Ramadan berlalu lagi sehari demi sehari..
tiba hari ini, 4 ramadan telah memenuhi..
hati sayu bersukur ke hadrat Ilahi..
masih dapat memanjangkan ibadat puasa lagi..
masih diberikan kesempatan untuk memperbaiki diri..
terasa sungguh singkat hari yang berganti..
hakikatnya, Ramadan tetap akan berlalu pergi..
walau terasa masih lama lagi..
dalam 25/26 hari yang masih berbaki..
mungkin ada yang berkata"ala..masih lambat lagi.."
mungkin ada yang sedang menangisi
masa yang terasa sungguh singkat yang akan dilalui..
sungguh, Ramadan pasti akan tiba lagi..
tetapi, adakah kita tatkala itu masih dibumi..
atau status ditukar buat pemilik diri..
dari hidup ke mati..
sungguh, tiada ilmu tentang itu pada diri..
cuma, hanya ada pada-Nya rahsia alam ini..
ayuh tanya diri..
dah cukup baikkah ramadan setakat ini..
andai belum, masih berpeluang saat ini..
andai sudah, tambahkan lagi demi redha Ilahi..
andai ini ramadan yang terakhir kali..
layakkah kita ber'aidilfitri' sepuas hati?
Doa hari ke-4 Ramadan~~
Yaa Allah! Berikanlah Kekuatan Kepada Ku, Untuk Menegakkan Perintah-Perintah-Mu, Dan Berilah Aku Manisnya Berdzikir Mengingat-Mu.Berilah Aku Kekuatan Untuk Menunaikan Syukur Kepada-Mu, DenganKemuliaan-Mu. Dan Jagalah Aku Dengan Penjagaan-Mu Dan Perlindungan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Melihat.
moga Ramadan hari ini lebih baik~insyaAllah.
^__^
wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment