit kehairanan menerima mesej dari Fakhih yang mengatakan seolah-olah dia tidak kenal lagi pada pemilik nombor itu, tetapi ternyata terselit sedikit rasa kesyukuran dalam hati kecilnya. Walaupun begitu,  masih terpalit satu perasaan yang berbekas di hatinya. Solehah sendiri kurang pasti perasaan itu.

“Ya Allah, apa yang aku rasakan ini? Adakah aku sedih andai dia tidak lagi akan hadir dalam hari-hariku? Adakah aku sedih andai dia akan terus melupakanku. Bukankah itu yang aku inginkan dan harap-harapkan selama ini, dalam doa dan pengharapanku pada malam hariku kepada-Mu,Ya Allah..”

“Bukankah aku juga meminta agar melupakan dia malah sesiapa sahaja yang bisa menghalang cintaku pada-Mu..Astaghfirullahal’azim.. Ya Allah, kuatkanlah hatiku. Sesungguhnya Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui dan amat-amat mengetahui bahawa hati ini tidak ingin memalingkan cinta yang ada untuk-Mu..”monolog seorang hamba pada Tuhannya. Tanpa sedar, ada titisan air yang jatuh menyusuri pipinya. Air mata keinsafan cinta buat Pemilik Cinta.

“Alhamdulillah..Engkau mendengarkan suara hati ku selama ini Ya Allah. Moga saat ini dan saat-saat yang akan mendatang, cintaku kepada-Mu semakin utuh bersulam rindu.insyaAllah..”

“Ya Allah, aku memohon cinta kepada-Mu, cinta orang yang mencintai diri-Mu, dan perbuatan yang membawaku kepada cinta-Mu..”

“Alhamdulillah..rupanya dia dah ‘delete’ nombor aku. Biar diri ini terdelete terus dari hidupnya. Mungkin ini yang terbaik. Insya-Allah.”


Aku, seorang hamba
Yang juga punyai rasa di hat.
Seperti insan lain yang ingin diwarnai cinta
Aku, tidak nafikan semua itu
Sedangkan cinta itu fitrah manusia
Terkadang ku ingin mencari
Terkadang ia bertandang sendiri
Terkadang ia hadir menyapa
Terkadang ku hanya biarkan sahaja
Walaupun hakikatnya semua itu
Yang lebih penting bagiku adalah redha-Mu
ya Allah

Ku puas mencari erti dan makna cinta sejati
Tak ku temui melainkan kutemukan pada-Mu
Tiap waktu Engkau sentiasa mendengarkan
Tiap ketika, Engkau sentisa menemani
Tiap saat, Engkau memberiku nikmat-Mu
Tiap kali, Engkau mendengar rintihan hatiku
Manakan lagi kan ku temui cinta yang indah ini
Wahai Tuhan Pemilik Cinta

Biar terkadang aku hanya mendiamkan
Perasaan yang semakin bersarang
Ku akui, bukan mudah untuk ku singkirkan
Tetapi, mengenang cinta-Mu yang ku cari selama ini..
Ku tekad untuk mengikis rasa itu
Biarlah aku hanya melihat
Mereka yang merasai cinta berpasangan
Apa makna cinta tanpa berlandaskan pada Ilahi?

Namun cukuplah aku hanya dengan-Mu
Kerna ku ingin terus  menguatkan cintaku pada-Mu
Kerna ku ingin Engkau temukan aku
Dengan insan yang juga mencintai-Mu
Agar  bertambah kekuatanku dalam mencintai-Mu
Dia,yang telah Engkau takdirkan untukku
Sejak dari lahirku di dunia-Mu
Inilah suara hatiku
Mengadu hanya kepada-Mu


“Solehah?” satu suara menyapanya.

Solehah tersedar dari lamunannya sebaik sahaja sahabatnya, Humaira’ memanggilnya. Cepat-cepat dia mengesat air mata yang berbaki di wajahnya itu. Tidak ingin dikesan.

“ya ukhti, ada apa ya?”

“Oowh..xda apa-apa, saje ana tegur, tengok enti termenung sorang-sorang.. haa..tengah ingat orang kat mane tu?”usik Humaira’ sengaja menghiburkan suasana.

