Sunday, August 7, 2011

Cerpen: Solehah (Part3)..sambungan..

Bismillahirahmanirrahim.
Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur si pencari ini untuk terus mencari.. 
Alhamdulillah, bersyukur atas nikmat-Nya kerana  masih dapat bernafas dalam bulan yang penuh barakah ini..

Alhamdulillah juga masih diberi kudrat untuk menyambung nukilan yang tak seberapa ni.. 

sedutan episod yang lepas..

Dia membaca kembali mesej-mesej yang pernah dihantar olehnya kepada Solehah. Dia beristighfar. Mengenangkan kesilapan yang pernah dilakukannya. Satu-persatu mesej itu dipadam.  Kali ini dia benar-benar tekad. Tekad mengorbankan cinta yang kecil nilainya kepada cinta yang lebih besar nilainya. Ya, demi sebuah cinta yang suci.

Kerana cinta Allah yang kudamba..
Ku tekad untuk lepaskan cinta manusia yg smentara
Yang mungkin mencemarkan cinta suci pada-Nya
Ku pasti dengan cinta Allah
Cinta manusia pasti akan kunjung tiba
Walau hati berat melepaskan
Walau hati sakit merelakan
Ku harus gagahkan jua
Kerana ku lebih ingin merasai nikmatnya
Mencintai Pemilik hati dan cinta
Cinta Allah adalah segalanya
Allah. Allah. Allah.

Mesej-mesej tersebut berjaya dipadam. Terasa berat. Akhir sekali, dia cuba menguatkan hatinya untuk meng‘delete’  nama Solehah dan nombor telefonnya dari memori Sony Ericsson Xperia X10 itu. Tanpa sedar dan di luar kawalan, air mata seorang lelaki tumpah juga akhirnya. Bukan air mata kecewa dan kehilangan, tetapi air mata ketenangan dan keinsafan. Ya, air mata pengorbanan dan keikhlasan. Pengorbanan untuk satu cinta. Satu cinta hamba.

Bidadariku,
Ku lepaskanmu pergi,
Jauh dariku,
Maafkan aku,
Kerana cintaku pada Pemilikku,
Lebih besar dari cintaku padamu,
Andai suatu hari nanti,
Engkau yang ditakdirkan Allah buatku,
Aku akan bawamu terbang ke syurga,
Bersama cinta tulus kerana-Nya,
Andai tertulis Engkaubukan milikku,
Akan ku reda dengan ketentuan-Nya,
Sesungguhnya hanya Dia yang tahu segala sesuatu.

(Part 3)
Fakhih terasa tenang. Azamnya itu berjaya juga ditekadkannya. Alhamdulillah, syukurnya pada Allah.

Tiba-tiba telefon bimbitnya bernada dering menandakan ada satu mesej masuk. Dicapainya telefon bimbitnya.

“Ya Allah..”
“Masya-Allah..”

Tiada kata lain yang mampu diungkapkannya tatkala itu.
Apa tidaknya, dia terkejut sebaik sahaja melihatkan kepada susunan angka nombor yang sangat-sangat dikenalinya pada skrin telefon bimbitnya itu. Nombor yang baru sahaja dipadamkannya. Ya, kepunyaan  Solehah.

“Ya Allah, aku tahu Engkau ingin mengujiku, ku mohon kiranya aku mampu melaksanakan janjiku yang telah kuukirkan buat-Mu. Kuatkanlah Aku, sesungguhnya tiada daya melainkan dari Engkau Yang Maha Agung..”

Dia membaca mesej Solehah..

Assalamualaikum..maaf.
Ana nk bgtau yg ana akn brlepas ke Jordan slpas raya naty..
Ana cuma nk mintak maaf atas kata yang ana ungkapkan, salah silap ana.
Doakan ana. Barakallahufika.
Ana mutassifa.
Jazakallah.

“Insya-Allah, moga Allah permudahkan langkahmu, Solehah..”berbisik Fakhih dalam hatinya.

Dia ingin membalas. Tetapi bukankah dia sudah bertekad?
Ya, kerana tekadnya itu dia lupakan hasratnya itu untuk memanjangkan bicara.
Biarlah doanya sahaja dipanjangkan kepada Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


Wksalam..maaf. ni no siapa ye?
Awak knal ana ke?


Fakhih membalas ringkas mesej yang diterimanya dari Solehah.  Dia cuba tekadkan hatinya dan dirinya untuk menghantar mesej itu pada Solehah. Tidak mungkin dia tidak kenal lagi pada nombor-nombor itu meskipun nombor  telefon Solehah sudah dideletekannya. Apatah lagi nombor itu agak unik lebih-lebih lagi ternyata bukan mudah baginya untuk mendapatkan nombor telefon Solehah.  Walau dia mampu mengdeletenama dan nombor Solehah dari memori telefon bimbitnya, begitu juga dia ingin mudah mengdeletekan pemilik nama Solehah dari memori ingatannya tapi ternyata ianya bukan sesuatu yang mudah.

“message sent”

Fakhih menarik nafas panjang. Setekad hatinya begitu juga sebulat tindakannya. Walau dia terpaksa menipu, hakikatnya dia tidak mampu membohongi diri dan hatinya. Tetapi dia begitu sedar, dia harus melepaskan. Biar hatinya sedikit terluka, dia tahu apa yang sedang dilakukannya itu benar. Ya, demi mencari redha Ilahi. Itulah yang menjadi kekuatannya ketika itu.


Solehah pula tersenyum sebaik menerima mesej daripada Fakhih. Dia bersyukur. Dia sedikit pun tidak ambil hati dengan itu. Walaupun pada mulanya, dia seperti sedikit kehairanan menerima mesej dari Fakhih yang mengatakan seolah-olah dia tidak kenal lagi pada pemilik nombor itu, tetapi ternyata terselit sedikit rasa kesyukuran dalam hati kecilnya. Walaupun begitu,  masih terpalit satu perasaan yang berbekas di hatinya. Solehah sendiri kurang pasti perasaan itu.

“Ya Allah, apa yang aku rasakan ini? Adakah aku sedih andai dia tidak lagi akan hadir dalam hari-hariku? Adakah aku sedih andai dia akan terus melupakanku. Bukankah itu yang aku inginkan dan harap-harapkan selama ini, dalam doa dan pengharapanku pada malam hariku kepada-Mu,Ya Allah..”

“Bukankah aku juga meminta agar melupakan dia malah sesiapa sahaja yang bisa menghalang cintaku pada-Mu..Astaghfirullahal’azim.. Ya Allah, kuatkanlah hatiku. Sesungguhnya Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui dan amat-amat mengetahui bahawa hati ini tidak ingin memalingkan cinta yang ada untuk-Mu..”monolog seorang hamba pada Tuhannya. Tanpa sedar, ada titisan air yang jatuh menyusuri pipinya. Air mata keinsafan cinta buat Pemilik Cinta.

“Alhamdulillah..Engkau mendengarkan suara hati ku selama ini Ya Allah. Moga saat ini dan saat-saat yang akan mendatang, cintaku kepada-Mu semakin utuh bersulam rindu.insyaAllah..”

“Ya Allah, aku memohon cinta kepada-Mu, cinta orang yang mencintai diri-Mu, dan perbuatan yang membawaku kepada cinta-Mu..”

“Alhamdulillah..rupanya dia dah ‘delete’ nombor aku. Biar diri ini terdelete terus dari hidupnya. Mungkin ini yang terbaik. Insya-Allah.”


Aku, seorang hamba
Yang juga punyai rasa di hat.
Seperti insan lain yang ingin diwarnai cinta
Aku, tidak nafikan semua itu
Sedangkan cinta itu fitrah manusia
Terkadang ku ingin mencari
Terkadang ia bertandang sendiri
Terkadang ia hadir menyapa
Terkadang ku hanya biarkan sahaja
Walaupun hakikatnya semua itu
Yang lebih penting bagiku adalah redha-Mu
ya Allah

Ku puas mencari erti dan makna cinta sejati
Tak ku temui melainkan kutemukan pada-Mu
Tiap waktu Engkau sentiasa mendengarkan
Tiap ketika, Engkau sentisa menemani
Tiap saat, Engkau memberiku nikmat-Mu
Tiap kali, Engkau mendengar rintihan hatiku
Manakan lagi kan ku temui cinta yang indah ini
Wahai Tuhan Pemilik Cinta

Biar terkadang aku hanya mendiamkan
Perasaan yang semakin bersarang
Ku akui, bukan mudah untuk ku singkirkan
Tetapi, mengenang cinta-Mu yang ku cari selama ini..
Ku tekad untuk mengikis rasa itu
Biarlah aku hanya melihat
Mereka yang merasai cinta berpasangan
Apa makna cinta tanpa berlandaskan pada Ilahi?

Namun cukuplah aku hanya dengan-Mu
Kerna ku ingin terus  menguatkan cintaku pada-Mu
Kerna ku ingin Engkau temukan aku
Dengan insan yang juga mencintai-Mu
Agar  bertambah kekuatanku dalam mencintai-Mu
Dia,yang telah Engkau takdirkan untukku
Sejak dari lahirku di dunia-Mu
Inilah suara hatiku
Mengadu hanya kepada-Mu


“Solehah?” satu suara menyapanya.

Solehah tersedar dari lamunannya sebaik sahaja sahabatnya, Humaira’ memanggilnya. Cepat-cepat dia mengesat air mata yang berbaki di wajahnya itu. Tidak ingin dikesan.

“ya ukhti, ada apa ya?”

“Oowh..xda apa-apa, saje ana tegur, tengok enti termenung sorang-sorang.. haa..tengah ingat orang kat mane tu?”usik Humaira’ sengaja menghiburkan suasana.

“Ada la..mana boleh bagitau..secret la..hehe..” balas Solehah sebagai respon.

“Oow..sekarang ni dah pandai berahsia ye..? Emm..bagaimanakah agaknya gerangannya si lelaki soleh tu ya?” Humaira’ bergurau lagi.

“Isyh..enti ni.. tak ada la. Tak ada sesiapa pun.  Ana? Kalau ana, sudah semestinya ana letakkan agama yang ada padanya sebagai  syarat yang pertama. Dan barulah yang 3 lagi menyusul. Lagi, point tambahan, seseorang yang menyerahkan seluruh kehidupannya di jalan Allah dan mencintai perjuangan dakwah. Sebab ana nak jadi sayap kiri perjuangannya. Tapi..” Solehah menyimpan baki perkataannya. Dibiarkannya bergantung.

“Tapi? Tapi apanya enti..?”Humaira’ ingin mendapatkan pasti.

“Tapi ana seolah bermimpi kan..? kita akan dapat seperti apa yang kita usaha. Diri tak sehebat mana,impikan seseorang yang hebat dan soleh pulak. Allah janji perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..nampaknya kena ukur baju di badan sendiri dulu. Macam jauh je lagi nak capai jadi wanita solehah. Lepas tu baru berangan.hehe.. Emm..asyik tanya ana ja, enti pulak?”

“Emm..sama. Dia,yang hebat dalam dakwah, yang hebat dalam menyampaikan, yang hidup untuk Islam, yang baik budi pekerti, yang dihormati orang lain, yang zuhud dengan dunia.. boleh dikatakan macam Farhan. Oppss..” Humaira’ berceloteh dengan bersemangat sehingga dirasakannya ada sesuatu yang terlepas dari percakapannya. Merah padam mukanya tika itu.

“Farhan?” Solehah mengulang inginkan kepastian pendengarannya tadi.

“Enti, abaikan..ana cuma cakap ciri-ciri yang ada padanya, ana tak cakap yang ana suka kat dia.. tak,tak..tak maksudkan macam tu pun.” Humaira’ menjelaskan seolah-olah ingin mengcover sesuatu. Cemas.

“Ada ana kata apa-apa? Ana tak cakap enti suka dia pun..kan?” Solehah menjeling manja,ingin mengusik. Dia  seperti tahu apa yang ada di hati sahabatnya itu.

