Thursday, August 25, 2011

tentang sahabat ^_^

Kisah ini diriwayatkan daripada Rasulullah sendiri. Abu Hurairah meriwayatkan daripada Baginda s.a.w bahawa ada seorang lelaki yang ingin menziarahi sahabatnya yang menetap di sebuah kampung yang lain.

Maka Allah s.w.t telah menghantar malaikat ke jalan yang dilaluinya untuk memerhatikan lelaki itu.
Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggu malaikat itu, malaikat bertanya: "Ke mana kamu ingin pergi?"

Jawab lelaki itu jujur," "Aku ingin bertemu saudaraku di kampung ini."

Malaikat bertanya lagi, "Adakah bagi kamu ada apa-apa nikmat yang akan kamu peroleh daripadanya?"

Lelaki itu menjawab: "Tidak. Aku menziarahinya hanya kerana aku menyayanginya kerana Allah"

Berkata malaikat: "Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu kerana-Nya."
(Riwayat Muslim)






sahabatku,
aku tahu lautan dunia ini bukan destinasi yang abadi
lautan dunia ini harus kita redahi
untuk sampai ke pulau akhirat matlamat destinasi
yang kekal abadi, tempat diri akan kembali

sahabatku,
kita harus mencelukkan kaki di lautan itu
kalau tidak masakan akan tiba ke arah tuju
andai engkau lihat aku mula leka di situ
seronok bermain-main air di muara lautan itu
sehingga terlupa tujuan pelayaran yang satu
yang bakal terabai sesuatu satu persatu
tegurlah aku, 
kerana aku takut aku mula letakkan cintaku
di lautan luas itu.

sahabatku,

janganlah engkau biarkan aku
terus dibuai asyik keseronokan 
bermain-main air di lautan itu
kerana aku takut
dengan ombak yang mendatang
sesekali tidak terduga bila bertandang
hingga aku hanyut dipukul ombak itu
takutku tenggelam di dasar lautan itu
takutku tidak akan sampai ke destinasi impian

tariklah aku kembali
hulurkanlah tanganmu padaku
aku tidak ingin terus tertipu
terpedaya dengan keindahan yang palsu
tidak ingin lemas dalam pergelutan nafsu

aku perlukan kamu
aku ingin bersamamu
seiring berjalan memimpin tangan
ke pulau destinasi hakiki
yang menjadi impian semua penghuni Bumi
aku ingin ke sana
tak ingin berhenti mencari
sesuatu untuk dijadikan bekal ke sana
ingin kamu bersamaku sahabatku?
kita bersahabat di Bumi, ingin ku teruskan
persahabatan ini ke syurga Ilahi

andai engkau yang mula lemas
dengan lautan dunia yang mempersonakan
akan ku pimpin kembali tanganmu
hulurkanlah tanganmu
moga kita saling menyelamatkan
atas dasar cinta tulus kerana-Nya
moga jalinan persahabatan antara kita
disulam redha dan kasih sayang-Nya.



buat sahabat-sahabat ana yang pernah hadir dalam hidup ini
Alhamdulillah, ku bersyukur dipertemukan dengan kalian
terima kasih atas segala kebaikanmu, segala tunjuk ajarmu, segala ilmumu,
segala-galanya
Moga Allah pelihara kalian
maafkan kekurangan diri ini
maafkanlah setiap kesalahan diri
smoga kita bakal bertemu lagi
jika tidak lagi di dunia
moga Allah temukan di syurga

Allah, saksikanlah aku menyayangi mereka kerana-Mu.
insyaAllah.

wallahu'alam

p/s: mood: sedang dilamun rindu pada teman-teman seperjuangan, sahabat-sahabat(baca=perempuan) yang jauh, yang dekat, yang lama tidak bertemu..(yang di mesir, di jordan, di makkah, d utara, selatan, barat, timur semenanjung malaysia,di mana2 sahaja.. sangat2 rindu. moga Allah plihara antunna. uhibbukunna fillah. ana bahibku awi2. :)

No comments:

Post a Comment