“Ada la..mana boleh bagitau..secret la..hehe..” balas Solehah sebagai respon.

“Oow..sekarang ni dah pandai berahsia ye..? Emm..bagaimanakah agaknya gerangannya si lelaki soleh tu ya?” Humaira’ bergurau lagi.

“Isyh..enti ni.. tak ada la. Tak ada sesiapa pun.  Ana? Kalau ana, sudah semestinya ana letakkan agama yang ada padanya sebagai  syarat yang pertama. Dan barulah yang 3 lagi menyusul. Lagi, point tambahan, seseorang yang menyerahkan seluruh kehidupannya di jalan Allah dan mencintai perjuangan dakwah. Sebab ana nak jadi sayap kiri perjuangannya. Tapi..” Solehah menyimpan baki perkataannya. Dibiarkannya bergantung.

“Tapi? Tapi apanya enti..?”Humaira’ ingin mendapatkan pasti.

“Tapi ana seolah bermimpi kan..? kita akan dapat seperti apa yang kita usaha. Diri tak sehebat mana,impikan seseorang yang hebat dan soleh pulak. Allah janji perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..nampaknya kena ukur baju di badan sendiri dulu. Macam jauh je lagi nak capai jadi wanita solehah. Lepas tu baru berangan.hehe.. Emm..asyik tanya ana ja, enti pulak?”

“Emm..sama. Dia,yang hebat dalam dakwah, yang hebat dalam menyampaikan, yang hidup untuk Islam, yang baik budi pekerti, yang dihormati orang lain, yang zuhud dengan dunia.. boleh dikatakan macam Farhan. Oppss..” Humaira’ berceloteh dengan bersemangat sehingga dirasakannya ada sesuatu yang terlepas dari percakapannya. Merah padam mukanya tika itu.

“Farhan?” Solehah mengulang inginkan kepastian pendengarannya tadi.

“Enti, abaikan..ana cuma cakap ciri-ciri yang ada padanya, ana tak cakap yang ana suka kat dia.. tak,tak..tak maksudkan macam tu pun.” Humaira’ menjelaskan seolah-olah ingin mengcover sesuatu. Cemas.

“Ada ana kata apa-apa? Ana tak cakap enti suka dia pun..kan?” Solehah menjeling manja,ingin mengusik. Dia  seperti tahu apa yang ada di hati sahabatnya itu.

…….
Terkantoi..  rahsia hati yang selama ini disimpan, akhirnya terlepas bebas dari sarangan. Humaira’ diam, menundukkan sedikit kepalanya. Mungkin malu apabila rahsia hatinya diketahui sahabatnya.

“Enti, tak salah pun admire seseorang, jatuh hati atau sebagainya. Itukan fitrah. Cinta itu fitrah manusia. Allah ciptakan makhluk berpasangan. Dan cinta itu perlu dibimbing dengan syariat Allah. Betul tak?” Solehah bersuara ingin menutup suasana sepi.

“Betul sangat. Ana boleh bohong enti, tapi ana tak dapat nak bohong hati ana. Itu perkara lama, ana tak nak biar bersarang lagi di hati. Fokus cinta ana sekarang ni, cinta Dia. Cuma ana selalu berdoa, andai dia jodoh ana,ana mohon Allah dekatkan dan pertemukan hati. Kalau tak, ana mohon kekuatan untuk redha dengan ketentuan Allah.insya-Allah.”

“Enti? Tak kan tak pernah mengharapkan sesiapa?” Humaira’ pula bertanya seolah ingin mencungkil rahsia sahabatnya pula.

“Emm..entah. kalau ana mengharapkan sesiapa pun, belum tentu dia jodoh ana. Falsafah ana, ana tak nak mencari, tetapi nak menjadi. Menjadi si solehah untuk si soleh. Sebab ana hanya yakin dengan janji Allah dan serahkan urusan dunia akhirat ana pada Allah yang lebih mengetahui. Kalau ada sekalipun, terpaksa remove cepat-cepat.hehe..takut ana pada Allah.”

“Moga Allah jodohkan sahabat baik ana ni dengan lelaki yang soleh yang terbaik untuk enti. Dah,cukup. Tak nak bangkitkan lagi isu ni.Tukar topik lain.” Sambung Solehah lagi. Dia tidak ingin terus berbicara soal ini.