…….
Terkantoi..  rahsia hati yang selama ini disimpan, akhirnya terlepas bebas dari sarangan. Humaira’ diam, menundukkan sedikit kepalanya. Mungkin malu apabila rahsia hatinya diketahui sahabatnya.

“Enti, tak salah pun admire seseorang, jatuh hati atau sebagainya. Itukan fitrah. Cinta itu fitrah manusia. Allah ciptakan makhluk berpasangan. Dan cinta itu perlu dibimbing dengan syariat Allah. Betul tak?” Solehah bersuara ingin menutup suasana sepi.

“Betul sangat. Ana boleh bohong enti, tapi ana tak dapat nak bohong hati ana. Itu perkara lama, ana tak nak biar bersarang lagi di hati. Fokus cinta ana sekarang ni, cinta Dia. Cuma ana selalu berdoa, andai dia jodoh ana,ana mohon Allah dekatkan dan pertemukan hati. Kalau tak, ana mohon kekuatan untuk redha dengan ketentuan Allah.insya-Allah.”

“Enti? Tak kan tak pernah mengharapkan sesiapa?” Humaira’ pula bertanya seolah ingin mencungkil rahsia sahabatnya pula.

“Emm..entah. kalau ana mengharapkan sesiapa pun, belum tentu dia jodoh ana. Falsafah ana, ana tak nak mencari, tetapi nak menjadi. Menjadi si solehah untuk si soleh. Sebab ana hanya yakin dengan janji Allah dan serahkan urusan dunia akhirat ana pada Allah yang lebih mengetahui. Kalau ada sekalipun, terpaksa remove cepat-cepat.hehe..takut ana pada Allah.”

“Moga Allah jodohkan sahabat baik ana ni dengan lelaki yang soleh yang terbaik untuk enti. Dah,cukup. Tak nak bangkitkan lagi isu ni.Tukar topik lain.” Sambung Solehah lagi. Dia tidak ingin terus berbicara soal ini.

“Amin..ya.. ok. Enti, apa kata kita tukar topik pasal kahwin tyme study nak?hehe..

“Enti!!!!!” Solehah menjeling tajam.

“Hehe.. Ana gurau ja..ok,ok. Tiada lagi topik macam ni lagi yang akan berbangkit. Noktah. Puas hati?hehe..”

Solehah hanya tersenyum. Angguk tanda setuju.



***********************************************************


Pada petang Sabtu itu, Fakhih dan Farhan keluar ke tasik bersama. Apa lagi, seperti selalu dan kebiasaannya aktiviti utama mereka pergi ke lubuk ikan itu tidak lain tidak bukan adalah untuk memancing. Itulah aktiviti dua orang sahabat baik itu apabila Allah berikan kelapangan masa buat mereka. Menguji kesabaran, mendapat rezeki, melihat alam dan kekuasaan Allah dan yang paling utama, mengeratkan persaudaraan dan persahabatan yang terjalin antara dua jiwa itu.

“Alhamdulillah, banyak juga ikan yang kita dapat hari ini kan? Hari pun dah nak senja ni. Nanti nak bersiap-siap ke masjid pula.” Farhan bersuara memecah kesunyian petang itu.

Alhamdulillah rezeki Allah. Boleh la kita simpan stok ikan ni sampai bulan Ramadan nanti nampak gayanya..hehe.. eh, masih awal lagi la..baru pukul 6.15” Fakhih pula menjawab.

“Empat hari lagi Ramadan. Masya-Allah, tak sabarnya. Moga masih dipanjangkan umur. Insya-Allah.”

“insya-Allah. Amin..”

“Enta, I’ve something  to tell you.”Farhan ingin mengkhabarkan sesuatu pada sahabatnya itu. Semacam suatu yang besar.

“Apa? Eh..macam tak biasa pulak..cakap la..”

“Tapi ana malu la pulak..haha.”

“Malu pulak. Takde..takde..cakap cepat.. enta ni lain macam ja..selalunya ana tak suruh cakap pun dah cakap macam-macam..hehe..”