“Amin..ya.. ok. Enti, apa kata kita tukar topik pasal kahwin tyme study nak?hehe..

“Enti!!!!!” Solehah menjeling tajam.

“Hehe.. Ana gurau ja..ok,ok. Tiada lagi topik macam ni lagi yang akan berbangkit. Noktah. Puas hati?hehe..”

Solehah hanya tersenyum. Angguk tanda setuju.



***********************************************************


Pada petang Sabtu itu, Fakhih dan Farhan keluar ke tasik bersama. Apa lagi, seperti selalu dan kebiasaannya aktiviti utama mereka pergi ke lubuk ikan itu tidak lain tidak bukan adalah untuk memancing. Itulah aktiviti dua orang sahabat baik itu apabila Allah berikan kelapangan masa buat mereka. Menguji kesabaran, mendapat rezeki, melihat alam dan kekuasaan Allah dan yang paling utama, mengeratkan persaudaraan dan persahabatan yang terjalin antara dua jiwa itu.

“Alhamdulillah, banyak juga ikan yang kita dapat hari ini kan? Hari pun dah nak senja ni. Nanti nak bersiap-siap ke masjid pula.” Farhan bersuara memecah kesunyian petang itu.

Alhamdulillah rezeki Allah. Boleh la kita simpan stok ikan ni sampai bulan Ramadan nanti nampak gayanya..hehe.. eh, masih awal lagi la..baru pukul 6.15” Fakhih pula menjawab.

“Empat hari lagi Ramadan. Masya-Allah, tak sabarnya. Moga masih dipanjangkan umur. Insya-Allah.”

“insya-Allah. Amin..”

“Enta, I’ve something  to tell you.”Farhan ingin mengkhabarkan sesuatu pada sahabatnya itu. Semacam suatu yang besar.

“Apa? Eh..macam tak biasa pulak..cakap la..”

“Tapi ana malu la pulak..haha.”

“Malu pulak. Takde..takde..cakap cepat.. enta ni lain macam ja..selalunya ana tak suruh cakap pun dah cakap macam-macam..hehe..”

“Ye la..insya-Allah. But this is a secret between us only okay! Ana ada hajat. Hajat yang ana nak sampaikan pada seseorang.. insya-Allah ana nak mengkhitbah…”

Waa..enta! maju jugak enta ni ye..kalah ana..haha. Betul ke ni? Dengan siapa.. siapa enta? Bagitau la siapa orangnya yang berjaya mencuri hati sahabat ana ni..” Fakhih memintas lantas memotong kata-kata sahabatnya itu. Dia juga tersenyum lebar  juga turut berkongsi kegembiraannya dengan sahabat baiknya itu.

“Dengan….”

“Siapa enta? Cepatla..”

“Dengan..insya-Allah. Solehah….”

“Ye la..ana tahu la sudah tentu la perempuan tu seorang yang solehah kan?..tapi siapa?” Fakhih seperti terburu-buru ingin mengetahuinya.

“Solehah.” Jawab Farhan ringkas.

“Solehah? Solehah..?? Solehah Mawaddah??” Fakhih agak terkejut. Air mukanya sedikit berubah.

“Insya-Allah. Ya, seorang insan yang diberi nama Solehah Mawaddah” jawab Farhan tenang.

Fakhih terasa sukar untuk menerima kalimat yang keluar dari bibir sahabatnya itu.
“Ya Allah, kuatkanlah aku..”getus hati kecilnya.

Entah mengapa jawapan yang keluar dari bibir Farhan terasa seperti satu tikaman yang menembusi jantungnya. Tajam. Pedih.

“Fakhih? Enta kenapa? Enta ok?”

……………………………………..

Fakhih tidak lagi bersuara, seolah-olah lidahnya kelu untuk mengatakan sesuatu.

“Enta, ke enta pun ada hajat yang sama pada Solehah? Takpe..enta cakap je..”

“Eh..eh.. takde lah..  entah, tiba-tiba ana terkejut. Terkejut sebab enta bagitau ana berita gembira kot. Lebih-lebih la nanti enta mesti dah kurang masa bersama dengan ana..hehe.. tahniah!” Fakhih cuba mengembirakan suasana walau hakikat hatinya tidak begitu.

Perasaannya dicuba untuk diselindungkan, tidak mahu Farhan dapat menghidunya. Tidak. Farhan tidak boleh tahu tentang isi hatinya. Yang penting baginya, sahabatnya. Dia rela mengetepikan kepentingan dirinya semata-mata untuk sahabat yang dia kasihi kerana Allah. Bukankah ithar itu setingi-tinggi maratabat dalam berukhwah?

“Betul?..  syukran.. tetapi itu baru hajat ana. Belum lagi ana sampaikan. Tak tahulah sama ada diterima atau tidak.. enta tolong doakan untuk ana ya? Emm..apa pendapat enta?”

“Insya-Allah..doa ana pada Allah, sentiasa ada untuk sahabat ana. Pendapat? Emm..ana rasa dia memang seorang wanita yang baik. insya-Allah enta juga.  Nampaknya macam bagai pinang dibelah dua. Sama padan, sama soleh, sama hebat dalam dakwah. Insya-Allah.  Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik kan? Kalau dia yang terbaik untuk enta, insya-Allah dialah yang Allah tentukan untuk enta. Enta pun, teruskan memohon yang terbaik dari Allah.” Fakhih bersuara.

“Syukran enta. Terharu ana. Enta pulak macamana? “

“Ana? Kenapa dengan ana? Ooh..ya..ya.. faham-faham..hehe.. im single, im okay! Im happy!.. haha.. Single but with love to Allah..itu dah cukup buat ana. insya-Allah.”

“Insya-Allah. Ana kalau boleh nak cepatkan urusan ni. Sebab Solehah lagipun dah nak berangkat ke Jordan. Benda baik patut dipercepatkan. Risau nanti, ada orang yang masuk line pulak. Apa-apa pun ana tawakal pada Allah. Insya-Allah.”

“Insya-Allah.”

“Ok la enta, terima kasih banyak-banyak ye.. ana nak mintak diri dulu ni. Ada hal sedikit. Nanti Maghrib pulak. Nanti insyaAllah kita jumpa lagi ya.ikan-ikan tu semua, enta je la yang bawa pulang. Ana nak ke tempat lain nanti.”Farhan minta izin untuk mengundur diri.

“ok, Alhamdulillah,rezeki ana Allah bagi banyak hari ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi dengan ana. Insya-Allah bila-bila jumpa lagi ya.. Ma’asalamah.” Respon Fakhih sambil melihat Farhan yang menghampiri motosikal miliknya.

Farhan berlalu pergi, tapi Fakhih masih berdiri kaku di situ. Fakhih terdiam. Tiada reaksi. Perasaan apakah ini? Dia sendiri kurang pasti. Andai bisa hatinya bersuara, sudah tentu dia tahu apa yang tersimpan di benaknya itu. Perasaan yang berbaur rasa antara perasaan gembira untuk sahabatnya atau sedih tentang sesuatu. Sesuatu yang membuatkannya terasa kehilangan.

Astaghfirullahal‘azim..
Apa yang patut aku buat? Adakah aku harus bertindak cepat? Aku juga punya hajat yang sama. Tetapi sengaja aku tangguhkan sementara untuk aku menjadi hamba yang lebih baik, menguatkan cinta pada Allah dan mempersiapkan diri dengan iman dan ilmu sebelum bunga inginku sunting. Akan aku biarkan sahaja semua itu berlalu?. Menyerahkan segalanya pada takdir tanpa berusaha?  Nampaknya aku juga harus bertindak! Ya..mesti!


Bersambung…

Akan datang, dengan izin Allah..

Apa yang bakal berlaku? Adakah fakhih bertindak memberanikan diri untuk mencuba..atau benar-benar pasrah dengan takdir? Bukankah dia ingin melupakan Solehah, tapi di saat bunga bakal disunting orang, akan dibiarkan sahaja ia berlaku tanpa usaha? Tapi, bagaimana dengan sahabat baiknya? Sanggupkah dia memintas dan menjadi saingannya atau meredhakan yang terbaik untuk sahabatnya dan sanggup mengetepikan kepentingan diri?