“Ye la..insya-Allah. But this is a secret between us only okay! Ana ada hajat. Hajat yang ana nak sampaikan pada seseorang.. insya-Allah ana nak mengkhitbah…”

Waa..enta! maju jugak enta ni ye..kalah ana..haha. Betul ke ni? Dengan siapa.. siapa enta? Bagitau la siapa orangnya yang berjaya mencuri hati sahabat ana ni..” Fakhih memintas lantas memotong kata-kata sahabatnya itu. Dia juga tersenyum lebar  juga turut berkongsi kegembiraannya dengan sahabat baiknya itu.

“Dengan….”

“Siapa enta? Cepatla..”

“Dengan..insya-Allah. Solehah….”

“Ye la..ana tahu la sudah tentu la perempuan tu seorang yang solehah kan?..tapi siapa?” Fakhih seperti terburu-buru ingin mengetahuinya.

“Solehah.” Jawab Farhan ringkas.

“Solehah? Solehah..?? Solehah Mawaddah??” Fakhih agak terkejut. Air mukanya sedikit berubah.

“Insya-Allah. Ya, seorang insan yang diberi nama Solehah Mawaddah” jawab Farhan tenang.

Fakhih terasa sukar untuk menerima kalimat yang keluar dari bibir sahabatnya itu.
“Ya Allah, kuatkanlah aku..”getus hati kecilnya.

Entah mengapa jawapan yang keluar dari bibir Farhan terasa seperti satu tikaman yang menembusi jantungnya. Tajam. Pedih.

“Fakhih? Enta kenapa? Enta ok?”

……………………………………..

Fakhih tidak lagi bersuara, seolah-olah lidahnya kelu untuk mengatakan sesuatu.

“Enta, ke enta pun ada hajat yang sama pada Solehah? Takpe..enta cakap je..”

“Eh..eh.. takde lah..  entah, tiba-tiba ana terkejut. Terkejut sebab enta bagitau ana berita gembira kot. Lebih-lebih la nanti enta mesti dah kurang masa bersama dengan ana..hehe.. tahniah!” Fakhih cuba mengembirakan suasana walau hakikat hatinya tidak begitu.

Perasaannya dicuba untuk diselindungkan, tidak mahu Farhan dapat menghidunya. Tidak. Farhan tidak boleh tahu tentang isi hatinya. Yang penting baginya, sahabatnya. Dia rela mengetepikan kepentingan dirinya semata-mata untuk sahabat yang dia kasihi kerana Allah. Bukankah ithar itu setingi-tinggi maratabat dalam berukhwah?

“Betul?..  syukran.. tetapi itu baru hajat ana. Belum lagi ana sampaikan. Tak tahulah sama ada diterima atau tidak.. enta tolong doakan untuk ana ya? Emm..apa pendapat enta?”

“Insya-Allah..doa ana pada Allah, sentiasa ada untuk sahabat ana. Pendapat? Emm..ana rasa dia memang seorang wanita yang baik. insya-Allah enta juga.  Nampaknya macam bagai pinang dibelah dua. Sama padan, sama soleh, sama hebat dalam dakwah. Insya-Allah.  Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik kan? Kalau dia yang terbaik untuk enta, insya-Allah dialah yang Allah tentukan untuk enta. Enta pun, teruskan memohon yang terbaik dari Allah.” Fakhih bersuara.

“Syukran enta. Terharu ana. Enta pulak macamana? “

“Ana? Kenapa dengan ana? Ooh..ya..ya.. faham-faham..hehe.. im single, im okay! Im happy!.. haha.. Single but with love to Allah..itu dah cukup buat ana. insya-Allah.”

“Insya-Allah. Ana kalau boleh nak cepatkan urusan ni. Sebab Solehah lagipun dah nak berangkat ke Jordan. Benda baik patut dipercepatkan. Risau nanti, ada orang yang masuk line pulak. Apa-apa pun ana tawakal pada Allah. Insya-Allah.”

“Insya-Allah.”

“Ok la enta, terima kasih banyak-banyak ye.. ana nak mintak diri dulu ni. Ada hal sedikit. Nanti Maghrib pulak. Nanti insyaAllah kita jumpa lagi ya.ikan-ikan tu semua, enta je la yang bawa pulang. Ana nak ke tempat lain nanti.”Farhan minta izin untuk mengundur diri.