Dan Solehah..Saat hajat Farhan bakal terungkap, bagaimana dengan jawapannya?  Dan bagaimanakah dengan persaan sahabat baiknya, Humaira’ andai dia dapat tahu tentang hajat Farhan pada Solehah? Bukankah dia juga pernah menyimpan hasrat dan hati pada insan itu suatu ketika dahulu? Solehah bakal memilih untuk menjaga hati Humaira’ atau pada hasrat suci yang murni? Tatkala seorang insan yang dia redha terhadap agamanya datang melamarnya, akan dia biarkan tidak memberi jawapan? Bukankah itu syarat yang utama baginya?Andai Fakhih muncul kembali setelah dia pergi, bagaimana kesudahan pilihan sekeping hati milik Solehah? Atau istikharah penentu segalanya….

persolan ini bakal terjawab dalam episod yang akan datang.. :)
dengan izin Allah, kalau ada la..kalau tak ada, sila jawab sendiri la ye..

p/s: insyaAllah, kalau ada sambungannya, insyaAllah selepas raya nanti untuk memberi ruang pada bulan Ramadan. :) maaf, cerita yang meleret dan tidak menarik. masih belajar menulis. 

Wednesday, August 3, 2011

Ramadan yang berlalu pergi~~

Bismillahirrahmanirrahim~

Ramadan berlalu lagi sehari demi sehari..
tiba hari ini, 4 ramadan telah memenuhi..
hati sayu bersukur ke hadrat Ilahi..
masih dapat memanjangkan ibadat puasa lagi..
masih diberikan kesempatan untuk memperbaiki diri..
terasa sungguh singkat hari yang berganti..
hakikatnya, Ramadan tetap akan berlalu pergi..
walau terasa masih lama lagi..
dalam 25/26 hari yang masih berbaki..
mungkin ada yang berkata"ala..masih lambat lagi.."
mungkin ada yang sedang menangisi
masa yang terasa sungguh singkat yang akan dilalui..

sungguh, Ramadan pasti akan tiba lagi..
tetapi, adakah kita tatkala itu masih dibumi..
atau status ditukar buat pemilik diri..
dari hidup ke mati..
sungguh, tiada ilmu tentang itu pada diri..
cuma, hanya ada pada-Nya rahsia alam ini..
ayuh tanya diri..
dah cukup baikkah ramadan setakat ini..
andai belum, masih berpeluang saat ini..
andai sudah, tambahkan lagi demi redha Ilahi..
andai ini ramadan yang terakhir kali..
layakkah kita ber'aidilfitri' sepuas hati?



Doa hari ke-4 Ramadan~~
Yaa Allah! Berikanlah Kekuatan Kepada Ku, Untuk Menegakkan Perintah-Perintah-Mu, Dan Berilah Aku Manisnya Berdzikir Mengingat-Mu.Berilah Aku Kekuatan Untuk Menunaikan Syukur Kepada-Mu, DenganKemuliaan-Mu. Dan Jagalah Aku Dengan Penjagaan-Mu Dan Perlindungan-
Mu, Wahai Dzat Yang Maha Melihat.

moga Ramadan hari ini lebih baik~insyaAllah. 
^__^

wallahu'alam.





Monday, August 1, 2011

5 Bonus Khas Ramadan

Bismillahirrahmanirrahim~
Alhamdulillah, Allah masih memberi pinjaman buat diri ini untuk bernafas di muka Bumi milik-Nya ini.
dan Alhamdulillah, dengan izin-Nya,  dapat juga memecah kekakuan setelah sebulan menyepi.


5 Bonus Khas Ramadan
Ramadhan Kareem by AbuAmar~Devian Art.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
" Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadan iaitu:
  1. Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.
  2. Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
  3. Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman: 'Hampir-hampir hamba-hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu'. (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)
  4. Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadan.
  5. Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya). Mengenai yang ke 5 ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda S.A.W.: Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?' Baginda menjawab: "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya.(Riwayat Ahmad).                                 <petikan dari majalah SOLUSI isu 34>


Mari kita rebut promosi yang Allah tawarkan buat kita~
Jadikan Bulan Ramadhan ini sebagai Pesta Ibadah~

sama-sama kita usahakan,insya-Allah

Allahu Akram ^^
wallahu'alam