“ok, Alhamdulillah,rezeki ana Allah bagi banyak hari ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi dengan ana. Insya-Allah bila-bila jumpa lagi ya.. Ma’asalamah.” Respon Fakhih sambil melihat Farhan yang menghampiri motosikal miliknya.

Farhan berlalu pergi, tapi Fakhih masih berdiri kaku di situ. Fakhih terdiam. Tiada reaksi. Perasaan apakah ini? Dia sendiri kurang pasti. Andai bisa hatinya bersuara, sudah tentu dia tahu apa yang tersimpan di benaknya itu. Perasaan yang berbaur rasa antara perasaan gembira untuk sahabatnya atau sedih tentang sesuatu. Sesuatu yang membuatkannya terasa kehilangan.

Astaghfirullahal‘azim..
Apa yang patut aku buat? Adakah aku harus bertindak cepat? Aku juga punya hajat yang sama. Tetapi sengaja aku tangguhkan sementara untuk aku menjadi hamba yang lebih baik, menguatkan cinta pada Allah dan mempersiapkan diri dengan iman dan ilmu sebelum bunga inginku sunting. Akan aku biarkan sahaja semua itu berlalu?. Menyerahkan segalanya pada takdir tanpa berusaha?  Nampaknya aku juga harus bertindak! Ya..mesti!


Bersambung…

Akan datang, dengan izin Allah..

Apa yang bakal berlaku? Adakah fakhih bertindak memberanikan diri untuk mencuba..atau benar-benar pasrah dengan takdir? Bukankah dia ingin melupakan Solehah, tapi di saat bunga bakal disunting orang, akan dibiarkan sahaja ia berlaku tanpa usaha? Tapi, bagaimana dengan sahabat baiknya? Sanggupkah dia memintas dan menjadi saingannya atau meredhakan yang terbaik untuk sahabatnya dan sanggup mengetepikan kepentingan diri?

Dan Solehah..Saat hajat Farhan bakal terungkap, bagaimana dengan jawapannya?  Dan bagaimanakah dengan persaan sahabat baiknya, Humaira’ andai dia dapat tahu tentang hajat Farhan pada Solehah? Bukankah dia juga pernah menyimpan hasrat dan hati pada insan itu suatu ketika dahulu? Solehah bakal memilih untuk menjaga hati Humaira’ atau pada hasrat suci yang murni? Tatkala seorang insan yang dia redha terhadap agamanya datang melamarnya, akan dia biarkan tidak memberi jawapan? Bukankah itu syarat yang utama baginya?Andai Fakhih muncul kembali setelah dia pergi, bagaimana kesudahan pilihan sekeping hati milik Solehah? Atau istikharah penentu segalanya….

persolan ini bakal terjawab dalam episod yang akan datang.. :)
dengan izin Allah, kalau ada la..kalau tak ada, sila jawab sendiri la ye..

p/s: insyaAllah, kalau ada sambungannya, insyaAllah selepas raya nanti untuk memberi ruang pada bulan Ramadan. :) maaf, cerita yang meleret dan tidak menarik. masih belajar menulis. 

4 comments:

  1. Mabruk 'alaiki..Penggunaan bahasa yang sangat bagus..Mudahan nukilan ini diberkati dan selari dengan syariat Allah swt.. insyaALLAH..=)
    Teruskan usaha!

    ReplyDelete
  2. syukran. masih belajar..insyaAllah. mudah-mudahan.Amin~~

    ReplyDelete
  3. nice~
    ingatkan dah nk habis dah..adei..kena tggu lepas raya lak..huhu..
    insyaAllah, semoga Ramadhan dihidupkan semaskimumnya..
    pena ini ibarat bilah pedang dan kalimah-kalimah itu hasil cantasannya..kalau x digunakan, akan tumpul dan berkarat..rugi..

    ReplyDelete
  4. insyaAllah, kalau ada,ada la nanti sambungannya. still thinking 4 the ending..

    insyaAllah..jazakallah. sedang belajar utk mengasah~ :)

    ReplyDelete